Sunday 5 August 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 1 & 2


BAB 1

 “Arina!..kau nak ikut tak kitorang malam ni gi enjoy-enjoy?...” Shida yang memang terkenal dengan suaranya yang lantang tu.
“Kau nak gi mana malam ni?.Tengok wayang ke?” sambil membaca novel yang baru dibeli semalam, sempat aku menjerit balik pertanyaan Shida tu.
“Apa kelas gi tengok wayang beb, kita gi clubbing nak tak malam ni....Aku ada member sorang ni. Dia selalu gi clubbing kat satu kelab ni. Jom le Arina...teman aku...Aku tahu kau tak biasa tempat-tempat macam tu. Tapi aku pun tak biasa tempat-tempat macam tu. Nak gak la try sekali jejakkan kaki kat situ..pleassseeee..”. Shida membuat muka sedihnya untuk meraih simpati aku.
Entah apa angin aku hari ni, boleh pulak aku bersetuju dengan Shida. Ini yang pertama dan terakhir aku akan jejak kaki kat situ. Kataku di dalam hati.

Malam itu, aku dan Shida berkunjung ke Zouk Club bersama dengan kawan Shida, Diana. Setibanya kami di situ, aku lihat ramainya manusia yang sedang leka dan alpa dengan dunia masing-masing. Yang menari, menari, yang duduk minum pun ada, dan ada juga yang sedang sibuk berpelukan. Baruku tahu macam ini keadaannya dalam kelab.

“Jom le kita menari...bila lagi nak menari macam ni.” Ajak Shida.
“Korang gi le menari, aku tunggu kat sini...don’t worry about me le.”.Memang aku ni tak tahu menari, nak ajak aku menari. Sampai ke tua le baru kau leh tengok aku menari...Haha...Celoteh aku di dalam hati.

Sedang aku ralit memerhatikan kawan-kawanku menari, aku rasa bahuku disentuh. Terus aku menoleh ke belakang dan terkejut aku. Haris!!....

“Tengok je diorg menari ke?. Kenapa tak join sekali?...Tanye dia sambil merenungku. Belum sempat aku menjawab pertanyaan Haris tu, Diana dan Shida menuju ke arah meja kami.
“Hai dear....kenapa lambat sampai?. I dah lama tau kat sini, sampai dah penat dah menari. Eh, lupa lak nak kenalkan. Ini Haris Iskandar, teman I yang paling istimewa. Ops sorry, Datuk Haris Iskandar. Ini kawan I Shida dan ni housemate dia Arina.”.Barulah ku tahu yang Haris Iskandar ni teman lelaki Diana. Mmmm, kecik je aku rasa dunia ni. Balik-balik orang yang sama berjumpa. Sempat aku mengerling ke arah Haris yang duduk di sebelah Diana. Eish, Diana ni pun sama. Tahulah Haris tu kau punya, tapi tak payahle nak terlentuk-lentuk kepala kat bahu si Haris tu. Naik meluat lak aku tengok.

“Jom kita gi makan kat luar.” Kata Haris tiba-tiba.
“Its ok le...I nak balik le...dah lambat ni..Lain kali je le ye Encik Haris, Diana.” Terus aku menoleh ke arah Shida. Tidak aku peduli bila Shida terpinga-pinga melihatku. Segera aku menarik tangan Shida dan berlalu.

“Kau ni kenapa?..Tiba-tiba macam takda mood je aku tengok...Ke ko dah terminat ngan boyfriend Diana tu....Haaaa, baik kau cakap ngan aku..” Pelik si Shida melihat tingkahlaku aku ni macam ada yang tak kena.
“Aku kenal Haris tu...Dia senior aku masa kat sekolah...” Jelas aku pada Shida.
“Dah tu, apesal lak kau nak takut ngan dia. Bukannye dia senior kau lagi.. Wei, zaman sekolah dah habis le. Pelik le kau ni...”Shida, macam mana aku nak bagitahu dekat kau yang si Haris Iskandar tu pernah nak rogol aku. Dia pernah nak merosakkan aku.....Fikir aku sendiri.
“ Dah le, jom aku belanja kau makan....takyah nak fikir sangat ye.” seraya menarik tangan Shida menuju ke kereta.

Malam itu aku teringat balik hari aku hampir-hampir dinodai oleh si Haris. Kenapalah dia muncul semula di saat aku hampir melupakannya....









Bab 2

“Beb, Diana tu ajak kita gi birthday party dia hujung minggu ni. Jom le Arina. Rumah dia kat Bukit Damansara tu. Confirm-confirm kawasan orang-orang kaya. Yang datang tu pun mesti bukan sebarangan orang. Mane le tahu tersangkut kat aku ke...hehe..beruntung aku. Tak payah susah-susah nak cari kerja lagi. Ko taknak ke cik Arina oi?”
Shida, shida...memanjang dengan angan-angan dia untuk dapat teman lelaki kaya ni.
“Aku malas le..Baik aku duk umah tengok tv. Malas le..”. “Ala beb, jom le sekejap je kita gi. Kita gi makan-makan, pastu bagi hadiah kat dia, terus chow je le.”jawab Shida sambil tangannya mengurut bahuku.

Bersungguh-sungguh si Shida ni memujukku untuk menemaninya. Ikutkan hati memang malas, tapi disebabkan Shida ni kawan baikku, kesian pulak kalau tidak menemani dia. Manalah tahu, masin mulut dia boleh bertemu jodoh kat situ. Tak payah aku nak temankan dia lagi.

“ok..tapi ko kena janji kalau aku cakap balik, kita balik tau.” Tegas aku berkata pada Shida. Shida mengangguk-angguk tanda setuju.

“Kau dah siap ke belum cik Shida oi?....Lamanya bersiap dia ni. Kalahkan artis. Ini jugalah salah satu sebab aku malas nak keluar. Sebab kena menunggu si Shida ni bersiap. Sementara menunggu Shida bersiap, sempat lagi aku melihat diriku di cermin besar yang diletakkan di ruang tamu. Aku memakai dress berwarna hitam paras lutut. Baju yang selalu aku pakai untuk ke majlis-majlis yang besar. Ye lah, nak beli satu helai baju ni pun makan masa berapa bulan untuk aku kumpul duitnya. Lagi-lagilah sekarang ni aku bekerja sebagai kerani sahaja di sebuah syarikat pengiklanan. Berapa sangatlah yang dapat dikumpul setiap bulan.
“Bising le kau ni, baru tunggu 10 minit je dah kecoh macam tunggu satu jam.” Sambil memperbetulkan rambutnya terus berjalan ke arahku yang sedang menunggu di ruang tamu.

Dari kereta-kereta yang diparkir diluar kawasan rumah telah menunjukkan betapa meriahnya majlis tersebut. Mesti ramai tetamu yang dijemput Diana. Timbul rasa segan, malu dan takut untuk masuk ke dalam rumah tersebut. 
“Kau tak rasa takut ke Shida?” Terus aku bertanya bila melihat Shida dengan cepat hendak membuka pintu kereta.
“Kau takut ke?..nak takut apenye. Kau yang bagitau aku kan. Kita gi makan je. Lepas makan kita balik..Dah dah, jom masuk. Perut aku ni dah mainkan lagu hip hop ni.” Kata Shida sambil mengusap-usap perutnya.

“Shida Arina!.Jom le masuk....Come and join us!” Diana berjalan menuju kearah kami yang masih tercegat di hadapan pintu pagar rumahnya.  
“Happy Birthday Diana” serentak kami mengucapkannya kepada Diana sambil menyerahkan bungkusan hadiah yang dibawa.
“Thank you guys. Will love it for sure. Dah, jom masuk. Kita enjoy key. My parents takda ni. So we can do whatever we want. Best kan..” Best? Kalau aku lah, jangan harap boleh bawa kawan-kawan masuk bila ibu takda. Lagi-lagi nak buat jamuan-jamuan ni. Memang kena sembelihlah kalau aku buat.

Ramai tetamu yang hadir malam tu, tapi itu tak menjadi masalah bagi kami. Tanpa menghiraukan orang lain, kami menikmati makanan yang disediakan. Memang lazat yang amat. Agaknya diorg ni dah biasa makan makanan macam ni. Cuma kami je yang tak berapa biasa. Sambil makan, sempat aku melihat sekelilingku. Tiba-tiba mataku terhenti pada seseorang bila aku sedar dia sedang merenungku dari jauh. Haris Iskandar!. Kenapa lah aku tidak teringat yang dia mesti ada malam ini. Kan Diana tu buah hati dia. Macam mana aku boleh lupa semua ni. Arina..Arina....

Aku masih cuba bersikap tenang  bila sesekali aku cuba melihat dia. Dia tetap merenungku dengan pandangan yang aku sendiri tidak mengerti. Risau dibuatnya.
“Shida, aku nak gi toilet le kejap. Ko tunggu aku kat sini ye. Jangan gi mana-mana.” Tanpa menoleh kepadaku, Shida cuma mengangguk. Aku cuba melarikan diri dari pandangan Haris.
“Hi, tandas mana ye?” selamba sahaja aku bertanya pada seorang wanita yang duduk di tepi piano. Jarinya ditunjukkan ke arah atas. Aduh, apasal pulak tandas dekat atas. Dekat bawah ni dah takda tandas ke. Nak taknak aku terpaksa juga menaiki tangga untuk keatas. Rupa-rupanya tandas dalam bilik. Aku segera menutup kembali pintu bilik untuk menuju ke pintu tandas. Belum sempat aku masuk, aku terdengar bunyi pintu dibuka dari luar.
“ Bu..buat apa kat sini?. Tanya aku dengan suara yang terketar-ketar. Haris mengekori aku gamaknya. Dia menutup kembali pintu bilik dan lagi menakutkan aku dia turut menguncinya. Belum sempat aku menutup pintu tandas, dia telah menarik tanganku.
“Tak sangka dapat jumpa ngan you lagi. Kenapa nak larikan diri dari I. I ada buat salah ke kat you.” Tangannya masih kuat memegang tanganku sambil sebelah tangannya membelai pipiku.
“You semakin cantik Arina..sememangnya cantik.” Bisik Haris di telingaku.
“Tolonglah Haris, lepaskan saya. Pleaseeee..” mungkin dengan memujuk Haris dapat melembutkan hatinya untuk melepaskanku. Ketika itu, ingatanku teringat pada hari Haris hampir-hampir memperkosaku. Tapi entah kenapa tiba-tiba dia melepaskanku dan berlalu dari situ. Meninggalkanku keseorangan di dalam bilik hotel.

“Arina...Arina....jodoh kita memang kuat. I betul-betul tak sangka dapat berjumpa ngan you lagi. You know what, I just nak bagitau kat you Arina yang you kena ikut cakap I sebab.....” Haris membiarkan ayatnya tergantung sambil masih merenungku tajam. Mukanya semakin hampir dengan mukaku sehingga terasa hembusan nafasnya. Terus aku memejamkan mata dan dapat kudengar kata-kata Haris di telingaku. “Sebab I ada simpan gambar-gambar you tanpa seurat benang. Gambar yang sering kali membuatkan tidur malam I termimpikan you. Termimpikan tubuh badan you yang memang cantik dan sempurna Arina.”

Sungguh terkejut Arina bila mendengar kata-kata Haris itu. Gambar aku?. Tanpa seurat benang?. Tidak dapatku tahan air mataku untuk mengalir. Terasa sesak nafas ketika itu. Apa yang harus aku buat. Fikiranku memang buntu ketika itu.

“A..Apa yang awak nak dengan saya, Haris?. Awak...awak nak buat apa dengan gambar tu?. Tolonglah Haris jangan benarkan orang lain melihatnya. “ memberanikan diri untuk melihat ke dalam anak mata Haris untuk mendapatkan simpati lelaki itu. Air mataku masih mengalir deras.

“Arina, you tahu kan yang I memang tak suka berkongsi apa sahaja yang I suka dengan orang lain termasuklah you. So, don’t worry my dear sebab I tak pernah tunjukkan gambar-gambar you pada orang lain kecuali diri I sendiri. Tapi, I takkan teragak-agak untuk mengedarkan gambar you kalau I dapat tahu you ingkar dengan arahan I. U faham tu Arina?!. Tegas Haris sambil tangannya menyapu air mataku yang tidak berhenti-henti keluar. Aku mengangguk tanda setuju. Apa lagi pilihan yang aku ada selain bersetuju dengan syarat yang dikenakan itu. Bertambahlah masalahku nanti.

Tertutup niat hatiku nak ke tandas tadi. Masih terngiang-ngiang kata-kata berbaur ugutan Haris dalam fikiranku. Sempat dia mengucup bibirku sebelum aku disuruh turun. “Ini baru ciuman di bibir, I want more dear but not now.” Seram sejuk aku mendengar kata Haris itu. Terus aku berlari keluar dari bilik tanpa menoleh ke belakang.

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mataku. Kata-kata Haris berlegar-legar di kotak fikiranku. Apa yang dia hendak buat padaku selepas ini. Terasa takut bila teringat balik kata-kata akhir Haris, “I want more than that...”Apa akan terjadi pada diriku nanti. Arghhhhhhh. Masalah besar....

3 comments: