BAB 7
Haris mencampakkan semua gambar-gambar yang
baru dilihatnya itu. Gambar-gambar Arina yang telah diserahkan kepadanya petang
tadi oleh pengikutnya. Haris telah menyuruh pengikutnya memerhatikan Arina
dengan tujuan menjaga keselamatannya. Tetapi lain pula yang terjadi.
Haris sememangnya tidak suka apabila
“benda” miliknya dipegang oleh orang lain. Gambar Arina dengan seorang lelaki
sedang gembira makan bersama ditangkap. Gambar pipi Arina dipegang oleh lelaki
tersebut. Gambar Arina ketawa mendengar
lelaki itu bercerita. Semua itu membuatkan hati Haris bertambah sakit. Mana
mungkin dia akan membenarkan sesiapa pun menyentuh Arina. Arina adalah miliknya
seorang. Haris tidak menunggu lama untuk
menghantar mesej pada Arina. Hatinya memang sedang panas.
Arina,
bersiap sekarang. I will pick you up at 9pm.
-Haris-
Aduh, dah balik ke Haris ni. Datang balik
masalah dengan Haris ni. Macam tahu-tahu je aku dekat rumah sekarang ni. Apa
lagilah yang dia nak ni. Kata Arina sendiri. Walaupun malas hendak bersiap dan
berjumpa Haris, Arina terpaksa juga mengikut arahan Haris. Dia cuma mengenakan
seluar jeans dan baby-tee.
Tepat jam 9 malam, terdengar bunyi kereta
berhenti di hadapan rumah Arina. Arina mengunci pintu rumahnya. Memandangkan
esok hari minggu, Mimi dan Linda, teman serumah Arina sudah keluar tadi dengan
pasangan masing-masing. Kemana mereka pergi, Arina tidaklah pula tahu.
Tutup sahaja pintu kereta, Haris terus
menghidupkan enjin dan memandu. Arina perasan yang Haris tidak seperti biasa.
Risau juga Arina dengan sikap Haris. Macam ada sesuatu yang membuatkan dia
marah. Takut Arina melihat raut wajah Haris ketika ini. Kalau diikutkan
hatinya, mahu sahaja dia melompat turun dari kereta. Haris masih menumpukan
sepenuh perhatian pada pemanduannya. Kecut perut Arina bila Haris menekan
minyak dan kereta semakin meluncur laju.
Haris membelok dan memasuki kawasan
kondonya. Arina sudah tidak senang duduk bila Haris menyuruhnya keluar dari
kereta. Haris mencengkam tangan Arina untuk mengikutnya. Terasa sakit tangan
Arina bila Haris memegangnya dengan kuat.
“Haris, tolong lepaskan… Sakit…” rayu Arina
bila pegangan Haris semakin kuat dirasakan. Haris tidak mengendahkan rayuan
Arina tetapi terus menarik tangan Arina sehingga sampai di hadapan pintu rumahnya.
Arina ditolak sejurus selepas pintu dibuka.
Arina yang sememangnya bertubuh kecil,
tidak dapat mengimbangi badannya apabila ditolak dengan kasar oleh Haris. Sakit
badannya apabila terkena bucu meja.Haris terus mengunci pintu dan menapak ke
arah Arina. Arina yang masih menahan sakit cuba mengundur menjauhi Haris. Arina
memang takut untuk melihat Haris lebih-lebih lagi sekarang ini dengan muka yang
memang nampak sedang menahan marah. Arina cuba menjauhi dari Haris, tetapi
Haris lagi cepat menangkap pinggang Arina.
“Haris, tolong jangan buat saya macam ni.
Tolong Haris.” Arina merayu sambil air matanya laju keluar membasahi pipinya.
Sekali lagi dia merasa amat takut sehingga mengigil tubuhnya. Dia tidak tahu
kenapa Haris boleh bersikap ganas begini kerana sebelum ini Haris memang
terlalu romantik bila dengannya. Apa salah yang telah dilakukannya, dia sendiri
tidak tahu.
Tangan kiri Haris masih memeluk pinggang
Arina untuk rapat dengannya. Tangan kanannya pula memegang muka Arina supaya
Arina memandangnya.
“Arina, look at me!. You nak tahu apa yang
you dah buat kan?!. I dah bagitahu kat you kan yang I tak suka ‘barang’ milik I
dikongsi dengan orang lain. You faham tak Arina?!.” Kuat dan jelas suara Haris
kedengaran. Arina yang dari tadi ketakutan terus menangis tersedu-sedu.
Dirasakan seperti tidak bernyawa ketika itu. Arina masih tidak faham apa yang
dia telah buat sampaikan Haris marah sebegini.
Haris yang seperti orang hilang kewarasan
terus merapatkan bibirnya ke bibir
Arina. Rakus bibir Arina dipagutnya. Dipegangnya leher Arina supaya memudahkan
Haris menciumnya. Susah untuk Arina bernafas bilamana bibir Haris sentiasa
terlekat di bibirnya. Arina ditarik ke sofa. Dia dibaringkan di sana. Belum
sempat Arina bangun, Haris terlebih dahulu menindihnya.
“Haris, tolong….Saya merayu…” Tidah
diendahkan rayuan Arina itu. Arina dapat merasakan bibir Haris bermain-main di
telinga, leher dan terus ke bawah. Tangan Haris sudah menjalar keseluruh tubuh
Arina. Arina kelemasan bila diperlakukan
sebegini.
“Arina, I akan pastikan you akan jadi milik
I seorang. Only me sayang.” Haris sempat membisik ke telinga Arina sebelum dia
meratahi tubuh Arina dan merampas satu-satunya mahkota Arina yang selama ini
terjaga.
Keesokkan paginya Haris terlebih dahulu
bangun. Dia segera mencapai telefon yang diletakkan di atas meja makan.
Dihantarnya mesej kepada setiausahanya memberitahu yang dia tidak akan masuk ke
pejabat hari ini. Segala perjumpaan dan mesyuarat perlu dibatalkan. Ditekannya
butang SEND dan diletakkan semula telefonnya. Haris kembali ke dalam bilik
tidurnya. Arina masih tidak sedarkan diri. Haris telah bersikap ganas terhadap
Arina malam tadi sehingga membuatkan Arina pengsan terkena tamparan Haris.
Bukan niat Haris untuk menampar Arina, tetapi sikap Arina yang terus-terusan
cuba melawan, meronta-ronta dan memukul-mukul dada Haris membuatkan Haris tiada
pilihan lain.
Haris mengusap pipi Arina yang masih merah
bekas tamparannya malam tadi. Selimut
yang menutupi badan Arina diperbetulkan. Rambutnya dibelai lembut. Jari Haris
bermain-main di bibir Arina. Masih teringat lagi Haris bagaimana dia berjaya
menakluki Arina malam tadi. Tidak dapat dilupakan bagaimana dia meratah setiap
inci tubuh badan Arina. Serba sedikit perasaan kesal timbul di hati Haris.
Tergamak dia membuat Arina seperti itu. Mengasari dan memaksa Arina tanpa
kerelaannya. Tetapi dia tidak sanggup berkongsi dengan orang lain. Hatinya
sakit bila terfikir tentang gambar tersebut. Gambar mesra Arina dengan lelaki
lain. Semua yang ada pada Arina, adalah hak miliknya. Tiada siapa pun yang
boleh menyentuhnya melainkan dia.
Haris berlalu ke bilik air untuk
membersihkan diri. Ditinggalkan Arina keseorangan di atas katil. Arina membuka
matanya apabila terdengar bunyi pancuran air. Dapat dirasakan seluruh badannya
sakit terutama di bahagian wanitanya. Ya, dia masih ingat bagaimana Haris
memperlakukannya malam tadi. Puas dia memujuk rayu kepada Haris untuk berhenti.
Bukan itu sahaja, dia masih ingat dia ditampar sehingga tidak sedarkan diri.
Dia tidak ingat apa-apa pun selepas itu.
“Arina, you dah bangun?” Haris yang baru
sahaja selesai mandi, dengan hanya memakai tuala sahaja terus melangkah menuju
ke Arina. Mulut Arina seperti terkunci untuk berkata apa-apa. Hanya aliran air
mata sahaja dapat dilihat. Haris menyapu air mata Arina sambil membelai
pipinya.
“Arina, pasal malam tadi...” Belum sempat
Haris menyambung kata-katanya itu, Arina terlebih dahulu menutup telinganya.
Tidak sanggup Arina mengimbas peristiwa yang berlaku malam tadi antara mereka.
“Arina, please....I am so sorry my dear. I
pun tak tahu kenapa I terlalu mengikut perasaan. Mengikut rasa marah I. I tak
sepatutnya mengasari you. Masih sakit lagi?.” Haris cuba memegang pipi tetapi
Arina lagi cepat mengelak dari pipinya dipegang oleh Haris. Cukuplah apa yang
telah dipegang malam tadi.
“Saya tak suci lagi.” Walapun suara Arina
seperti berbisik, tetapi Haris masih dapat mendengar apa yang dikatakan
olehnya. Arina memang masih suci lagi sehinggalah Haris meragut kesuciannya
malam tadi. Jujurnya inilah kali pertama Haris meniduri perempuan yang masih
suci. Arina memang cantik luar dan dalam. Rasa kesal serba sedikit timbul dalam
hati Haris ketika itu. Dalam masa yang sama juga, Haris bangga kerana dialah
orang pertama yang berjaya menakluki Arina. Tetapi semua itu telah berlaku.
Haris tidak ada kuasa untuk mengembalikan hak Arina semula.
“Arina, I tahu I salah. Benda dah berlaku.
I tak boleh nak kembalikan hak you tu sayang. I bertanggungjawab terhadap apa
yang berlaku. Kita kahwin Arina.” Arina terkejut dengan kata-kata Haris itu. Tidak
disangka Haris sanggup untuk bertanggungjawab terhadapnya. Ingatkan lelaki seperti Haris akan lepas
tangan sahaja.
Sekarang ini Arina yang serba salah samada
mahu berkahwin dengan Haris atau tidak. Kalau diikutkan hati memang Haris patut
bertanggungjawab terhadapnya. Dalam masa yang sama juga Arina rasakan dia tidak
setaraf Haris. Haris seorang ahli perniagaan yang berjaya. Memegang gelaran
Datuk lagi. Manakala dia cuma seorang kerani biasa. Cuma anak kepada seorang tukang
kebun. Mana mungkin boleh bersama. Mesti kawan-kawan Haris akan memandang
rendah terhadapnya. Macamana dia mahu bergaul dengan mereka. Bagaimana pula
tanggapan keluarga Haris. Semuanya terlintas di fikiran Arina ketika itu. Terfikir
juga Arina kemungkinan Haris akan menjadikan dia seperti orang gaji di rumah
nanti. Takkanlah Haris sanggup menjadikan dia Puan Besar di rumah nanti.
“Saya nak balik.” Itu sahaja yang Arina
tuturkan. Haris cuma mengangguk seraya menyuruh Arina mandi dahulu.
Haris membantu Arina mengutip pakaiannya
yang bertaburan di tepi katil. Dengan lemah, Arina menuju ke bilik air untuk
membersihkan dirinya dari kotoran-kotoran yang ditinggalkan Haris malam tadi.
Selesai mandi, Arina mencari Haris kerana
dia ingin pulang segera ke rumahnya. Makin lama dia di sini, makin sesak
nafasnya dirasakan.
“Arina, jom breakfast dulu. I dah buatkan
pancake untuk you. Isi perut you dulu. Nanti sakit.” Haris sempat mengusap
rambut Arina. Arina cuba mengelak namun tangan Haris lagi cepat darinya. Sememangnya
Arina tiada selera untuk makan, tetapi dia tahu Haris akan terus mendesak
sekiranya dia tidak mengikut apa yang disuruhnya.
“Kita kahwin Arina.”. “Tidak!”. Cepat
sahaja Arina menjawab balik kata Haris itu. Arina sendiri pun tidak tahu
macamana dia boleh menjawab dengan nada yang tinggi kepada Haris.
“Tolong hantar saya balik sekarang.
Tolong..” perlahan Arina bersuara sambil mengesat air matanya yang sudah
mengalir keluar.
alallaaa..kawen la. haris ni brubah laa.jgn la baran sgt.
ReplyDeletecik write update la pnjg2
Insyaallah , nanti cuba masukkan next entry panjang sikit ye...;)
Deleteharis ni memang la...cian arina..huhu
ReplyDeletehehe.....kannn.....tunggu ape terjadi pasni ye...
Deletesambung cepat2 yer writer
ReplyDeleteTengah sedaya upaya ni menyiapkan bab seterusnya...huhu....idea please come..hehe...
Deletecpt2 update ye...
ReplyDeleteWill do...tunggu ye...
Deletebahaya betul lah org jelous ni...fobia kot..k, tak sabar nak tahu kisah selanjutnya...adakah haris akan pujuk atau is it anything interesting will happen...update cepat2 tau
ReplyDeletetule, jeles dia lain macam sikit...but jeles dia cuma pada Arina je...dia sendiri pun tak tau knp dia boleh jeles tahap maksimum.....huhu.....
Deleteserius, geram kat Haris. AG update cepat2 ya.. lev you~~~~
ReplyDelete*geram2 pun tertawan. hik3
cewah2 betul ker geram??? ehh bukan u suker ke dkt dia? suka la tu bad boy yg mcm ni...hikhik bad boy bhati syaiton
Deletehehe....will do....ngah perah idea ni...hehe....Bad boy ni nanti dia jadi good boy.....suka tak?
Deleteno xsuka la... ala apasal nk jdi good boy pulak.. bad boy la best
DeleteHaris kalau sayang bukan tangan-tangankan tapi sabar-sabarkan hati dan jaga tingkah laku..... buat orang yang U nak sayang rasa terharu baru betul...
ReplyDeletetanya elok-elok bukan terus hentam sahaja..... kasiah Arina..... sekarang siapa yang susah.... pujuk elok-elok..... ajak kahwin pun jangan paksa ... bincang elok-elok ok..... GOOD BOYYYY...
tule...sebenarnya Haris sendiri pun tak tau knp dia blh secemburu mcm tu sekali pada Arina....kita tunggu next entry ye...
DeleteBest larr this story.... Waiting for ur next update
ReplyDeletetunggu bab 8 ye....;)
Deletetunggu memang tunggu... tp jgn la lama2 sgt.. :(
DeleteSorry Norana, bz sikit...ok2, dah update dah bab 8...enjoy...
DeleteTak suka kaum wanita diperlakukan sedemikian... Arina, bangkit drp kesedihan dan fight back... Jgn asyik bersedih dan menangis serta menyerah... Lawan dan terus berusaha... Kenakan balik si Haris tu.... Choy sgt lelaki yg mengasari kaum wanita... Tak patut dijadikan role model....
ReplyDeleteAnyway, nak entry lagi...
Kita tunggu sambungan nye ye......maybe Arina akan buat Haris tunduk pada dia....or maybe Haris akan berubah disebabkan Arina......kita tunggu ye......
Deleteplis cepat2 sambung..hope arina setuju kawen, syrat haris berubah le, x mo la baran2 nih.
ReplyDeletebest... cpt2 la sambung cik penulis... :)
ReplyDeletebestnye x sabar nk baca new entry. cepat2 lah update bab yg baru!!
ReplyDeletemana chapter 8 ni...
ReplyDeleteksian kat arina...biar kasi susah sikit kat haris nak tawan hati arina semula...
ReplyDeleteamboi msuk bab cm lgu ni byk aje ye org kmen....
ReplyDeletenkal!