BAB 9
Sudah seminggu Arina bekerja di situ. Arina
sudah dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitaran tempat kerja barunya.
Dengan staf-staf yang lain dan yang paling penting dia sudah dapat membiasakan
diri dengan bosnya. Hasnah banyak memberi tunjuk ajar kepada Arina. Arina juga seorang yang rajin mempelajari
sesuatu. Itu salah satu sebab mengapa Hasnah dan juga Dato’ Mahizan senang
bekerja dengan Arina. Dia mempunyai semangat untuk belajar dan berkeinginan
untuk memajukan dirinya.
“Selamat pagi, boleh saya bantu?” Itulah
yang diajar oleh Hasnah pada Arina bila menjawab telefon.
“Morning, Dato’ ada?” Arina seperti
pernah mendengar suara lelaki yang sedang berada di talian. Tetapi dia tidak
dapat mengingatinya.
“Dato’ sedang bermesyuarat. Ada apa-apa
yang boleh saya bantu?” Tanya Arina lagi.
“Beritahu pada Dato’ yang anak dia telefon.
Minta dia telefon saya balik. Urgent.” Tegas suara lelaki tersebut.
“Baiklah Dato’.” Nasib Arina teringat yang
Kak Nah pernah memberitahunya yang anak Dato’ Mahizan juga seorang Dato’.
Walaupun sudah meletakkan telefon, Arina
masih cuba mengingati kembali suara itu. Suaranya macam……Kata hati Arina kuat
mengatakan yang suara itu milik lelaki yang pernah merosakkannya dulu. Mungkin
suara sahaja yang sama, orangnya berbeza. Kata Arina di dalam hati untuk
menyedapkan hati.
Habis sahaja mesyuarat tersebut, Arina
segera mendapatkan Dato’ Mahizan untuk memberitahu tentang panggilan penting
dari anaknya tadi.
“Dia ada cakap apa-apa lagi?” Tanya Dato’
Mahizan sambil menarik kerusinya untuk duduk sambil tangannya mencapai telefon
yang berada di atas meja. Arina cuma menggelengkan kepalanya.
“Haris, mama ni. Ada apa urgent
sangat cari mama tadi. Mama dalam mesyuarat tadi.”Terkaku Arina bila Dato’
Mahizan menyebut nama anaknya, Haris. Dato’ Haris? Lelaki yang sama ke dengan
yang dia pernah kenal dulu. Yang pernah wujud dalam hidupnya dulu. Pelbagai
soalan bermain-main di fikirannya ketika itu. Tidak…..tidak mungkin Dato’ yang
berada di hadapannya adalah mama Haris. Mana mungkin mama Haris sebaik ini.
Lamunannya terhenti bila terdengar namanya disebut.
“Arina…Setiausaha mama yang baru. Dia bantu
Kak Nah sekarang ni. Baru je seminggu bekerja kat sini.” Arina tidak tahu apa
yang ditanyakan pada mamanya yang pasti namanya telah disebut.
“Ok, nanti kita lunch sama. Bye.” Arina
cuba bersikap tenang bila Dato’ Mahizan meletakkan telefon.
“Arina, nanti you siapkan kertas kerja yang
I bagi semalam before lunch. Sebab I nak bagi pada anak I untuk dia handlekan
projek ni.” Arina cuma mengangguk dan melangkah keluar.
Arina segera menyiapkan kertas kerja yang
perlu disiapkan sebelum tengahari. Nasib Arina sudah menyiapkan separuh kerja
tersebut semalam. Jika tidak masak juga Arina untuk menyiapkan semuanya dalam
masa beberapa jam sahaja. Terlupa Arina seketika tentang Haris dek kesibukannya
menyiapkan kertas kerja tersebut.
Akhirnya, siap juga kerja tersebut. Arina
menarik nafas lega setelah habis dia mencetak segala kerja-kerja yang dibuatnya
tadi. Dia menyemak sekali lagi sebelum berlalu menuju ke bilik Dato’ Mahizan
untuk menyerahkan hasil kerjanya tadi.
Belum sempat Arina mengetuk pintu bilik,
Dato’ Mahizan sudah membuka pintunya.
“Arina, jom. Bawak sekali kertas kerja tu.
Haris dah tunggu dekat bawah.”Arina merasakan jantungnya terhenti ketika itu.
Darah terhenti mengalir ke seluruh badannya.
“Apa tercegat lagi tu. Jom, kita lunch
sama. You terangkan apa yang you dah siapkan pada kami nanti.” Tersentak Arina
bila Dato’ memegang bahu Arina untuk menyuruhnya segera bersiap.
Arina tidak dapat berfikir ketika itu.
Kakinya melangkah longlai. Seperti tidak jejak tanah dirasakan kakinya. Kalau
boleh, ingin sahaja dia mengambil cuti sakit hari ini. Tidak mahu menghadapi
keadaan seperti sekarang. Arina masih mengekori Dato’ Mahizan keluar dari lift
menuju ke kereta.
Sekali lagi dia terasa sungguh lemah
seluruh tubuh badannya bila ternampak kereta BMW berwarna putih. Kereta yang
sama yang pernah mengambilnya di rumah suatu ketika dulu. Mana mungkin dia
dapat melupakan kereta tersebut. Itulah kali pertama dia menaiki kereta mewah
BMW.
Arina masih cuba menyembunyikan dirinya di
belakang Dato’ Mahizan bila mereka menghampiri kereta tersebut.
“Mama, jom. Lama dah Haris tunggu. And
Arina….” Haris turun dari kereta dan mendapatkan mamanya. Arina yang dari tadi
menundukkan mukanya terpaksa mengangkatnya bila namanya disebut.
Memang sah….Anak Dato’ Mahizan adalah
Haris…Dato’ Haris yang dia kenal. Habislah aku kali ni. Monolog Arina sendiri.
Arina cuma memberikan senyuman dan pura-pura melihat telefonnya. Sesak nafas
Arina bilamana mata mereka bertembung seketika.
Dato’ Mahizan dan Haris duduk di belakang,
manakala Arina mempelawa diri untuk duduk di hadapan di sebelah pemandu. Arina
merasakan Haris masih melihatnya walaupun kini Haris duduk di belakang tempat
duduk pemandu. Arina cuba bersikap tenang dengan melihat pemandangan luar.
Kereta berhenti di hadapan sebuah hotel
mewah. Mereka keluar dari kereta dan menuju ke arah restoran hotel tersebut.
Arina mengekori Dato’ Mahizan dan Haris di belakang. Sesekali Haris menjeling
Arina dan melambatkan langkahnya untuk berjalan bersama Arina membiarkan
mamanya berjalan dulu. Arina masih ingat dengan bau wangian Haris. Sama seperti
dulu. Mana mungkin dia lupa, kerana kerap kali dia berada dekat dengan Haris
dulu. Dan sekarang Haris muncul kembali.
Mereka memilih meja yang terletak di
bahagian hujung. Memang dipilihnya tempat itu kerana jauh dari orang ramai.
Senang untuk mereka berbincang sambil makan. Arina disuruh duduk bersebelahan
dengan Haris. Kata Dato’ Mahizan , senang untuk Arina menerangkan kertas kerja
yang telah disiapkan tadi kepada Haris. Dato’ Mahizan pula duduk di hadapan
Haris.
“Mama ambil makanan dululah. Nanti Haris
bawa Arina ambil makanan.” Kata Haris pada mamanya. Dato’ Mahizan cuma mengangguk
dan bangun untuk mengambil makanan.
“Dah balik Malaysia dah. Kata belajar dua
tahun kat sana?” tiba-tiba Haris bersuara membuatkan Arina kecut perut. Ingin
sahaja dia melarikan diri ketika itu. Arina cuma diam memandang gelas yang
terletak di atas meja.
Nasiblah mama Haris sudah mengambil
makanan. Kini giliran mereka untuk mengambil makanan. Arina cuma mengambil
sedikit sahaja makanan. Tekaknya sudah hilang selera untuk makan lebih-lebih
lagi dia tahu yang Haris masih tidak berpuas hati dengannya.
Mereka berdua makan sungguh berselera
manakala Arina terpaksa berpura-pura berselera padahal dirasakan tekaknya sudah
tidak boleh menerima makanan.
Selesai makan, Arina menerangkan serba
sedikit tentang kertas kerja yang dibuat tadi kepada Haris dan mamanya.
Sesekali tangan Haris berlaga dengan tangan Arina membuatkan Arina hilang fokus
sebentar. Haris merapatkan badannya pada Arina dengan alasan dia kurang jelas
dengan suara Arina. Arina biarkan sahaja perbuatan Haris. Lagi cepat dia
habiskan penerangan pada Haris, lagi cepat mereka boleh beredar dari situ.
Boleh pengsan dibuatnya Haris. Sudahlah keadaan mereka yang rapat itu, ditambah
lagi dengan Haris yang tekun memandang Arina bila dia menerangkannya.
Dato’ Mahizan cuma memerhatikan sahaja
tingkah laku anaknya itu. Dia tahu perangai anaknya itu. Pantang nampak
perempuan cantik. Cuma akhir-akhir ni, jarang dia dengar Haris keluar malam.
Dia banyak menghabiskan masa dengan bermain tenis atau golf pada waktu petang.
Pada sebelah malamnya Haris lebih gemar bersantai di rumah. Terfikir juga
kenapa anaknya berubah sikap dengan tiba-tiba.
“Bila projek ni akan start mama?” tanya
Haris bila Arina selesai memberi penerangan. Arina cuba menjarakkan dirinya.
“Bulan depan. Tapi maybe dalam minggu depan
Haris kena gi tengok tempat tu lah. Macam biasa.” Kata Dato’ Mahizan pada
Haris.
Arina cuma mendengar perbualan antara Haris
dan mamanya. Bagi Arina tugasnya sudah selesai. Kertas kerja sudah disiapkan.
Kalau boleh dia tidak mahu terlibat lagi dengan Haris.
Mereka beredar dari situ setelah semuanya
selesai.
“Arina, I need your phone number.” Ujar
Haris bila Arina dan mamanya keluar dari kereta. Arina mengangkat keningnya
tanda tidak mengerti.
“Kalau ada apa-apa masalah tentang kerja
you ni, senang I nak tanya. Tidak nanti susah I nak kena call mama tanya. Dia
kan busy.” Jelas Haris pada Arina.
Arina dengan berat hati terpaksa juga memberikan nombor telefonnya pada Haris.
Ikutkan hati hendak sahaja dia memberikan nombor telefon orang lain tetapi
memandangkan Dato’ Mahizan sedang memerhatikannya, dilupakan hasratnya itu.
Arina berasa lega dan boleh bernafas dengan
sebenar-benarnya bila mereka tiba di pejabat. Baru sahaja Arina ingin membuka
komputernya, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej baru diterima.
Arina, don’t
forget that you are still my wife. Nur Arina masih isteri kepada Haris
Iskandar. Remember that my dear.
-Haris-
Kecut perut Arina bila membaca mesej yang
baru diterima dari Haris. Mana mungkin dia lupa mengenai perkahwinan mereka 3
bulan lepas. Perkahwinan yang berlandaskan keterpaksaan. Perkahwinan yang tidak
berlandaskan cinta.
Tiga bulan yang lalu, Nur Arina sah menjadi
isteri kepada Dato’ Haris Iskandar. Dia yang terpaksa berkahwin gara-gara risau
sekiranya dia mengandung. Mana hendak ditutup malunya nanti. Arina terpaksa
menipu ibunya dengan memberi alasan yang Haris terpaksa bertugas ke luar
negara. Mereka akan bersanding sekiranya diizinkan apabila Haris pulang ke
Malaysia nanti. Itu kata-katanya yang membuatkan ibunya bersetuju untuk membuat
majlis akad nikah yang dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Selepas mereka pulang ke Kuala Lumpur,
Arina telah melarikan diri dari Haris. Tidak sanggup dia untuk bersama Haris
setelah apa yang dilakukan oleh Haris padanya. Dia tidak berasa yang Haris
benar-benar mahu bertanggungjawab. Mungkin dia ada sebab lain mengahwini Arina.
Arina terpaksa berhenti kerja dan berpindah rumah. Nasib rakan-rakannya, Mimi
dan Linda masih setia bersamanya. Merekalah yang memberi semangat pada Arina.
Mimi menipu Haris dengan mengatakan yang
Arina telah menyambung pelajaran di luar
negara. Dia mendapatkan bantuan biasiswa dari kerajaan untuk melanjutkan
pelajarannya. Kebetulan sepupu Mimi juga bernama Nur Arina pergi melanjutkan
pelajaran ke Perth, Australia. Dari situlah datangnya idea Mimi untuk menipu
Haris mengatakan yang Arina telah pergi ke Australia.
Sebenarnya memang Haris sudah merancang
untuk pergi mencari Arina di sana. Namun, dia perlu menguruskan projeknya di
Sarawak dan juga di Johor. Tambahan lagi projek ini diberikan oleh mamanya.
Terpaksa dia memastikan semuanya berjalan lancar. Dia tahu yang mamanya seorang
yang teliti dan mahukan kesempurnaan.
Cuma baru-baru ini sahaja dia mendapat masa
untuk pergi bercuti. Tiket kapal terbang juga sudah ditempah. Nasib menyebelahi
Haris bila dia dipertemukan semula dengan Arina, isterinya.
Bagaimana nasib Arina selepas ini?.....
no wonder la haris dah berubah mcm yg mama dia fikir..sebab dia dh jd suami org..hoho..
ReplyDeletearina arina..
hehe...kita tunggu apa yang berlaku lepas ni ye..tgh fikir part-part yg best2 utk ditulis ni....
Deletehe3..xdapat lari mana la arina dr hariz..:)
ReplyDeleteitule...kesian Arina...
Deletenk lg...
ReplyDeletehariz cepat la pikat arina
dia akan pikat sikit2....baru best....;)
DeleteOMG! Arina dh sah jadi isteri Haris. x sabar nk baca apa yg akan berlaku seterusnya. uplode lah cepat2.... ('_')
ReplyDeleteInsyaallah Linda...Tgh cuba siapkan bab 10 before cuti raya....;)
Deleteupdate cpt2 ye...bestlah..x sngka dh kwin diaorg tu...
ReplyDeleteHafiza, yup, dah nikah dah diorg...;)
DeleteAiyoyooo... Byknya subplot.... Adakah arina alan berhenti kerja dan cari kerja lain utk menghilangkan diri drp haris? Adakah haris akan terus "mengawal" setiap gerak-geri arina?
ReplyDeleteNext entry pls....
coming soon bab 10
Deletealhamdulilah...arina jadi isteri haris...
ReplyDeletetasabar nak tunggu cite selanjutnya..
alhamdulillah....lepas ni pegang2 pun dah tak haram...;)
DeleteNak lg bolehhh.. (buat muka comel puss in boots)..
ReplyDeleteNorana, insyaallah....tgh cuba sedaya upaya ni walaupun sibuk...nak siapkan bab 10 before raya...;)
DeleteX apa lah Arina sekurang-kurangnya bila Haris dekat dan sentuh U pun dah halal kan.... alhamdulillah ..... Insyallah semuanya akan baik...... Haris banyak berubah demi Arina...
ReplyDeleteArina cuba bagi Haris peluang untuk menjadi suami yang bertanggungjawab.... biar jinak-jinak merpati .... hehehe
Insyaallah...;)
Deletewah dah jadi datin arina....
ReplyDeletehaha...tapi Arina tak suka suma tu...;(
Deleteharap arina xjd mcm izzah OR la yer..xnak la mak haris watak jahat..then haris kena kawen lain la..xnak okey yer cik writer
ReplyDeletecpt smbg pleasee
Owh, tidak tidak....kita tunggu apa reaksi mama Haris bila dapat tahu nanti...tapi lama lagi kot...huhu...
Deleteyes..kawin sudah...mak haris mcm ok je (dr pembacaan)..mahu lagi boleh...b4 raya...ala2 minta duit raya gitu...he..he...
ReplyDeleteoh dah kawin rupanya apa cepatlah sambung ya tq dan selamat hari raya semua maaf zahir dan batin.
ReplyDeletenext en3 please...!!dah meroyan nak tahu citer arina ni n haris ni...huhu
ReplyDeleteinteresting...nice story line...keep it up...
ReplyDeletekalau ada lebih skit effort dari haris untuk dapatkan balik arina pun best jugak..hihi
best....smbung la cepat....hehehe
ReplyDelete