Sunday 5 August 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 4


Bab 4

Jam menunjukkan pukul 7pagi. Terasa sungguh nyenyak tidurku malam tadi. Aku tidak tahu macam mana aku boleh berada di atas katil di dalam bilik. Setahu aku, kami menonton cerita seram dari Thailand malam tadi di ruang tamu. Aku melihat Haris masih nyenyak tidur di sebelahku. Sekatil dengan Haris?!. Terus aku merasa tubuhku dan terasa lega yang aku masih memakai baju yang sama malam tadi. Harap-harap tiada apa yang berlaku malam tadi.

Dengan perlahan-lahan aku cuba untuk turun dari katil. Tidak mahu mengejutkan Haris. Terkejut aku apabila Haris dengan tiba-tiba memegang tanganku.

“Mmmm....you nak gi mana Arina?” Tanya Haris walaupun matanya masih pejam.

“Saya nak bangun, nak mandi and nak balik.” Jawabku sambil cuba melepaskan genggaman tangan Haris. Haris mengangguk dan melepaskan tangannya. Aku terus bangun dan berlalu ke bilik air. Nasibku baik kerana terlihat tuala mandi yang masih berlipat di atas rak di dalam bilik air.

Selesai mandi, dengan tergopoh-gapah aku terus membuka pintu bilik air. Tidak semena-mena aku terlanggar Haris yang ketika itu sedang berdiri betul-betul di hadapan pintu. Mungkin tengah menunggu giliran untuk mandi.

“Arina, kenapa laju semacam ni. Apa-apa you tunggu I siap mandi dulu. I dah janji nak hantar you balik kan.” Sempat lagi dia mencium pipiku sebelum menutup pintu.

“Haris, saya rasa awak boleh balik dulu kot. Sebab lama nanti kalau nak tunggu saya kemas baju-baju suma. Lagipun saya Cuma kena keluar dari rumah ni pun minggu depan je. “ jelasku bila Haris memberhentikan keretanya di hadapan rumah.

“Ok, you kemas apa-apa yang patut je. Barang-barang yang tak penting you boleh buang. You pakai je barang-barang kat rumah I tu ye.” Jelas Haris sambil mengusap lembut pipiku. Terasa sungguh indah bila diri dibelai sebegitu. Tiba-tiba terhenti lamunanku bila peristiwa hitam yang berlaku dahulu melintas di fikiranku.Lelaki inilah yang hampir-hampir merosakkan diri kau, Arina. Wake up Arina, wake up Arina... Bisikan suara halus kedengaran.

Ku cuba mengalihkan tangannya dari menyentuh pipiku. “Mmmm, kalau dalam masa terdekat ni saya dapat cari rumah sewa, saya pindah sana ye. Saya harap Haris faham. Sebab nanti kalau family saya datang KL, takdalah saya nak jelaskan apa-apa kat diorang. Mesti ibu tertanya nanti bagaimana saya yang kerja sebagai kerani boleh tinggal kat kondo yang mewah macam ni. Faham kan maksud saya.”

Haris merenungku lama. Dan akhirnya dia mengangguk setuju dengan pendapatku. Entah dari mana idea bernas tiba-tiba muncul. Boleh sesak nafas kalau tinggal kat rumah Haris nanti. Sesuka hati dia keluar masuk rumah tu. Nak herankan apa, sebab sudah tentu dia ada kunci rumah tersebut.

Haris mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan beberapa keping duit rm100 dan dihulurkan kepadaku. “Ambil ni Arina. Buat belanja you. “ Aku yang terkejut dengan tindakan Haris itu terus menolak tangannya seraya menggelengkan kepala.

“Awak simpan jelah duit tu. Saya masih ada duit lagi. Lagipun bukan saya ada buat apa-apa pun untuk awak kan.” Baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta, tangan Haris terlebih dahulu menghalang aku membuka pintu.

“Arina, bila I bagi sesuatu, sila ambik. I paling tak suka bila I bagi sesuatu tapi ditolak. You takda buat apa-apa?. You tak ingat ke Arina sayang yang you dah temankan I tidur malam tadi. Emmm, tak ingat?” seram sejuk kurasa bila wajah Haris hampir denganku. Lebih menyeramkan lagi apabila mata Haris tajam menembusi anak mataku. Terasa malas aku ingin bertanyakan padanya apa yang telah berlaku malam tadi. Bukannya akan dapat jawapan pun dari lelaki ini. Dengan segera aku mengucapkan terima kasih dan membuka pintu kereta sambil berlalu masuk ke dalam rumah.

Pening kepalaku memikirkan apa yang perlu kubuat sekarang ini. Yang penting sekali aku kena segera mencari rumah sewa. Jangan buang masa lagi Arina. Masa itu emas buat kau. Monologku sendiri.

Nasib menyebelahiku bila Linda, rakan sepejabatku menelefonku memberitahu bahawa teman serumahnya mahu berpindah keluar hujung bulan ini. Ini bermakna aku boleh berpindah masuk ke sana hujung bulan ini. Tidak dapat digambarkan perasaan aku masa itu. Bersyukur sangat-sangat. Rasa hilang semua masalah aku. Haris.......

“Apa, dah dapat bilik sewa?!. Kat mana?! Dengan siapa?!” Tegas suara Haris di telefon. Apa kena dengan Haris ni. Sakit telingaku bila dengar suaranya yang agak kasar bertanyakan kepadaku. Terasa takut pun wujud dikala ini.

“Haris....Ya, saya dah dapat bilik sewa. Kejap lagi saya akan angkat barang-barang saya ke sana. Saya akan duduk dengan rakan sepejabat saya. Rumah dia dekat area Bangsar. “ Jelasku kepada Haris. Harap Haris tidak membangkang keputusanku ini.

“Perempuan ke lelaki?!” Terkejut aku mendengar soalan Haris itu. Ikutkan hati ingin sahaja aku meletakkan telefon. Malas hendak melayan soalan-soalan bodoh Haris. Tiba-tiba datang idea bernas lagi dalam otakku ini.

“En. Haris, lori dah sampai. Nak angkat barang-barang buruk saya ni. Nanti kita berbual lagi ye. Bye.” Sempat aku mendengar jeritan Haris sebelum meletakkan telefon. Lantak kau lah Haris. Penat mahu melayan kerenah dia ni. Kadang-kadang rasa macam aku ni perempuan simpanan pun ada.

Sempat aku mengira-ngira perbelanjaan aku untuk bulan depan sambil menunggu lori yang sepatutnya sampai bila-bila masa sahaja. Gaji baru masuk semalam, tapi dah guna untuk bayar deposit bilik. Nak bayar hutang-hutang tetap setiap bulan lagi.

Haris tidak senang duduk bila mendapat tahu yang Arina akan berpindah hari ini. Selesakah dia dengan rumah baru. Macam mana persekitaran tempat baru tu. Semua bermain-bermain dalam fikiran Haris ketika itu. Tidak pernah Haris risau tentang mana-mana perempuan sebelum ini. Inilah kali pertama Haris betul-betul risau dan prihatin terhadap nasib seorang perempuan.

Arina.......aku bukan milik kau. Tapi kau memang telah menjadi milikku. Jangan berani sesiapa mengacau ‘barang’ aku. Itulah perangai Datuk Haris yang susah hendak dibuang. Kalau dia sudah suka pada sesuatu, dia akan pastikan benda itu akan menjadi miliknya seorang bukan milik orang lain. Bila sudah bosan baru dia  akan membuangnya. Memang ramai wanita berebut-rebut untuk mendampinginya.Tapi untuk menjadi wanita yang berjaya bertakhta dalam hatinya memang payah. Semuanya cuma untuk suka-suka sahaja. Menjadi teman untuk sehari sahaja.

Kalau tidak difikirkan mengenai mesyuarat penting yang harus dipengerusikan hari ini, sudah lama Haris menuju ke rumah Arina. Memandangkan mesyuarat kali ini melibatkan semua pemegang saham syarikat, terpaksa dia melupakan hasratnya. Haris telah menelefon salah seorang pengikutnya untuk membantu Arina dan juga untuk memastikan Arina tidak dibantu oleh mana-mana lelaki. She is mine! Anggap Haris terhadap Arina.

Arina, I dah suruh Roslin, orang I untuk membantu you. Like it or not, he will be helping you my dear. Don’t get any help from other guys. Kalau I tahu ada lelaki selain Roslin tolong you, you will regret it Arina. I am deeply serious.
                                                                                                                                                -Haris-

Tergamam rasanya bila membaca message dari Haris. Pertolongan yang berbaur ugutan. Nasib lah kawanku, Musa tidak dapat membantu kerana terpaksa ke luar bandar atas urusan kerja. Apa kena dengan Haris ni?. Gila agaknya mamat ni. Aku bukannya sesiapa pun pada dia. Teman wanita pun tidak, apa lagi isteri. Peliklah perangai dia ni. Lama-lama aku yang gila. Aduhhhhhh.....


2 comments: