(Dalam Bab
1 – 4, “Arina” adalah “Aku”. Tetapi di dalam bab seterusnya, “Arina” akan
ditulis sebagai “Arina”. Maaf ye sebab saya rasa penggunaan kata ganti “Aku”
tak berapa seronok bila dibaca. Mohon maaf ye kepada semua pengikut novel ini.
Masih dalam proses pembelajaran. Semoga terhibur dengan sambungan novel ini.)
Bab 5
“Dato’, ada
tetamu menunggu di bilik tetamu. Namanya Cik Diana.” Fatul, setiausaha Haris
memberitahu apabila Haris melintasi mejanya.
“Dah lama ke
dia tunggu?” Tanya Haris sambil meletakkan briefcase miliknya di atas meja
Fatul. Fatul cuma menggangguk dan terus mengambil briefcase Haris untuk
diletakkan di dalam biliknya. Fatul sudah masak dengan perangai majikannya itu.
Kalau lambat diletakkannya di dalam bilik, alamat pagi-pagi ni memang kena
dengar jeritan majikannya. Haris memang tidak suka kalau pekerja-pekerjanya
lambat mengikut arahannya.
Pintu bilik
tetamu dibuka oleh Haris. Diana yang sedang membelek-belek majalah yang
disediakan terus meletakkannya di atas meja dan mendapatkan Haris.
“Kenapa you
masuk lambat hari ni. Lama tau I tunggu you kat sini.” Rengek Diana sambil
tangannya memeluk leher Haris.
“Diana, this
is my office. Bukan rumah I yang you
boleh buat sesuka hati. You nak apa datang office I pagi-pagi ni?” Haris
sememangnya malas hendak melayan kerenah manja Diana. Pada Haris, Diana cuma
alat pemuas nafsunya sahaja. Bila dia merasa bosan, diajaknya Diana untuk
menemaninya. Berlainan pula dengan Diana. Dia menganggap Haris adalah teman
istimewanya. Mana tidak, hubungan mereka sudah sampai ke tempat tidur. Dato’ Haris Iskandar, usahawan terkenal yang memang
terkenal dengan sikap kasanovanya. Berapa ramai perempuan telah dibawanya ke
tempat tidur. Diana inilah koleksi terbarunya.
“You kenapa
nak marah-marah ni. I datang nak ajak you gi breakfast lah. Dari tadi I tak
makan lagi tau. Tunggu you. Jom sayang kita turun breakfast. Temankan I.” manja
suara Diana cuba memujuk Haris untuk menemaninya. Memang dari tadi dia tidak
makan apa-apa semata-mata untuk bersarapan bersama Haris.
“Look Diana.
This is the first and the last you datang office I. Next time kalau you datang
lagi, I will call the guard to chase you. I dah beritahu you kan yang I tak
suka you or any other girl datang office I. Kalau I suruh you datang office I,
baru you datang. In this case, I takda langsung suruh you datang. So, sebelum I
naik angin, better you get out from here Diana.” Tegas suara Haris membuatkan
Diana tidak berani bersuara. Cuma renungan mata Diana menunjukkan dia tidak berpuas
hati dengan layanan dari Haris terhadapnya. Tanpa sepatah kata, Diana terus
berlalu dengan hati yang sungguh sakit. Sanggup Haris berbuat sebegitu
terhadapnya. Barulah dia sedar yang Haris menganggap dirinya seperti
perempuan-perempuan lain.
Haris memang
tidak suka sesiapa sahaja yang datang ke pejabatnya tanpa hal yang mustahak.
Lebih-lebih lagi perempuan-perempuan seperti Diana yang hanya ingin
bermanja-manja dengannya. Hilang mood Haris sepanjang hari. Habis semua benda
tidak kena dimatanya.
“Kenapa
pulak kereta ni. Tadi elok je aku bawak.” Tiba-tiba sahaja kereta Arina rosak.
Terpaksa Arina memberhentikan kereta di tepi jalan. Arina cuba untuk
menghidupkannya, tetapi masih tidak boleh. Puas mencuba, dia turun dari kereta
untuk melihat enjin kereta. Masa itulah baru Arina perasan tempat yang dia
berhenti ini sunyi. Tidak banyak kereta melalui jalan ini. Inilah jalan pintas
untuk balik kerumah. Menyesal pulak rasanya mengikut jalan ini.
Arina cuba
menelefon Mimi, teman serumahnya tetapi tidak berangkat. Baru sahaja hendak
mendail sekali lagi, deringan panggilan masuk kedengaran. Tanpa melihat siapa
yang menelefon, terus Arina menjawab. “Mimi, tolong aku. Kereta aku rosak ni
kat tepi jalan. Cepat datang tau. Takutlah. Sunyi kat sini ni. Aku kat tepi
jalan dekat ngan Sekolah Kebangsaan Cina Fing Wa ni. Cepat ye.”
“Arina, masuk dalam kereta dan kunci. Tunggu sampai I
datang.” Terkejut Arina bila suara Haris yang kedengaran. Salah dia juga sebab
tidak melihat dulu nama yang tertera di skrin telefonnya tadi. Tetapi dalam
masa yang sama, Arina bersyukur ada orang yang akan datang membantu.
Cepat-cepat dia memasuki kereta dan menguncinya.
Haris yang
ketika itu sedang memandu balik ke rumah, terus menukar arah menuju ke tempat
dimana Arina menunggunya. Arina pula tidak senang duduk di dalam kereta. Masih
menunggu Haris tiba.
Tok..Tok….Terkejut
Arina apabila tingkap keretanya diketuk orang. Haris, si penyelamat Arina sudah
berada di situ.
“Arina,
are you okay my dear?” Tanya Haris dengan nada risau sambil membelai rambut
Arina seperti seorang bapa membelai rambut anaknya. Arina cuma mengangguk dan
mengelak dari rambutnya terus dibelai oleh Haris.
“You kunci
kereta you and I hantar you balik. Nanti I panggil mekanik untuk betulkan
kereta you. Don’t forget to take all your valuable items my dear.” Arina
terus mengambil beg tangannya dan mengunci pintu keretanya. Dia kemudiannya
mengikut Haris ke keretanya dengan tujuan untuk dihantar pulang ke rumah.
“Haris, maaf
ye sebab menyusahkan awak. Saya ingat
tadi Mimi, housemate saya tadi yang call. Tak tahu pulak awak yang
call.” Arina memulakan perbualannya setelah hampir 5 minit mereka berada di
dalam kereta.
“Its okay
Arina. Lagipun I call you tadi nak you temankan I makan. Kita gi makan dulu ye.
Sebab I lapar ni. And you pun mesti belum makan lagi kan. Jom kita gi makan
dulu. Kali ni I nak you belanja.” Haris sempat mencuit pipi Arina. Arina tahu
dia tidak boleh menolak ajakan Haris kerana sememangnya perutnya memang diminta
isi. Dan Arina tahu yang itu bukan satu
ajakan atau pelawaan untuk makan malam, tetapi lebih kepada satu arahan yang
perlu diikuti. Tapi yang menjadi masalahnya tentang belanja. Duit sendiri pun
cukup-cukup makan. Duit baiki kereta lagi nak diketepikan. Ada yang aku kena
tolong basuh pinggan nanti. Monolog Arina sendiri.
“Kita nak
makan kat sini ke?” Tanya Arina setelah Haris memberhentikan keretanya di depan
sebuah restoran. Dari luar sahaja sudah menunjukkan yang restoran yang akan
mereka masuk ini adalah sebuah restoran mahal. Arina tiada pilihan lain kecuali
membisikkan sesuatu ke telinga Haris.
“Haris, kita
gi restoran lain boleh?. Sebab……sebab….”
Arina malu untuk memberitahu sebabnya lebih-lebih lagi dengan renungan Haris.
Muka mereka terlalu dekat sehingga bila-bila masa sahaja Haris boleh mencium
Arina. Haris yang terbuai dengan kecantikkan Arina seperti terlupa
segala-galanya. Terlupa dimana mereka berada. Yang ada cuma mereka berdua
sahaja.
“Sebab saya
risau tak cukup duit untuk belanja awak makan.” Terhenti lamunan Haris serta
merta apabila Arina menyambung ayatnya yang tergantung tadi.
“Arina..Arina…I
cuma main-main je tadi. Takkanlah I nak suruh you belanja I. I yang ajak you
kan tadi. Dah, jom masuk. Perut I ni dah lapar ni. Nanti kalau tak sempat makan
kat dalam, you yang I makan nanti. Mesti lagi sedap kan.” Dengan muka yang tak
bersalah Haris terus memeluk pinggang Arina untuk sama-sama masuk ke dalam
restoran tersebut. Arina masih tidak pekak untuk mendengar apa yang Haris
katakan tadi. Memang gilalah Haris ni. Kata Arina sendiri dalam hati.
Haris tidak
berminat dengan latar belakang perempuan-perempuan sebelum ini, tetapi dengan
Arina lain. Dia seperti mahu mengetahui semua perihal tentang Arina. Walaupun
Haris telah mengenali Arina semasa sekolah dulu, tapi tidak semua yang dia tahu
tentang Arina. Malah dia tidak berminat pun dengan Arina ketika itu. Arina cuma
sebagai benda taruhan antara dia dan rakan-rakannya. Haris telah dicabar oleh
rakan-rakannya untuk mengambil gambar bogel Arina. Entah kenapa Arina yang merupakan
anak tukang kebun disekolah itu dijadikan taruhan. Mungkin ketika mereka sedang
lepak di tangga sekolah, Arina kebetulan melintasi mereka. Kesian Arina yang
tidak kena mengena telah terjebak dalam pertaruhan itu.
Tiga hari
selepas itu, Haris berjaya mengambil gambar Arina tanpa pakaian. Arina telah
dibawa ke sebuah hotel dengan tidak sedarkan diri. Ketika itu, Haris
hampir-hampir hendak menjamah badan Arina. Bukan semua lelaki boleh menahan
gelora nafsu mereka kalau ada perempuan di depan mata dengan keadaan tanpa
berpakaian. Haris cepat-cepat menangkap gambar Arina. Semua penjuru di
ambilnya. Tidak dinafikan Arina mempunyai kulit yang cerah dan bersih. Setelah
selesai mengambil gambar Arina, Haris mula mencium bibir Arina. Ketika itu,
nafsu Haris sudah tidak keruan. Nasib Arina baik, kerana tiba-tiba telefon
Haris berbunyi. Haris perlu segera balik kerana mamanya hendak berangkat ke
Singapura atas urusan kerja. Arina ditinggalkan keseorangan di dalam bilik.
Arina mendapat tahu bahawa Haris yang membawanya
ke hotel pada hari itu. Hendak membuat repot polis, rasanya dia tidak dirogol.
Sebab tanda-tanda dirogol langsung tidak ada. Yang dia tahu, dia telah sedarkan
diri di dalam bilik hotel, tanpa memakai seurat benang pun. Apa yang telah
dilakukan oleh Haris keatas dirinya. Dia sendiri tidak tahu sehinggalah dia
berjumpa semula dengan Haris di kelab malam tempoh hari. Bagaimana mahu membuang
Haris semula dari hidupnya. Arina sendiri tidak tahu.
No comments:
Post a Comment