Thursday, 30 August 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 10



BAB 10

Arina kembali merebahkan badan di atas katil setelah selesai mengerjakan sembahyang subuh tadi. Itulah rutin hariannya bila hari minggu menjelma. Berbaring-baring di atas katil dan tilam empuknya sambil memeluk bantal peluk. Ada harinya Arina merehatkan otaknya dengan menonton rancangan kartun yang disiarkan di televisyen. Terasa seperti kanak-kanak riang bila Arina ketawa sendirian apabila menontonnya. Rakan-rakan serumah Arina masih terbungkang tidur. Mana taknya, entah pukul berapalah mereka balik malam tadi. Masing-masing sibuk dengan buah hati masing-masing. Berbeza pula dengan Arina. Kalau tidak keluar dengan rakan-rakannya itu, dia lebih senang berehat di rumah sahaja. Ada sahaja tempat yang hendak dikemaskan dan disusun atur semula.

Hari ini Arina merancang untuk keluar membeli sedikit pakaian kerja. Sudah lama dia tidak membeli-belah. Kebetulan pula hari ini dia mendapat gaji pertamanya. Walaupun tidak cukup sebulan dia bekerja, namun gaji yang diterima itu sudah cukup besar baginya jika dibandingkan dengan gaji di tempat lamanya.

Arina terpaksa keluar sendirian hari ini. Malas hendak mengejutkan rakan-rakannya yang masih nyenyak tidur di bilik masing-masing. Dia berjalan seorang diri menuju ke LRT putra yang berdekatan dengan rumahnya. Kereta kesayangan Arina telah dijualnya bulan lepas. Keretanya asyik memanjang hendak ke bengkel. Arina nekad untuk menjualnya sahaja. Bukan apa, dengan keadaannya yang tidak bekerja ketika itu, menyebabkan dia terpaksa menjualnya. Bukan  banyak duit simpanan Arina. Jika ada rezeki lebih nanti, dia mahu memiliki sebuah kereta lain. Senang untuk dia bergerak kemana-mana.

Arina berjalan seorang diri di Mid Valley, sebuah pusat membeli belah terkemuka di sini. Matanya sibuk melihat pakaian-pakaian yang dipamerkan di butik-butik di situ. Semuanya nampak cantik dimata Arina. Hendak memilikinya terasa mustahil bagi Arina. Sudah pasti harga pakaian-pakaian tersebut mencecah ratusan ringgit, dan mungkin juga ribuan ringgit. Dalam mimpi sajalah dapat memakai pakaian yang mahal. Monolog Arina sendiri.

Akhirnya Arina membeli pakaian kerjanya di Jaya Jusco sahaja. Harga pakaian-pakaian di situ tidaklah mahal. Masih mampu untuk Arina membelinya. Hampir dua jam Arina berjalan, terasa lenguh kakinya. Lebih baik aku pergi makan dulu. Dah hampir pukul 1 ni. Kata Arina sendirian.

Sedang Arina berjalan menuju ke Food Court di situ, dia terlanggar seseorang.

“Arina….” Terkejut Arina apabila menyedari orang yang dilanggarnya itu ialah Haris. Satu-satunya manusia yang kalau boleh tidak mahu dia temui. Namun, tidak dinafikan Haris seperti ada auranya tersendiri yang mampu mencairkan hati setiap wanita yang berada dekat dengannya. Arina pun tidak terkecuali. Cepat-cepat Arina mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain dari terus memandang anak mata Haris. Haris pula masih tetap memandang wajah Arina yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia tidak boleh melupakan wajah tersebut. Wajah yang selalu muncul dalam mimpinya.

Masing-masing dikejutkan dengan suara seorang wanita yang menghampiri mereka.

“Arina, you buat apa kat sini?. Sorang je ke?” tanya Dato’ Mahizan sambil matanya melihat ke arah beg plastik yang dipegang Arina.

“Saya sorang je Dato’. Jalan-jalan hujung minggu ni. Tak tahu nak buat apa, tu yang datang ke sini ni. Sambil tu boleh cuci mata sikit.” Selamba Arina menjawab pertanyaan majikannya itu. Haris yang masih tepat memandang ke arah Arina cuba mengawal perasaannya. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia memeluk Arina ketika itu. Rindu dan cemburu silih berganti. Rindu untuk merasa kehangatan tubuh badan Arina. Cemburu bila dirasakan banyak mata-mata yang memandang Arina. Arina semakin hari semakin cantik pada pandangannya. Ingin sekali dia memberitahu pada seluruh dunia yang Arina adalah miliknya seorang.

“Arina dah nak balik ke?” tanya Dato’ Mahizan lagi. Bukan dia tidak nampak cara Haris memandang Arina. Seperti ada benda yang dirahsiakan darinya. Atau anak tunggalnya ini telah terjatuh hati pada kecantikkan Arina. Dato’ Mahizan juga mengakui yang dia sendiri senang dengan sikap Arina itu. Ditambah lagi dengan wajah Arina yang cantik tanpa solekan tebal. Cukup sekadar solekan yang nipis.

“Belum lagi Dato’. Ingat tadi nak gi makan sekejap kat Foodcourt kat sana tu. Tiba-tiba lak perut ni rasa mahu diisi. Lepas tu kalau larat nak jalan sikit lagi barulah balik rumah. Dato’ pun shopping juga ke?” Arina tidak berani memandang Haris kerana dia tahu yang Haris masih memandangnya tajam. Mungkin tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan tadi.

“Mama, jom kita gi makan. Ajak Arina sekali.” Tiba-tiba Haris bersuara. Dato’ Mahizan menganggukkan kepala tanda bersetuju. Tanpa berkata apa-apa, Haris memberi laluan pada mama dan Arina untuk berjalan dulu. Dia mengekori mereka dari belakang.

Sekali lagi Arina terperangkap. Macam mana mahu dia melarikan diri kali ini. Dirasakan mahu sahaja dia mengetuk kepalanya. Tidak suka dengan keadaan sebegini. Mesti makannya tidak kenyang nanti. Arina, Arina……Kenapalah nasib malang asyik berjumpa dengan Haris.

Mereka menjamu selera bersama. Seperti biasa Arina akan berasa kekok untuk berbuat apa-apa bila bersama majikannya dan ditambah lagi dengan kehadiran Haris, anaknya. Dirasakan setiap gerak gerinya diperhatikan. Arina yang terpaksa duduk di sebelah Haris merasakan sesekali tangan mereka bersentuhan. Haris masih bersikap selamba. Seperti tidak ada apa-apa yang dirasakan. Berlainan dengan Arina. Hanya tersentuh tangan sahaja, degupan jantungnya menjadi bertambah laju.

“Arina, I kena balik dulu ye. Sebab nak kena pergi butik my friend. Dia ada buat jamuan sikit kat sana.” Kata Dato’ Mahizan selepas mereka selesai makan.

“Baik Dato’. Saya pun ingat kejap lagi nak balik. Nanti jumpa hari Isnin ye Dato’.” Tersenyum Arina bilamana dirasakan dia boleh menyambung aktivitinya tanpa kehadiran mereka selepas ini. Tetapi air muka Arina berubah bila Haris membisikkan sesuatu padanya. “Jangan suka sangat. Only my mum je yang balik sayang..I tak.”
Arina terpaksa senyum bila Dato’ Mahizan bangun untuk beredar dari situ dan meninggalkan Arina keseorangan bersama Haris. Kenapalah si Haris ni tak balik sekali dengan mamanya. Tanya  Arina sendirian di dalam hati.

“Mama, driver yang ambil dan hantar. I, drive sendiri sayang. Jom kita sambung aktiviti kita. You nak gi mana lepas ni.” Terus Arina memandang Haris. Ada ilmu ke Haris ni sampai apa yang difikirkan dalam hati pun boleh tahu. Monolog Arina sendiri. Arina terpegang tangan Haris bila dia ingin mengambil barang-barangnya yang diletakkan dikerusi. Haris terlebih dahulu mencapai dan mengambil barang-barang Arina untuk dibawa.

“Takpa, saya boleh bawak sendiri. Bukannya berat pun.” Bukan apa, Arina merasa malu bila Haris membawa beg plastik biasa itu sekali dengan beg-beg kertas milik Haris. Semua beg kertas tersebut sudah menunjukkan barang yang dibelinya tentu mahal harganya. Ribuan ringgit. Sedangkan barang yang dibeli Arina cuma puluhan ringgit sahaja. Dari beg sahaja boleh melihat perbezaan harga barang yang dibeli. Arina cuba mengambil beg plastik tersebut dari tangan Haris. Namun Haris lagi cepat memegang tangan Arina. Kini mereka seperti pasangan kekasih yang berpegangan tangan berjalan. Puas Arina cuba melepaskan tangannya dari genggaman Haris, namun sia-sia sahaja.

Arina terpaksa mengikut sahaja langkah Haris. Ada juga Haris bertanya pada Arina , barang apa yang hendak dicari. Arina cuma menggeleng sahaja tanpa sepatah kata. Hilang semua senarai barang yang hendak dicari oleh Arina. Mana mungkin dia hendak mencari dan memilih barang bila Haris ada bersamanya. Lain yang hendak,lain pula yang dipilihnya nanti.

Kemudian, mereka masuk ke butik LV. Banyak beg-beg tangan wanita di situ. Semuanya nampak cantik di mata Arina. Dia sendiri terlupa yang dia bersama Haris ketika itu. Arina terus menuju ke tempat yang terletaknya beg tangan wanita. Sempat lagi Arina berangan memiliki salah satu beg  jenama itu. Haris memerhatikan sahaja Arina melihat-lihat beg-beg di situ. Dapat dilihat dari raut wajah Arina yang dia memang berminat dengan beg-beg tersebut.

“Cantik ke?”. “Cantik sangat tapi mahal.” Laju sahaja Arina menjawab pertanyaan Haris itu. Alamak, matilah aku. Kata Arina sendiri. Dia sendiri tidak tahu macamana  mulutnya boleh laju menjawab pertanyaan Haris itu. Rasa ingin ditampar-tampar sahaja mulutnya ketika itu. Itulah Arina, berangan sahaja kerjanya. Kan dah susah.

“Arina, pilih mana satu yang you suka.” Sempat lagi Haris mengusap pipi Arina lembut. Terus dia menoleh ke belakang melihat Haris untuk mendapatkan kepastian. Pasti Haris melihatnya meneliti setiap beg di situ. Malu rasanya Arina ketika itu. Haris masih memandang Arina sambil tersenyum. Senyuman itulah yang dapat mencairkan hati wanita.

“Eh, takpalah. Saya cuma tengok-tengok je. Bukan nak beli pun. Lagipun mahallah beg ni. Tak payahlah.” Sikap Arina yang tidak pernah cuba mengikis duitnya itulah menjadi salah satu sebab membuatkan Haris senang bila bersama Arina. Bukan seperti wanita-wanita lain yang dia kenal. Setiap kali keluar ada sahaja barang yang perlu dibelikan untuk mereka.

Haris terus memaut pinggang Arina bilamana dia ingin berlalu dari situ. Terasa kehangatan tubuh Haris bila tubuhnya dirapatkan. Haris mengambil salah satu beg di situ dan memberikan pada Arina.
Arina mengangkat kening tanda tidak mengerti. Dia sebenarnya tahu maksud Haris, cuma berpura-pura tidak mengerti.

“It looks nice with you my dear. Ok, I will take this one.” Kata Haris sambil mengambil semula beg itu dan memberikan pada pembantu kedai. Arina tergamam sebentar tetapi dia tersedar bila terasa pipinya diusap sekali lagi. Haris berlalu meninggalkan Arina untuk ke kaunter pembayaran.

“Haris…..Sorry, Dato’ Haris, tak payahlah. Saya saja-saja je tengok tadi. Membazir je beli.” Lembut sahaja suara Arina memujuk Haris supaya membatalkan hasratnya itu. Haris cuma tersenyum dan memegang tangan Arina memaksa Arina mengambil beg kertas yang mengandungi beg tangan tadi. Sempat Arina mengerling pada resit yang terletak di atas meja. RM3.5k hanya sebuah beg tangan. Lebih dari jumlah gaji yang dia dapat sebulan.

Arina tidak tahu bagaimana dia mahu berterima kasih pada Haris. Ikutkan hatinya memang dia berminat sangat dengan beg tersebut, cuma bila teringat harganya, terasa ingin memulangkan sahaja pada Haris. Baginya dia tidak layak memakai beg semahal itu.

“Dato’, rasanya saya tak layak pakai beg mahal ni. Harga beg pun lebih dari gaji sebulan saya. Dato’ ambillah dan beri pada orang lain. Takpun bagi pada Dato’ Mahizan. Mesti dia suka.” Arina menghulurkan beg kertas tersebut kepada Haris.

“Arina, look at me. You dah lupa ke my dear, yang you masih wife I. You should not call me Dato’. I hate to hear everytime you call me Dato’.  Just call my name is enough. Or you nak panggil I hubby. It’s up to you. About the bag, kenapa pula tak layak. You deserve it my dear. My wife deserves to have all these things. From now on, apa yang I beli, you kena ambil and pakai. Don’t say that you are not deserves to have it. Is it clear Arina?.” Dari lembut suara Haris terus ke tegas akhirnya. Arina cuma mengangguk. Tidak berani lagi memandang wajah Haris. Ditariknya Arina rapat padanya sambil tangannya memeluk pinggang Arina.

“Haris, kalau kita balik sekarang boleh?. Tapi kalau Haris taknak balik takpe. Saya balik dulu ye. Rasa letih pulak badan ni.” Arina bersuara lembut bila dirasakan sudah lama mereka berjalan. Seperti biasa Haris cuma tersenyum dan mengangguk.

Arina berhenti bila mereka melalui pintu keluar untuk menunggu teksi sambil matanya melirik ke arah pintu tersebut. Haris juga melihat ke arah pintu tersebut.

“I hantar you balik. Dah, jom.” Terus sahaja Haris menarik tangan Arina untuk mengikutnya ke tempat meletakkan kenderaan di aras bawah. Bagi Arina, susah untuk dia berkata tidak pada arahan yang terkeluar dari mulut Haris. Terasa seperti ada batu di dalam mulutnya untuk berkata tidak.

Mereka sampai di tempat meletak kereta. Dari jauh Arina sudah perasan dengan kereta Lamborghini milik Haris. Semakin dekat dengan kereta, Arina nekad untuk bersuara. “Saya balik naik teksi jelah. Susah nanti Haris nak patah balik.”
Haris tidak menjawab, tetapi dia terus membuka pintu di sebelah pemandu. Arina faham maksud Haris itu. Dengan tidak berkata apa-apa, Arina terus masuk ke dalam perut kereta. Masing-masing senyap membisu bila berada di dalam kereta. Cuma kedengaran lagu yang dipasang tadi.

Arina menunjukkan arah ke rumahnya seperti yang disuruh Haris. Mereka tidak banyak bercakap. Arina takut untuk bertanya apa-apa pada Haris. Haris pula sebenarnya menahan nafsunya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia membawa Arina pulang ke rumahnya. Terasa rindu pada kehangatan bibir Arina yang merah itu, pada tubuh badannya dan segala-gala yang ada pada Arina.

Arina mengucapkan terima kasih pada Haris bila kereta berhenti di hadapan rumahnya. Sedang Arina cuba membuka tali pinggang, terasa bibirnya dipagut kemas. Lama bibir mereka bertautan.

“Arina, please temankan I malam ni. I miss you so much my dear.” Haris bersuara lembut seperti berbisik.

Arina…………….

38 comments:

  1. Well this meaning to say that Arina nyrh Datin Arina lah kan sebab dya dah kahwin dgn Haris..... I like the plot. Well, let's see what happen next. Tak sabar rasanya nak tahu bila semua org akan tahu yg dorg dh nikah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, datin Arina....tunggu bab 11 ye...byk lg plot menarik....;)

      Delete
  2. lama sy tgu sambungannyer... :) nanti cpt2 sambung lg yer... tq so much...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur, Insyaallah ye....terlalu bz dengan family and work...akan cuba luang2kan masa siapkan bab seterusnya ye....;)

      Delete
  3. arina..... tak dpt jugak nak melarikan diri drp Haris..... hihihi....

    kalau dah begitu gayanya, ikut jerlah suamimu balik kondo.... dosa meninggalkan suami....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ye betullll....tapi tunggu sambungan cerita ni ye....Arina ikut ke tak....

      Delete
  4. tq writer..sambung cepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq juga kerana membaca ye.....will do....in process....;)

      Delete
  5. wa...tak sabar nak tunggu
    arina patuh caksp haris sebaai suami atau tak..
    macam mana gaknya haris memujuk..

    BEST..CITE NI..NAK LAGI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ye....dlm masa terdekat akan ada sambungan ye...

      Delete
  6. what will happen, arina ikut ckp haris ke.... next n3 pls...
    ~saza~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saza, nak ikut cakap haris ke tak...hehe....

      Delete
  7. Replies
    1. Azrina, Insyaallah dalam masa terdekat ye....terlalu sibuk skrg ni....;)

      Delete
  8. kahwin gak mereka ni...
    knp arina nak larikan diri dari haris...
    knp mereka x duduk skali ni....
    arina ikut x haris...
    nak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, mereka dah kawin...Arina lari dari Haris sbb dia rasa Haris tak betul2 sayangkan dia....Kita tunggu sambungan nye ye...TQ Ryn sbb follow cerita ni....

      Delete
  9. pls la cepat2 undate n3 baru... tiap2 hari bukak blog AG ni..

    ReplyDelete
  10. cpatcpatla smbung.....mnarik...best...terbaik

    ReplyDelete
  11. best gila kot... haha
    cpt smbung please, tlnglah jgan ada wtak jhat dlm crita nih.. bosan kot, mcm ni bru la best.. haha
    romantis gitu.. good job writer

    ReplyDelete
  12. hi selalunya jadi silent reader saje untuk cite awak nie... cite awak memang best sesangat... bila nak sambung... keep it up....

    ReplyDelete
  13. CEPATLA SAMBUNG..PENAT DAH TUNGGU..

    ReplyDelete
  14. To all, insyaallah esok atau lusa ada new entry ye....really2 busy lately ni.....dengan kerja dekat opis and anak di rumah.....Will do the best as soon as possible ye untuk siapkan new entry...Maaf sekali lagi.....Luv u all ye....

    ReplyDelete
  15. cepat2lah sambung....biaralh dia ikut cakap haris dengan rela bukan sbb takut...n biarlah harris tue jd sgt romantic memujuk arriana...jgnlah garang2 lagi...biar diorang ok maybe prob cam mana nak ckp to umum especially mak dia....

    ReplyDelete
  16. lambatnya bila nak sambung ne

    ReplyDelete
  17. bila nk smbung nih, dah tnggu brapa lma dah? :( sdihnya, stiap ari buka blog tpi xda lgi episod yg bru, klau bleh skali upload, bgi bnyak skit episod dia.. best gila cita ni
    enjoy writer.. :)

    ReplyDelete
  18. cpt la smbung...stp ari n stp saat saat buka blog ni........tp no new entry...hermmmmm....sedihhhhhhhh

    ReplyDelete
  19. To all, sorry sgt2 ye....tgh cuba sedaya upaya menyiapkan bab 11....tapi kesihatan AG tak mengizinkan....And masa terlalu terhad skrg ni....Insyaallah AG cuba juga siapkan dlm minggu ni ye....Maaf ye buat semua tertunggu2....AG sayang u all suma....;)

    ReplyDelete
  20. o.. xpa2, kmi smua snggup tnggu ok.. jgan risau writer..
    :)

    ReplyDelete
  21. Salam.. AG nanti klau free boleh tak email ke asida.enterprise@gmail.com ada urgent nk tanya..thanks

    ReplyDelete
  22. GOOD JOB KAK WRITTERR <3!!!! I REALLY ENJOY IT :D

    ReplyDelete
  23. Akak bile nak sambung cerite ni lg...
    Saya dah lame tunggu cerite ni....

    ReplyDelete
  24. Macam mane ye kisah selanjut nye..?

    ReplyDelete
  25. cepatlah, rindu sangat kat Arina dgn haris, x cabar rasanya

    ReplyDelete
  26. slm. mana sambungannya, dh masuk thn baru..nk taw kesudahan arina dgn haris, rinduuuuuu sangat ni..huhuhu

    ReplyDelete