Sunday 5 August 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 6

BAB 6
 
Haris membaringkan diri di dalam biliknya setelah pulang dari menghantar Arina pulang. Kejadian malam itu membuatkan Haris bertekad mahu mengenali Arina dengan lebih dekat. Haris sendiri tidak tahu apa yang membuatkan dia terpaut pada Arina sehinggakan dia menganggap Arina adalah milik dia seorang sepenuhnya. Sebelum ini bukan dia tidak boleh mengupah penyiasat untuk mencari Arina, tetapi dia tidak merasakan benda itu penting. Selama ini dia sibuk dengan perniagaannya, dengan aktiviti sosialnya bersama rakan-rakannya. Perempuan keliling pinggang. Pilih sahaja mana-mana perempuan untuk menjadi teman berhibur. Haris sudah biasa dengan keadaan begitu. Selalunya perempuan-perempuan yang akan mengejarnya, tetapi berlainan pula dengan Arina. Arina seperti cuba menjauhkan dirinya dari Haris. Arina ada aura tersendiri yang membuatkan Haris bertambah suka padanya.
 
Arina membersihkan diri setibanya dia dirumah. Masih memikirkan bagaimana keadaan keretanya sekarang. Memikirkan bagaimana dia boleh memberikan kunci keretanya kepada Haris tadi. Haris yang memaksa Arina memberikan dia kunci kereta dengan alasan supaya senang orang-orang Haris mengambil kunci darinya untuk membawa kereta Arina ke bengkel. Dan sekarang ini terpaksalah Arina berhubung dengan Haris untuk mengetahui perkembangan tentang kereta kesayangannya itu.
 
                Arina, kereta you dah kat bengkel. Tmrw I will pick you up at 7.30am. Don’t be late. I tak suka. Good nite my dear. Sweet dream.
                                                                                                                                                -Haris-
 
Satu lagi arahan yang perlu dituruti. Pening kepala Arina bila memikirkan akan nasibnya sekarang ini. Kenapa ada sahaja arahan yang keluar dari mulut Haris tu. Dan Arina seperti tiada kuasa untuk melawan setiap arahan Haris itu.
 
Pagi ini Arina mengenakan baju kurung berwarna peach dengan solekan yang sederhana. Dia sememangnya cantik dengan kulit yang putih bersih. Dengan bentuk badan yang sederhana tinggi membuatkan dia cantik dengan sebarang pakaian.
 
Haris memberhentikan kereta di hadapan rumah Arina dan membunyikan hon. Arina cepat-cepat mengambil beg tangannya dan mengunci pintu. Dia tidak mahu Haris menunggu lama nanti. Hari ini Haris membawa kereta BMW 7 series berwarna putih. Haris yang duduk dibelakang membuka pintu untuk Arina. Rupa-rupanya Haris datang bersama pemandunya. Takkanlah orang kaya seperti Haris tidak ada pemandu sendiri. Kata Arina di dalam hati.
 
“Good morning my dear.” Haris bersuara setelah Arina menutup pintu kereta. Kalau mulut sahaja yang bercakap tidaklah Arina risau, tetapi ini dengan tangan Haris membelai pipi Arina membuatkan Arina cuba mengelak dari terus dibelai oleh Haris. Tidak dinafikan Arina yang Haris memang pandai menggoda dan pandai membuatkan wanita akan tergoda dengan cara dia melayan, tutur katanya dan penampilan yang sentiasa terjaga.
 
“Good morning .” Sambil tangan Arina cuba menepis tangan Haris dari singgah di pipinya.
 
“You masuk kerja pukul 9 kan. Kita gi breakfast dulu….Hamid, I nak gi breakfast dulu. Kau tengok-tengok mana-mana kedai makan kat area ni.” Haris masih tidak mengalihkan pandangannya ke  Arina walaupun dia sedang memberi arahan pada pemandunya. Haris tahu Arina tidak selesa bila mereka bertentang mata. Arina akan cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain. Haris pula memang suka dengan perempuan yang sebegini. Arina memang berlainan dari perempuan-perempuan yang dia kenal sebelum ini. Pemakaian Arina yang tidak terlalu seksi. Solekan yang sederhana sahaja membuatkan Arina nampak cantik semulajadi.
 
“Baik Dato’.” Sempat Hamid melihat Haris yang masih tidak berganjak melihat Arina dari cermin pandang belakang. Hairan juga Hamid dengan sikap tuannya. Tidak pernah dia bersikap macam ni. Selalunya dia yang tidak ambil kisah dengan perempuan yang dia bawa. Kali ini berlainan pula. Tuannya seperti benar-benar berminat dengan wanita ini. Masakan sanggup mengambilnya di rumah awal pagi.
 
Dato?!. Macamana aku boleh lupa yang Haris berpangkat Dato’ selama ini.Risau Arina kerana selama ini dia tidak memanggil Haris dengan panggilan Dato’. 
 
Selesai mereka bersarapan, Arina dihantar ke tempat kerjanya. Belum sempat Arina membuka pintu kereta, Haris terlebih dahulu memegang tangan Arina. Terkejut Arina bila tiba-tiba tangannya dipegang.
 
“Take care my dear. Nanti petang pukul 6 I ambil you. Tunggu kat sini.”
 
“Its ok, saya tumpang Linda je nanti. Lagipun dia akan datang kerja hari ini cuma lewat sikit. Terima kasih ye….emmm, Dato’.” Berkira-kira Arina untuk membahasakan diri Haris sebagai Dato’.
 
“Arina, kenapa tiba-tiba panggil I Dato’ pulak ni. Its ok my dear. You terkecuali. You still can call me Haris. I’m fine with it. Bukan semua orang terkecuali. You’re lucky Arina.” Arina cuma tersenyum apabila Haris membenarkan dia memanggil Haris tanpa pangkat ‘Dato’nya.
 
“And, you still need to wait for me at 6 nanti. No more excuses Arina.” Sambung Haris lagi.
 
Haris tiba di pejabatnya dengan muka yang ceria. Tidak pernah dia merasa gembira begini. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa perasaannya sungguh lain bila bersama Arina. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Fatul dan staf-staf yang lain juga berasa hairan dengan sikap majikannya itu. Lain dari hari-hari biasa.
 
Haris menjemput Arina tepat jam 6 petang. Mereka terus menuju ke bengkel yang membaiki kereta Arina.
 
“Bos, berapa semua?” Arina bertanya kepada pemilik bengkel  setelah diberitahu keretanya sudah dibaiki sambil mengeluarkan dompet dari beg tangannya.
 
“Itu Dato’ sudah bayar untuk you ma.” Jawab pemilik berbangsa cina itu  seraya memuncungkan bibirnya ke arah Haris. Haris yang ketika itu sedang berbual di telefonnya tersenyum ke arah Arina dan sempat mengenyitkan matanya.
 
 Haris memang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman bagi kebanyakkan wanita. Dengan ketinggian dan tubuh badan yang tegap, disamping segak, bergaya, kaya dan lebih-lebih lagi berpangkat, tidak mustahil ramai yang ingin berdamping dengannya. Arina juga serba sedikit terpikat dengan Haris. Cuma bila teringat tentang apa yang telah dibuat oleh Haris kepadanya dulu serta ugutan gambar, Arina terpaksa membuang perasaan suka kepada Haris.
 
Pagi esoknya Arina menerima mesej dari Haris. Haris akan ke Jakarta selama seminggu atas urusan kerja. Arina terfikir juga siapa sebenarnya dia dalam hidup Haris. Kenapa Haris perlu memberitahu semua ini kepadanya. Arina malas hendak memikirkannya lagi. Makin difikir makin sakit kepalanya. Mesej yang baru diterima dibaca semula oleh Arina. Maknanya selama seminggu ini Arina bebas hendak kemana-mana tanpa khuatir yang Haris akan memaksa dia mengikutnya.
 
Farouk yang bekerja di syarikat yang sama dengan Arina memang dari dulu meminati Arina. Cuma Arina sahaja yang buat tidak faham. Farouk memang memendam perasaan terhadap Arina sejak Arina bekerja di situ. Arina pula tidak mahu terlalu rapat dengan Farouk kerana Arina sedar jawatan mereka jauh berbeza. Arina cuma seorang kerani di situ manakala Farouk memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus. Selalu juga Farouk mengajak Arina makan bersama.  Ada masanya Arina cuba mengelak dari keluar bersama. Cuma kebelakangan ini masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Farouk ditugaskan mengurus projek di Sabah selama sebulan. Baru minggu ini Farouk kembali bertugas. Setibanya Farouk di pejabat, orang yang pertama dia ingin lihat sudah semestinya Arina. Terlalu rindu untuk melihat wajah dan senyuman Arina.
 
“Selamat pagi Arina.” Arina yang sedang membancuh air di pantri terkejut apabila Farouk dengan tiba-tiba berdiri di belakang Arina.
 
“Selamat pagi Encik Farouk. Terlupa pula saya yang Encik  Farouk mula bekerja hari ini. Encik Farouk nak saya buatkan kopi atau milo?” Tanya Arina sambil mengambil cawan yang terletak di tepi mesin membuat kopi.
 
“Buatkan saya milo. Nanti hantar kat bilik saya ye.” Gembira hati Farouk bila dapat melihat wajah Arina. Baginya Arina memang mempunyai kecantikan semulajadi. Farouk berlalu menuju ke biliknya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke pejabatnya. Banyak benda yang  harus dia siapkan segera.
 
Arina mengetuk pintu bilik Farouk dan berjalan masuk dengan membawa cawan yang berisi milo panas. Dia meletakkannya di atas meja Farouk. Baru sahaja Arina ingin berlalu, Farouk bersuara, “Arina, tunggu dulu. Hari ini temankan I lunch boleh?. Jangan kata you ada bawak bekal hari ni. Temankan I ye. Bosan makan sorang-sorang.”
 
Arina serba salah untuk menjawab. Ikutkan hati memang malas hendak makan bersama Farouk. Tetapi bila melihat raut wajah Farouk yang memang berharap dia bersetuju, membuatkan dia rasa bersalah jika menghampakannya.
 
“Memandangkan Encik Farouk baru masuk kerja hari ini, saya temankanlah Encik Farouk makan tengahari hari ni. Tapi Encik Farouk kena belanja saya boleh?” Akhirnya Arina bersetuju untuk makan bersama Farouk.
 
“Arina, bukan lunch je I boleh belanja, dengan dinner sekali I boleh belanja you makan tau. Itupun kalau you sudi.” Arina segera keluar dari bilik Farouk. Lagi dilayan lagi menjadi-jadi si Farouk ni.
 
Waktu makan tengahari, mereka bersama-sama menjamu selera di sebuah restoran berhampiran dengan tempat kerja. Farouk memang suka makan di situ. Lauk pauk di situ sedap-sedap belaka katanya.
 
Farouk banyak bercerita tentang kehidupan orang-orang di Sabah. Arina pula menjadi pendengar setia. Sekali sekala terdengar ketawa Arina. Farouk memang pandai membuat orang terhibur dengan gaya dan cara dia bercerita.
 
Dalam keseronokkan mereka menjamu selera sambil berbual mesra, Arina tidak tahu yang dia sedang diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang dari tadi mengekori Arina kemana sahaja dia pergi.

4 comments:

  1. tahniah!!dah ada blog...hish..memang giler lah dato ni..siap upah org ikut tu...nak baca next chapter lagi, boleh?

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak ada "anonymous" under selection picklist? Kalau ada, lagi byk yg byk comments rasanya.

    Anyway congrats sbb dah buka blog....


    Best... Nak lagi entry....mhihihi...

    ReplyDelete
  3. What a fantastic novel!!!!

    ReplyDelete
  4. Bestla novel nie☺

    ReplyDelete