KAU TETAP
MILIKKU
BAB 11
“Please
Arina…..” rayu Haris lagi bilamana Arina cuma mendiamkan diri sahaja tanpa
memberi kata putus.
Tiba-tiba
deringan telefon memecah kesunyian antara mereka. Haris cepat-cepat
mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Sempat lagi Arina mengerling
nama pemanggil. Manalah tahu ada perempuan lain yang sedang merindui Haris
ketika itu. Bukan boleh percaya dengan Haris ni. Masa berjalan tadi pun, ada
sahaja perempuan yang menegurnya. Semuanya cantik-cantik persis model. Memang
jauh berbeza penampilan mereka yang anggun jika dibandingkan dengan dirinya.
Terasa memang tidak layak untuk dia berjalan bersama-sama Haris.
Serba
sedikit terasa lega juga kerana tertera nama “MAMA” pada skrin telefon.
“Ok mama.
Haris balik sekarang. Kita jumpa dekat rumah ye. Bye.” Itu sahaja yang
dituturkan Haris yang sejak tadi cuma menjadi pendengar.
“Saya masuk
dulu ye. Terima kasih. Assalamualaikum.” Arina masih sempat memberikan senyuman
pada Haris sebelum keluar dari kereta. Laju Arina meninggalkan kereta dan masuk
ke dalam rumah.
Kemudian dia
mendengar bunyi kereta berlalu pergi.
Baru sahaja
hendak membuka pintu biliknya, bunyi mesej kedengaran. Mesej dari Haris.
Kena mengadap big
boss kat rumahnya. Thank you Arina sebab sudi temankan I hari ni. I
hope today will not be the last, but the beginning for us. Take good care my
dear.
Malas Arina
hendak membalas mesej tersebut. Dicampak telefonnya. Dia sendiri tidak tahu
kenapa dia bersikap begitu. Masih kuat ingatan Arina ketika Haris memperkosanya
dahulu. Memang sekarang mereka sudah sah menjadi suami isteri, tetapi bagi
Arina, dia masih menganggap yang Haris seperti orang luar. Tidak dirasakan yang
Haris menyayanginya sepenuh hati. Mungkin dia cuma ingin menutup rasa
bersalahnya dengan apa yang telah dilakukan.
********************************
“Arina, nanti
dalam kul 2.30 after lunch, I nak you temankan I jumpa dengan anak Tan
Sri Kamal ye. Untuk bincangkan tentang projek kita dekat Johor tu. Sepatutnye
kita jumpa dengan Tan Sri, tapi dia outstation minggu ni. Jadi segala
urusan kena melalui anaknya. Apa-apa yang penting nanti, Arina catatkan.”
Panjang lebar Dato’ Mahizan menerangkan kepada Arina. Arina yang dari tadi
berdiri di hadapan majikannya itu, meminta diri untuk menyambung kerja.
Sebenarnya
Arina malas hendak keluar hari ini. Terasa badannya sungguh lemah. Kalau
ikutkan hatinya, hendak sahaja dia berehat di rumah. Tetapi bila difikirkan
tentang kerja yang perlu disiapkan segera, Arina gagahkan juga diri untuk
datang.
Selepas
makan bersama teman-teman sepejabat, Arina cepat-cepat mempersiapkan diri untuk
menemani majikannya. Dia tahu yang Dato’ tidak suka kalau pekerjanya tidak
menepati masa. Segala kerja yang perlu disiapkan segera telah pun disiapkan
tadi.
Tepat pukul
2.30 petang, mereka berjalan keluar dari pejabat menuju ke kereta yang sedang
menunggu mereka di bawah.
“Arina,
kertas-kertas tentang projek tu ada bawa tak?” tanya Dato’ Mahizan ketika
mereka sedang berjalan ke kereta.
“ Sudah
Dato’. Semua kertas kerja yang berkaitan dengan projek di Johor tu sudah saya
letak dalam beg ni.” Sambil menunjukkan beg yang sedang digalasnya kepada
Dato’, Arina tersenyum manis. Tidak dinafikan, Dato’ Mahizan memang cukup
senang dengan sikap Arina yang bertanggungjawab, berdedikasi bila diarahkan
membuat sesuatu. Ditambahkan lagi dengan raut wajah yang cukup manis bila
tersenyum.
Akhirnya,
mereka sampai di bangunan yang menempatkan pejabat Tan Sri Kamal. Arina tergopoh-gapah mengejar majikannya.
Bukan apa, mereka telah terlambat sebenarnya disebabkan jalan yang sesak tadi.
Arina tahu benar perangai majikannya itu. Tidak suka kalau orang menunggu
ketibaannya lebih-lebih kalau dia sudah terlewat dari waktu asal seperti yang
dijanji.
Seorang
wanita dalam lingkungan 40an membawa kami menuju ke salah sebuah bilik. Mungkin
bilik Encik Carliff, anak Tan Sri Kamal. Kata hati Arina. Apabila pintu dibuka setelah diketuk,
kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri tersenyum sambil mempersilakan kami
duduk.
“Dato
Mahizan, please have a seat. And you, beautiful lady…” tegur salah seorang dari
mereka.
“Owh, sorry
Carliff. Kenalkan my PA, Arina. Arina, ini Carliff, anak Tan Sri Kamal. Dan
yang ni kenalkan Azril, Financial Controller syarikat ni.” Terang Dato’ Mahizan
pada Arina. Arina cuma mengangguk sambil bersalaman dengan mereka. Sebenarnya
Arina perasan dari mula masuk lagi, Carliff asyik memerhatikannya. Dasar lelaki
kaya kan. Pantang nampak perempuan cantik. Eh, cantik ke aku ni. Rasanya kalau
aku pakai pakaian yang seksi lagilah ramai yang tak kelip-kelip mata memandang
aku kan. Arina tersenyum sendiri membuatkan semua orang memandangnya ketika
itu.
“Maaf.” Itu
sahaja yang terkeluar dari mulut comel Arina. Nasib Carliff perasaan keadaan
Arina yang tidak berapa selesa bilamana semua mata memandangnya. Macam
kesalahan besar sahaja yang telah dibuat.
Perbincangan
berterusan selama 3 jam. Macam-macam yang dibincangkan mengenai projek
tersebut. Arina pula sibuk mengeluarkan satu persatu kertas kerja yang
dibawanya bersama. Arina masih cuba menyesuaikan dirinya dengan mereka.
Nampaknya Dato’ dan Carliff sudah selalu berjumpa. Melihat gaya mereka
berbincang sememangnya tidak kekok. Seperti gaya emak dan anak pun ada. Arina
juga cuba mencatit segala perkara yang penting yang dibincangkan.
“Ok,Carliff.
Rasanya kita dah bincangkan semua benda yang penting untuk projek ini kan.”
Kata Dato’ sambil menghirup kopi yang dihidangkan sebentar tadi. Ketika Arina
sedang sibuk meletakkan kertas-kertas kerja di dalam beg, dirasakan matanya
kabur dan kepalanya tiba-tiba pening. Dia cuma terdengar suara orang memanggil
namanya, dan akhirnya dia rebah.
Arina
pengsan……
Semua yang
ada di situ mendekati Arina. Carliff kemudiannya dengan segera memangku Arina.
Direnjis-renjis muka Arina dengan air. Namun tidak berhasil. Arina masih lagi
pengsan. Carliff dapat melihat bibir pucat Arina. Terasa badan Arina panas.
“ Azril, call
my driver now. Suruh dia tunggu kat depan. Auntie, if you don’t mind,
Carliff bawa dia ke klinik dulu ye.” Azril sempat memandang Dato’ Mahizan
sebelum dia mendukung Arina menuju ke kereta di tingkat bawah. Dato’ Mahizan
tidak sempat berkata apa-apa . Bukannya driver dia sendiri tidak boleh
menghantarnya. Tetapi entahlah, kenapa si Carliff pula yang kelam kabut.
Mungkin sebab perkara seperti ini tidak pernah berlaku di pejabatnya.
Di
klinik……..
“Cik Arina
mengalami demam panas. Kena banyak berehat. Minum banyak air masak. Mungkin
keadaan cuaca sekarang yang tak menentukan ni kan. Ramai juga yang demam
sekarang ni. Saya akan bagi ubat dan MC. Kena rehat secukupnya.” Terang doktor
yang merawat Arina. Carliff pula yang sibuk mendengar dengan teliti segala apa
yang diperkatakan oleh doktor tadi walhal Arina acuh tak acuh mendengar.
Sebenarnya Arina tahu badannya tidak sihat dari pagi tadi. Tengahari tadi pun
selera makannya kurang.
Tetapi yang
pelik bagi Arina, kenapa Carliff yang menghantarnya dan bukan Dato’ Mahizan
atau abang Man, driver Dato’. Carliff cuba untuk memimpin Arina, tetapi ditolak
dengan lembut. Kini Arina berjalan sendiri dengan perlahan-lahan keluar dari bilik
doktor. Menunggu di luar untuk mengambil ubat.
Terdengar
nama Arina dipanggil untuk mengambil ubat yang telah disediakan. Belum sempat
Arina bangun, Carliff terlebih dahulu telah pergi ke kaunter pengambilan ubat
dan kemudian mengeluarkan beberapa keping duit RM10.
“Berapa
tadi?.” Arina bertanya seraya mengeluarkan dompet di dalam beg tangannya.
Mereka telah pun berada di dalam kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi
Carliff.
Arina masih
mengamati ubat-ubat yang diberikan oleh doktor tadi sambil menunggu jawapan
dari Carliff. Setelah lama menunggu jawapan, Arina mengangkat muka untuk
melihat Carliff. Baru dia perasan yang Carliff sedang memerhatikan tingkah
lakunya.
“Rumah you
kat mana?. I hantar you balik terus. Pasal duit ubat tu, you owe me
Arina. Lain kali baru ganti.” Giliran Carliff pula menunggu jawapan dari Arina.
“Emmm, ok
lah kalau macam tu. En. Carliff hantar ke pejabat saja. Kereta ada kat sana.”
Itu sahaja yang diperkatakan Arina. Sebenarnya Arina masih dalam keadaan lemah
dan pening. Sebab itulah dia malas hendak menjawab banyak bila ditanya. Sahaja
Arina berbohong mengenai keretanya. Tidak mahu Carliff mengetahui dimana tempat
tinggalnya. Dia tidak dapat berfikir alasan lain ketika itu.
Sampai
sahaja di tingkat bawah pejabat, Arina mengucapkan terima kasih kepada Carliff
dan berlalu pergi. Segera Arina menelefon Dato’ Mahizan sambil berjalan menuju
ke kereta.
“Dato’, maaf
ye tak angkat phone tadi. Baru sampai kat bawah office ni. Doktor bagi 3 hari
MC termasuk hari ni. Ada apa-apa yang perlu saya siapkan ke Dato’?.” sambil
bersandar di tepi dinding.
“Arina,
kesihatan lagi penting. Takpe, kalau ada yang penting nanti I minta orang lain
tolong buatkan. Sekarang ni, pergi balik dan berehat cukup-cukup. Jangan fikir
pasal kerja 2 3 hari ni ok.” Lembut sahaja suara Dato’ persis seorang mak
menasihati anaknya. Tidak terfikir Arina ketika itu yang sememangnya Dato’
Mahizan ialah ibu mertuanya. Dia lupa yang Dato’ Haris, lelaki yang
dikahwininya itu adalah anak Dato’ Mahizan.
Baru sahaja
Arina hendak menuju ke tempat menunggu teksi, dia ternampak Haris keluar dari
kereta bersama seorang wanita. Cantik dan bergaya dengan tubuh badan yang
tinggi lampai. Mereka nampak sungguh mesra bersama.
Pada mulanya
Arina tidak berasa apa-apa, namun setelah lama melihat kemesraan antara mereka
terdetik di hati Arina perasaan cemburu. Mana tak cemburu, suami sendiri
bermesra dengan wanita lain.Cantik pula tu.
“No Arina.
Kenapa nak jealous ni. Dia bukan sesiapa dalam hidup kau. Ingat tu.” Kata arina
sendirian.
Ketika
sedang menunggu lift, Haris ternampak kelibat Arina sedang berjalan keluar.
“Haris,
jom.” Belum sempat Haris berkata apa-apa, tangannya ditarik memasuki lift yang
telah terbuka.
Niat Haris
untuk mengejar Arina terhenti……..
lama tgu...sambung la lg
ReplyDeleteRasa mcm berabad menunggu entry... Dan tak puas lah pulak.... Hihihi....
ReplyDeleteNi mesti kes salah faham Arina pd Haris.... Siapalah agaknya perempuan tu?
Carliff pun dah terjatuh hati dgn arina... Hmmm.... Competition but no fight at all. Coz haris dah kawin pun dgn arina... Dantak mungkin haris nak melepaskan arina.... How laaa...
harris kena cepat tell his mum abt arina :-)
ReplyDeleterasa x puas baca..apapun best, munculnya carliff menambah perisa this n3 n klu la si haris tau pertolongan carliff pd arina pastinya tsunami melanda lg.nk lg......
ReplyDelete~saza~
ala skitnya, sambung please
ReplyDeleteBest2...tp xpuas sbb pendek!hehe...AG cpt2 sambung ye, Xmo lame2 cam ari2...meroyan tggu..hehe
ReplyDeletenk lagi....dh lme tggu nie....hahaha
ReplyDeletependeknya macam x puas aje baca...
ReplyDeletePendeknyaaaa setelah sekian lama menanti
ReplyDeleteapa haris ni..macam tak bersungguh jer nak kat arina....please haris..please change!!!!
ReplyDeletenaper pendek sgt? tak puas baca.. next entry please ms. writer...
ReplyDeletekeep it up...
ReplyDeletebila nak ada n3 baru. Menarik cerita ni.
ReplyDeletebesttt..bila nak ada next entry ni...dah lama tak sabar dah ni...
ReplyDeletenext n3...
ReplyDeletebila nak smbung ni?
xsabar nim.........plzzzz cpat sikit