Monday 22 October 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 14



KAU TETAP MILIKKU

BAB 14

Arina sudah nekad untuk menghantar surat perletakan jawatan kepada Dato’ Mahizan hari ini. Dia tidak mahu perkara yang ditakuti terjadi. Setiap saat dirasakan hatinya tidak menentu, risau, takut kalau-kalau majikannya mengetahui tentang hubungannya dengan Haris. Macam manalah penerimaan Dato’ bila mendapat tahu yang selama ini Arina menipu tentang statusnya. Menipunya tentang perkahwinan yang tidak diketahuinya itu. Mungkin juga bila Dato’ mendapat tahu, dia akan dipecat 24 jam. Tidak sanggup dia memikirkan reaksi Dato’ nanti. Agak-agaknya habis dimaki hamun dirinya.

“Surat apa ni Arina?” tanya Dato’ Mahizan apabila Arina menyerahkan sepucuk surat padanya ketika dia membawa masuk air. Memang rutin Arina setiap pagi membawakan secawan air milo panas pada majikannya itu. Dato’ Mahizan memandang Arina untuk mendengar penjelasannya.

“Surat perletakan jawatan saya, Dato’” jelas Arina sambil memandang Dato’ walaupun dalam hatinya hanya tuhan sahaja tahu bagaimana takutnya dia untuk melihat wajah Dato’ sambil menyatakannya.

Dato’ Mahizan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia cuma membuka surat tersebut sambil diperhatikan Arina. Arina serba salah ketika itu. Dirasakan hendak sahaja dia keluar dari situ.

“Arina, duduk.” Dato’ Mahizan bersuara setelah membaca surat tersebut. Arina yg ketika itu tercegat berdiri, terus melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan majikannya.

Look Arina….Masalah peribadi?. If ada masalah, you can tell me. Kalau boleh tolong, I tolong. Its just that susah bagi I nak lepaskan seorang pekerja yang bagus macam you Arina. Ok, macam ni. Kalau you nak masa untuk selesaikan masalah you ni, you boleh ambil cuti dulu. Sekarang ni susah nak dapat kerja Arina. So, think carefully Arina. I taknak terima surat you ni. So, I bagi masa you fikir. As what I said just now, kalau you nak cuti, just let me know.”

Entah mengapa, Arina tidak dapat berkata apa-apa ketika itu. Memang betul apa yang dikatakan oleh Dato’ itu. Sekarang ini memang susah untuk mendapatkan kerja. Ramai yang menganggur di luar sana. Tetapi macam mana dia nak melarikan diri daripada Haris dan mamanya kalau dia masih bekerja di syarikat ini. Memang masalah besar untuk Arina.

Arina meminta diri dari Dato’ dan berlalu keluar dari bilik tersebut. Dia memang buntu ketika itu. Tidak dapat berfikir apa yang patut dibuatnya. Berhenti pun akan menimbulkan masalah, tidak berhenti pun juga akan menimbulkan masalah kelak. Serabut kepala Arina memikirkannya.




Sedang Arina tekun menyiapkan kerjanya, bahunya ditepuk seseorang.

“Arina, jom temankan akak keluar petang ni. Akak nak belikan hadiah untuk suami akak. Birthday dia hujung minggu ni. Bosan lak kalau cari sorang-sorang.” Dengan nada memujuk seraya membuat muka meminta simpati pada Arina, Hasnah memeluk bahunya.

“Terkejut Arina…..Amboiiii…..nak memujuklah ni ye. Yelah, yelah……Nanti petang Arina temankan akak. Lagipun hari ni Arina takda buat apa-apa pun.” Balas Arina tanpa memandang wajah Hasnah. Cuma menepuk-nepuk  tangan Hasnah yang sedang memegang bahunya. Dia harus menyiapkan kerja yang ada sebelum balik.

“Sayang adik akak sorang ni.” Sempat lagi Hasnah mencuit pipi Arina sebelum bangun menuju ke pantri. Arina sekadar menjuihkan bibirnya.


Petang itu selepas habis waktu bekerja, Arina menaiki kereta Hasnah menuju ke Mid Valley, pusat membeli-belah yang berdekatan dengan tempat kerja mereka.

“Akak nak cari apa untuk suami akak?” tanya Arina ketika mereka sedang berjalan masuk.

“Entahlah Arina. Sebenarnya akak sendiri takda idea nak beli apa. Rasa-rasa macam nak belikan perfume je untuk abang. Ok tak?” ujar Hasnah sambil menarik tangan Arina menuju ke tingkat atas.

“Ok sangat tu kak. Boleh dia sembur sebelum masuk tidur setiap malam. Tergoda sikit akak.” Arina mengenyitkan matanya sambil tersenyum memandang Hasnah. Sempat Hasnah mencubit manja lengan Arina.

Mereka menuju ke salah sebuah kedai yang menjual minyak wangi di situ. Sedang mereka memilih minyak wangi yang sesuai, tiba-tiba dapat dirasakan oleh Arina yang dirinya diperhatikan seseorang. Terus dia mengangkatkan mukanya dan melihat sekeliling.

Tup……..Memang betul ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh. Dapat dilihat dengan jelas siapa orang itu. Cepat-cepat Arina memalingkan mukanya ke tempat lain. Jantungnya terus berdegup kencang. Dia cuba menenangkan dirinya. Takut kalau-kalau Hasnah perasan dengan perubahannya.

Arina cuba melihat ke tempat tadi melalui cermin yang ada di kedai tersebut. Tiada!. Lega sedikit perasaan Arina. Tetapi belum sempat Arina memusingkan badannya untuk memastikan, dirasakan pinggangnya dipegang seseorang.

“Hai Kak Nah.” Hasnah yang ketika itu sedang sibuk mencium bau-bau menoleh kearah  suara tersebut. Arina pula cuba menjarakkan diri daripadanya.

“Eh, Dato’ Haris. Apa yang Dato’ buat kat sini?” Tanya Hasnah sambil tersenyum. Arina pula terpaksa berlagak seperti biasa walaupun ketika itu jantungnya berdegup kencang. Mana tidaknya, kedudukan Haris yang terlalu dekat berdiri di belakangnya membuatkan Arina resah jika Hasnah dapat menghidu hubungan antara mereka.

“I keluar dengan my friend tadi. Tapi dia dah balik. Kak Nah dengan Arina cari perfume? Untuk someone special ke?” Haris mendekatkan dirinya pada Arina dengan alasan untuk memegang botol-botol minyak wangi yang ada di atas meja. Cepat-cepat Arina menjarakkan dirinya dengan berdiri di sebelah Hasnah. Tenang Arina, tenang…….bisik hati Arina.

“Aaa, aah.. Actually nak belikan untuk my husband. Birthday dia hujung minggu ni. Tu yang tengah mencari hadiah untuk dia ni.” Jelas Hasnah seraya tersenyum dan kemudian memandang Arina yang dari tadi diam tidak berkata.

Actually I pun nak cari perfume untuk someone special. You minat yang mana Arina?” Terkejut Arina bila namanya disebut. Nak belikan perfume untuk someone special tapi tanya aku yang mana aku suka. Peliklah Haris ni. Detik Arina di dalam hati.

No, I mean, Arina suka yang mana. Sebab orang yang nak I bagi tu lebih kurang macam Cik Arina kita ni. Perangainya and citarasanya lebih kurang.” Ujar Haris pada Hasnah bila Hasnah membuat muka terkejut dengan pertanyaannya pada Arina tadi. Arina pula masih menayangkan muka tidak puas hati pada Haris. Kalau ikutkan hatinya, hendak sahaja dia tinggalkan Haris. Malas hendak dilayan kerenahnya itu.

“Oh, ingatkan nak bagi pada Arina kita ni. So, Arina suka yang mana. Mesti suka bau-bau yang romantik gitu kan. Buat orang tergoda bila bau.” Ketawa mereka bila mendengar kata-kata Hasnah itu. Namun pandangan Haris pada Arina membuatkan dia terhenti ketawa. Pandangan yang cukup membuatkan hati wanita tergoda bila melihatnya. Termasuklah Arina. Itu sebabnya Arina tidak sanggup membalas renungan Haris, risau sekiranya dia akan jatuh cinta pada Haris.

“Cuba try yang ni.” Haris meminta jurujual tersebut mengambil salah satu minyak wangi yang ada di situ. Diberinya pada Arina untuk mencuba. Arina sekadar tersenyum kelat sambil mengambil  botol tersebut dari tangan Haris. Hasnah pula sibuk memilih wangian yang mana sesuai untuk suaminya.

Nice kan sayang?” tanya Haris pada Arina membuatkan Arina tergamam bila sebutan sayang disebut Haris. Terus dia menoleh ke arah Hasnah. Lega rasanya bila Hasnah masih sibuk membelek botol-botol minyak wangi. Dialihkan pandangannya kepada Haris. Geram rasanya bila melihat Haris membuat reaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Nice tak bau dia?” tanya Haris lagi. Kali ini suaranya agak perlahan sedikit tetapi didekatkan wajahnya pada Arina. Arina cuma mengangguk setuju.

“Akak nak bayar kejap ye.” Ujar Hasnah membuatkan Arina dan Haris menoleh kepadanya serentak dan tersenyum. Haris juga kemudian turut serta membayar minyak wangi yang dipilihnya tadi.

Mereka  beriringan keluar dari kedai dan menuju ke tempat meletak kereta. Haris seperti biasa mempelawa dirinya untuk menghantar Arina pulang, namun ditolak secara baik oleh Arina. Katanya dia datang dengan Hasnah, dan seeloknya dia pulang juga dengan Hasnah. Itu kata Arina, namun di dalam fikiran Haris berpendapat yang Arina cuba untuk menjauhkan diri daripadanya. Its ok Arina…..Kau akan tetap jadi milikku…bukan orang lain…..Haris bersuara di dalam hati.

**********************

Keesokkannya……

“Arina, ada bungkusan tu kat atas meja. Tak taulah dari sapa.” Kata Hasnah sambil memuncungkan mulutnya ke arah bungkusan yang diletakkan di atas meja Arina tadi. Arina yang baru sampai terus mencapai bungkusan tersebut. Tiada kad atau apa-apa mesej pada bungkusan itu. Yang tertulis di situ cuma namanya sahaja.

Terus Arina membuka bungkusan tersebut untuk mengetahui isi dalamnya. Malas dia hendak berfikir panjang. Mungkin ada mesej dari siapa tertulis di dalam. Fikir Arina sendiri.

Perfume ni………Haris…..” terus Arina teringat pada Haris. Mana mungkin dia lupa tentang minyak wangi yang dibeli oleh Haris semalam. Ya, minyak wangi yang sama. Terus ditoleh ke tempat duduk Hasnah. Nasib Arina baik kerana Hasnah tiada di tempat duduknya. Selalunya masa-masa ini Hasnah akan sibuk membuat air di pantri. Kalau tidak, mesti Arina pening bagaimana dia hendak menjelaskan segalanya pada Hasnah. Cepat-cepat Arina menyimpan botol tersebut di dalam begnya.

“Haaaa, dah bukak ke bungkusan tadi tu?” sergah Hasnah membuatkan Arina terkejut. Arina mengurut dadanya membuatkan Hasnah tersenyum lebar.

“Akak ni…..buat terkejut Arina je. Belum lagi. Nantilah. Bukak kat rumah je nanti.” Arina bersuara sambil bangun dan berlalu ke pantri dengan membawa cawannya. Dia terpaksa melarikan diri sementara supaya Hasnah tidak bertanya lagi tentang bungkusan yang diterimanya tadi.


Petang itu, seperti biasa Arina berjalan menuju ke stesen LRT yang berhampiran untuk pulang ke rumah. Sedang Arina berjalan, dia menerima panggilan dari Haris. Dibiarkan sahaja panggilan tersebut. Malas hendak diangkatnya. Dia masih meneruskan langkahnya dengan cepat supaya cepat sampai.

“Encik Carliff.” Tegur Arina bila dia terserempak dengan Carliff dari arah bertentangan. Carliff yang ketika itu sedang berjalan dengan seorang lelaki lagi memberhentikan langkahnya.

“Hai Arina. You nak balik ke? Nak ke LRT ye.” Tanya Carliff lembut pada Arina.

“Ya, nak balik ni. Dari pejabat nak balik ke rumah. Oklah Encik Carliff, kesian kawan Encik Carliff tunggu tu. Saya balik dulu ye.” Baru sahaja Arina hendak meneruskan langkahnya, Carliff terlebih dahulu menghalang jalan Arina.

“I hantar you balik. Lagipun I memang nak balik ni. Please don’t say no Arina.” Carliff sendiri tidak tahu kenapa dia boleh memperlawa Arina ketika itu. Padahal dia baru sahaja berjumpa dengan kawannya untuk berbincang tentang hal kerja. Arina menoleh ke arah kawan Carliff yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka.

“Kejap ye. I bagitahu kawan I kejap.” Arina cuba menghalang Carliff tetapi tidak diendahkannya. Tidak sempat Arina berkata apa-apa pada Carliff.

Arina berjalan beriringan dengan Carliff menuju ke kereta. Entah kenapa Arina berasa sungguh selesa bila berbual dengan Carliff walaupun mereka jarang bertemu.

Ketika kereta menghampiri rumah Arina, Arina perasan sebuah kereta terparkir berhampiran rumahnya. Dapat dirasakan kereta tersebut adalah milik Haris. Jantung Arina berdegup kencang ketika itu. Bagaimana reaksi Haris nanti bila melihat Carliff yang menghantarnya pulang. Dia tahu Haris cuba menghubunginya dari tadi tapi tidak satu pun panggilan darinya diangkat.

“Itu bukan Haris ke?” Carliff memandang ke arah lelaki yang baru sahaja keluar dari keretanya setelah memberhentikan kereta di hadapan rumah Arina.

“Harissss…….Kau buat apa kat sini?” Carliff keluar dari kereta dan menepuk bahu Haris. Haris cuma tersenyum dan memandang ke arah Arina. Dengan pandangan tersebut, Arina dapat merasakan yang Haris mahukan penjelasan darinya.

“Aku…..Aku ada benda nak bagi pada Arina untuk perbincangan esok. Tadi aku jumpa kawan kat area sini. So, sekali jalan lah. Singgah sekejap jumpa Arina. Tak sangka pulak jumpa kau sekali. Korang dari mana?” Haris menunjukkan reaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun di dalam hatinya, ingin sahaja dibawa Arina ke tempat lain. Ingin sahaja ditumbuk muka Carliff. Ingin sahaja diberitahu Carliff mengenai hubungan antara mereka. Cuba ditahan perasaan itu.

“Aku kebetulan jumpa Arina tengah jalan ke LRT tadi. So, aku tumpangkan dia balik. Itu je. Ajak dia makan, dia taknak. Diet kot.” Sempat Carliff mengenyitkan matanya pada Arina. Arina pula yang serba salah ketika itu. Pasti Haris nampak apa yang dibuat oleh Carliff tadi.

“Encik Carliff, terima kasih kerana menghantar saya pulang. Dan Dato’ Haris, ada apa-apa yang saya boleh tolong?” Arina mencelah tiba-tiba. Kalau dibiarkan mereka, entah sampai pukul berapa baru dia boleh masuk ke dalam rumah.

Carliff mengucapkan selamat malam pada Arina dan bersalaman dengan Haris sebelum dia masuk ke kereta dan berlalu pergi. Haris pula terus memandang tajam pada Arina. Tiada sebarang kata yang keluar dari mulut Haris ketika itu. Arina juga tidak tahu apa yang hendak diperkatakan ketika itu. Masing-masing mendiamkan diri seketika.

“Kalau takda apa-apa, Arina masuk dalam dulu. And Dato’, perfume ni tersalah bagi rasanya. Sebab hari tu Dato’ ada cakap nak bagi pada someone special kan. And Arina tak rasa Arina yang special tu.” Ujar Arina sambil menghulurkan bungkusan yang diterimanya pagi tadi. Haris masih mendiamkan dirinya. Tidak menunjukkan sebarang reaksi pun.

“Arina, you better go in now. And just take it.” Haris berlalu meninggalkan Arina keseorangan di situ. Itu sahaja yang diperkatakan oleh Haris pada Arina. Nada suaranya seperti menahan kemarahan. Takut juga Arina melihat Haris dengan keadaan begitu.

Kereta meluncur laju………………………………………………….

Sunday 7 October 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 13



KAU TETAP MILIKKU

BAB 13

“Jom, I hantar you pergi kerja.” Terkejut Arina bila terdengar suara Haris dari dalam kereta yang berhenti tiba-tiba di sebelahnya. Arina yang ketika itu sedang berjalan menuju ke perhentian bas untuk ke tempat kerja terhenti bila sebuah kereta Audi Sport berwarna hitam menghampirinya.

“Arina, you nak masuk sendiri atau nak I tarik you masuk dalam kereta?” Arina berhenti berjalan dan terus menoleh ke arah Haris. Sakit hati Arina dengan sikap lelaki seorang ni. Setiap arahan yang keluar dari mulutnya harus dituruti. Dia lebih rela menaiki bas dari menaiki kereta yang sama dengan Haris. Namun apakan daya. Arahan telah dikeluarkan. Terpaksa juga Arina memaksa dirinya memasuki kereta. Haris yang segak memakai cermin mata hitam  dan lengkap berpakaian kerja menyerlahkan lagi ketampanannya. Tergugat juga iman Arina bila melihat Haris ketika itu.

“Hah, kan senang macam tu. Macam tulah seorang isteri yang baik. Dengar cakap suami.” Arina sempat menjerling ke arah Haris yang masih tersenyum memandangnya.

Kereta terus meluncur laju ke tempat kerja Arina. Mereka sama-sama turun dari kereta setelah Haris memberhentikan enjin kereta. Arina serba sedikit berasa hairan bilamana Haris juga turut keluar dari kereta. Bukan dia hendak pergi kerja ke tadi. Kenapa dia nak kena turun juga ni. Bisik Arina sendiri.

“Ermmm, Haris nak jumpa Dato’ ke? Rasanya dia tak sampai lagi waktu-waktu ni. Selalunya pukul 10 baru dia masuk pejabat.” Risau juga Arina sekiranya ada staf lain yang ternampak mereka ketika itu. Bukan dia tidak tahu, ramai staf wanita dekat sini yang berminat pada Haris.

I know that. Dah sayang, jom naik.” Haris memegang pinggang Arina mengisyaratkannya untuk bergerak. Cepat-cepat Arina menjauhkan dirinya daripada Haris. Kalau staf lain nampak, memang menjadi buah mulut jawabnya. Haris ketawa kecil melihat reaksi comel Arina ketika itu.

Tiada seorang pun yang berada di pejabat ketika mereka sampai. Kelibat staf lain masih belum kelihatan. Arina terus mengikut Haris masuk ke bilik mamanya. Niatnya untuk membuka lampu  dan menghidupkan penghawa dingin bilik tersebut. Belum sempat Arina membuka lampu, Haris lagi cepat memeluk Arina. Arina yang tersepit antara dinding dan badan Haris cuba melepaskan diri. Keadaan mereka yang terlalu rapat membuatkan Haris dapat merasakan setiap lekukan badan Arina ketika itu. Niat Arina hendak bersuara terbatal bila bibirnya disambar Haris. Bibir mereka bertaut dan nafas mereka bersatu. Dipagutnya kemas bibir Arina. Haris sememangnya terlalu rindu pada Arina. Bukan sahaja pada bibirnya, tetapi segala-galanya yang ada pada Arina. Arina juga terbuai dengan belaian dan kucupan Haris ketika itu.

Stop it Haris. Please.” Arina merayu pada Haris. Baru Haris tersedar yang mereka sama-sama berada di dalam pejabat, bukannya di rumah. Suara lembut Arina menyedarkannya dari keindahan yang sudah lama tidak dinikmati.

I’m sorry my dear.” Haris terus melepaskan Arina. Lampu bilik ditekannya. Keadaan bilik bertukar terang. Arina cepat-cepat berlalu dari bilik majikannya itu dan menuju ke bilik air.

Arina melihat dirinya di cermin. Semuanya masih elok dan kemas. Cuma gincu di bibirnya sudah tidak kelihatan. Dia sendiri tidak faham kenapa dia boleh lalai membiarkan bibirnya disentuh Haris. Mungkin sebab dia juga merindui belaian Haris. Belaian seorang lelaki yang lebih tepat belaian seorang suami.

Stop it Arina……..Fokus pada keadaan sekarang….Cuba kau cermin muka kau tu. Layakkah kau berada bersama Dato’ Haris. Walaupun kau isteri dia, tapi takda seorang pun kawan dia yang tahu. Nampak sangat dia taknak orang lain tahu yang kau tu isteri dia. Kau faham tu Arina.

Bisikan kata hati Arina menyedarkan betapa jauh beza dirinya dengan Haris. Seperti enggang dan pipit. Semua ini perlu berakhir segera. Dia perlu melakukan sesuatu sebelum semuanya terlambat.

Sebenarnya ada sepasang mata yang melihat keadaan Arina yang berlari sambil memegang bibirnya keluar dari bilik majikannya. Lebih terkejut bila melihat Dato’ Haris pula keluar dari bilik yang sama.

“Kak Nah, bila sampai?.” Terkejut Arina bila terlihat Hasnah sedang membancuh air di pantri.

“Arina, duduk kejap. Akak nak tanya sikit ni.” Nafas Arina turun naik bila Kak Hasnah ingin bertanyakan sesuatu. Tidak dapat difikirkan jawapannya jika Kak Hasnah bertanyakan tentang kejadian sebentar tadi. Otaknya tidak dapat berfikir ketika itu.

“Arina, akak nampak apa yang berlaku tadi. Akak harap Arina tak buat benda-benda yang tak elok ye. Jaga maruah Arina baik-baik. Jangan sampai menyesal di kemudian hari nanti.” Kata-kata Kak Hasnah membuatkan Arina sebak. Cuba ditahan air matanya dari jatuh. Ingin sahaja Arina memberitahu Kak Hasnah kedudukan sebenar antara dia dan Haris. Apa yang dibuat oleh Haris kepadanya tidak salah sama sekali. Kak Hasnah telah tersalah sangka. Tetapi itu bukan salahnya kerana dia tidak mengetahui perkara sebenar.

Arina cuma tersenyum sambil memandang Hasnah. Belum tiba masanya dia hendak menceritakan perkara sebenarnya kepada orang lain. Lebih-lebih lagi Kak Hasnah yang sememangnya rapat dengan Dato’ Mahizan. Tidak tahu macam mana reaksi Dato’ jika dapat tahu yang setiausahanya ini adalah menantunya. Menantu yang tidak diiktiraf olehnya. Pening kepala Arina setiap kali memikirkannya.

Sedang Arina meneliti kerja yang baru sahaja ditaipnya itu, telefonnya berbunyi.

“Owh, Encik Carliff. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Terkejut juga Arina bila Carliff menelefonnya. Mungkin dia mencari Dato’ Mahizan untuk bertanyakan tentang projek yang dibincangkan hari itu. Mana mungkin dia mencari kau, Arina. Bisik Arina sendiri.

So, how are you Arina?. Dah ok? I tried to call you on that day. Tapi tak angkat. And I don’t want to disturb you after that. Assumed you nak berehat.” Lembut sahaja suara Carliff ketika itu. Memang Arina perasan ada nombor yang tidak dikenalinya menelefonnya beberapa hari lepas. Malas Arina hendak mengangkatnya kerana tidak dikenalinya nombor tersebut. Lebih-lebih lagi dia dalam keadaan sakit ketika itu.

“Alhamdulillah, semakin sihat sekarang. Maaflah sebab tak angkat panggilan encik Carliff hari tu. Saya tak tahu itu nombor encik Carliff.” Jelas Arina sambil tangannya menyusun kertas-kertas yang bersepah di atas mejanya.

So, if you don’t mind I nak ajak you lunch with me today. Sebab kejap lagi I need to go to your office nak jumpa dengan your boss and her son, Haris. After discussion temankan I makan ye.” Serba salah Arina ketika itu. Ikutkan hati malas dia hendak menemankan Carliff makan. Tetapi bila teringat yang Carliff lah orang yang bersusah payah menghantar dia ke klinik dan menyelesaikan bayaran untuk ubat-ubatnya, terasa tidak patut dia menolak ajakannya.

“Insyaallah. Nanti juga saya bagitahu dekat Dato’ ye yang encik Carliff telefon tentang appointment hari ni.” Setelah meletakkan telefonnya, Arina berjalan menuju ke bilik majikannya untuk menyerahkan kerja yang telah disiapkan tadi dan juga memberitahu tentang panggilan Carliff sebentar tadi.

Sepanjang Arina berada di dalam bilik majikannya itu, mata Haris tidak lepas-lepas memandang Arina. Kedudukan Haris yang ketika itu berada di belakang mamanya, membuatkan senang baginya untuk meneliti wajah Arina tanpa diketahui oleh mamanya. Arina pula yang rasa serba tidak kena. Bukan dia tidak nampak cari Haris memandangnya. Pandangan itulah yang membuatkan Arina tidak selesa.

Lega rasanya bila sahaja Arina keluar dari bilik itu. Sesak nafas dibuatnya. Boleh pengsan aku kalau lama-lama dekat dalam tadi. Gerutu Arina sendiri.


Carliff masih di dalam bilik Dato’ Mahizan bersama-sama dengan Haris dan Kak Hasnah. Lama juga mereka berbincang tentang projek terbaru mereka itu. Tidak tahu pula Arina yang Haris juga terlibat dalam projek itu.

“Arina, Dato’ ajak lunch sama jap lagi.” Hasnah yang baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat berjalan menuju ke mejanya.

“Taknaklah Kak Nah. Sapa lagi pergi. Seganlah Kak Nah makan dengan Dato’.” Memang Arina tidak selesa setiap kali makan bersama dengan Dato’ Mahizan. Rasa bersalah sekali-sekala timbul kerana menipu majikannya itu dengan hubungan mereka yang sebenar-benarnya.

“Laa, jomlah. Bukan Dato’ je. Anak dia ngan Encik Carliff pun sekali. Akak pun sama la. Dah, takyah nak pikir-pikir lagi.” Ujar Hasnah seraya mengemaskan mejanya yang ditinggalkannya bersepah tadi.

Kalau dengan Dato’ pun dia segan, apatah lagi sekarang ini dia akan makan semeja dengan Haris dan Carliff. Bertambah risau dan seganlah Arina nanti.

“Mengelamun lak anak dara sorang ni. Dah jom. Diorang dah kuar tu.” Tersedar Arina bila bahunya dicuit oleh Kak Hasnah. Ketika itu juga Dato’ Mahizan, Haris dan Carliff keluar dari bilik mesyuarat dan menuju ke pintu keluar. Dato’ sempat melambai pada Hasnah dan juga Arina mengisyaratkan supaya mereka turut serta keluar menyertai mereka.

Semasa mereka berjalan menuju ke restoran berdekatan, sempat lagi Carliff meminta maaf pada Arina. “I’m sorry Arina. Lunch date kita kena tangguh. Next time I promise we will be having lunch together ok.”

“It’s ok encik Carliff. Takpe. Arina tak kisah.” Pendek dan ringkas sahaja jawapan Arina pada Carliff.

Haris yang perasan dengan kemesraan mereka, terasa tercabar. Entah apa yang dibualkan mereka. Hendak sahaja ditariknya Arina jauh dari Carliff. Biar Arina sentiasa berada dekat dengannya.

Ketika di meja makan, Arina dipaksa Haris untuk duduk disebelahnya. Isyarat mata dari Haris pada Arina membuatkan Arina terpaksa menurut perintahnya. Payah untuk Arina mengingkari arahan Haris. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

Kembali tenang perasaan Haris ketika itu bilamana Arina sentiasa berada dekat dengannya ketika makan. Carliff pula terpaksa duduk di hadapan Haris yang sekaligus terpisah jauh dari Arina. Itu yang diinginkan oleh Haris. Mana mungkin dia hendak membiarkan Arina berada dekat dengan Carliff. Bukan Carliff sahaja tetapi semua lelaki yang ingin rapat dengan Arina. Arina hanya miliknya. Tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

Sedang mereka makan, tiba-tiba Arina tersedak. Haris yang ketika itu baru hendak menyuap, terus meletakkan kembali sudunya dan memberikan air minumannya sendiri kepada Arina sambil mengusap lembut belakang Arina. Haris lupa pada mereka yang sama-sama berada di meja. Perbuatan Haris itu serba sedikit menimbulkan syak pada mamanya, Hasnah dan juga Carliff. Mereka terdiam melihat betapa risaunya Haris pada Arina ketika itu.

Arina pula yang berasa malu pada mereka. Cuba ditepisnya tangan Haris dari memegangnya. “Saya dah ok.” Sambil matanya memandang mereka yang lain.

********

Kejadian siang tadi membuatkan Arina tidak dapat melelapkan matanya. Dari pagi hingga ke petang ada sahaja benda yang berlaku melibatkan Haris. Nasiblah petang tadi dia dapat melepaskan diri dari Haris yang ingin menghantarnya pulang. Macam manalah dia hendak mengharungi hari-hari yang mendatang kalau Haris muncul lagi di pejabat mamanya.

Haris juga tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Asyik teringat pada Arina, satu-satunya perempuan yang telah membuatkan hatinya resah bila berjauhan. Tidak pernah dia merasakan perasaan tersebut sebelum ini.

Bukan mereka sahaja yang tidak dapat melelapkan mata, Dato’ Mahizan juga sama. Seperti ada benda yang disembunyikan dari pengetahuannya. Tidak pernah dia melihat anaknya melayan perempuan seperti dia melayan Arina. Cara dia memandang Arina terlalu lain. Dato’ Mahizan sudah nekad untuk menyiasat tentang Arina.  Mungkin ada benda yang dia tidak tahu tentang Arina.