Tuesday 7 August 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 7


BAB 7

Haris mencampakkan semua gambar-gambar yang baru dilihatnya itu. Gambar-gambar Arina yang telah diserahkan kepadanya petang tadi oleh pengikutnya. Haris telah menyuruh pengikutnya memerhatikan Arina dengan tujuan menjaga keselamatannya. Tetapi lain pula yang terjadi.

Haris sememangnya tidak suka apabila “benda” miliknya dipegang oleh orang lain. Gambar Arina dengan seorang lelaki sedang gembira makan bersama ditangkap. Gambar pipi Arina dipegang oleh lelaki tersebut.  Gambar Arina ketawa mendengar lelaki itu bercerita. Semua itu membuatkan hati Haris bertambah sakit. Mana mungkin dia akan membenarkan sesiapa pun menyentuh Arina. Arina adalah miliknya seorang.  Haris tidak menunggu lama untuk menghantar mesej pada Arina. Hatinya memang sedang panas.

                Arina, bersiap sekarang. I will pick you up at 9pm.
                                                                                -Haris-

Aduh, dah balik ke Haris ni. Datang balik masalah dengan Haris ni. Macam tahu-tahu je aku dekat rumah sekarang ni. Apa lagilah yang dia nak ni. Kata Arina sendiri. Walaupun malas hendak bersiap dan berjumpa Haris, Arina terpaksa juga mengikut arahan Haris. Dia cuma mengenakan seluar jeans dan baby-tee.

Tepat jam 9 malam, terdengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumah Arina. Arina mengunci pintu rumahnya. Memandangkan esok hari minggu, Mimi dan Linda, teman serumah Arina sudah keluar tadi dengan pasangan masing-masing. Kemana mereka pergi, Arina tidaklah pula tahu.

Tutup sahaja pintu kereta, Haris terus menghidupkan enjin dan memandu. Arina perasan yang Haris tidak seperti biasa. Risau juga Arina dengan sikap Haris. Macam ada sesuatu yang membuatkan dia marah. Takut Arina melihat raut wajah Haris ketika ini. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia melompat turun dari kereta. Haris masih menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Kecut perut Arina bila Haris menekan minyak dan kereta semakin meluncur laju. 

Haris membelok dan memasuki kawasan kondonya. Arina sudah tidak senang duduk bila Haris menyuruhnya keluar dari kereta. Haris mencengkam tangan Arina untuk mengikutnya. Terasa sakit tangan Arina bila Haris memegangnya dengan kuat.

“Haris, tolong lepaskan… Sakit…” rayu Arina bila pegangan Haris semakin kuat dirasakan. Haris tidak mengendahkan rayuan Arina tetapi terus menarik tangan Arina sehingga sampai di hadapan pintu rumahnya. Arina ditolak sejurus selepas pintu  dibuka.

Arina yang sememangnya bertubuh kecil, tidak dapat mengimbangi badannya apabila ditolak dengan kasar oleh Haris. Sakit badannya apabila terkena bucu meja.Haris terus mengunci pintu dan menapak ke arah Arina. Arina yang masih menahan sakit cuba mengundur menjauhi Haris. Arina memang takut untuk melihat Haris lebih-lebih lagi sekarang ini dengan muka yang memang nampak sedang menahan marah. Arina cuba menjauhi dari Haris, tetapi Haris lagi cepat menangkap pinggang Arina.

“Haris, tolong jangan buat saya macam ni. Tolong Haris.” Arina merayu sambil air matanya laju keluar membasahi pipinya. Sekali lagi dia merasa amat takut sehingga mengigil tubuhnya. Dia tidak tahu kenapa Haris boleh bersikap ganas begini kerana sebelum ini Haris memang terlalu romantik bila dengannya. Apa salah yang telah dilakukannya, dia sendiri tidak tahu.

Tangan kiri Haris masih memeluk pinggang Arina untuk rapat dengannya. Tangan kanannya pula memegang muka Arina supaya Arina memandangnya.
“Arina, look at me!. You nak tahu apa yang you dah buat kan?!. I dah bagitahu kat you kan yang I tak suka ‘barang’ milik I dikongsi dengan orang lain. You faham tak Arina?!.” Kuat dan jelas suara Haris kedengaran. Arina yang dari tadi ketakutan terus menangis tersedu-sedu. Dirasakan seperti tidak bernyawa ketika itu. Arina masih tidak faham apa yang dia telah buat sampaikan Haris marah sebegini.

Haris yang seperti orang hilang kewarasan terus merapatkan bibirnya ke  bibir Arina. Rakus bibir Arina dipagutnya. Dipegangnya leher Arina supaya memudahkan Haris menciumnya. Susah untuk Arina bernafas bilamana bibir Haris sentiasa terlekat di bibirnya. Arina ditarik ke sofa. Dia dibaringkan di sana. Belum sempat Arina bangun, Haris terlebih dahulu menindihnya.

“Haris, tolong….Saya merayu…” Tidah diendahkan rayuan Arina itu. Arina dapat merasakan bibir Haris bermain-main di telinga, leher dan terus ke bawah. Tangan Haris sudah menjalar keseluruh tubuh Arina.  Arina kelemasan bila diperlakukan sebegini.

“Arina, I akan pastikan you akan jadi milik I seorang. Only me sayang.” Haris sempat membisik ke telinga Arina sebelum dia meratahi tubuh Arina dan merampas satu-satunya mahkota Arina yang selama ini terjaga.

Keesokkan paginya Haris terlebih dahulu bangun. Dia segera mencapai telefon yang diletakkan di atas meja makan. Dihantarnya mesej kepada setiausahanya memberitahu yang dia tidak akan masuk ke pejabat hari ini. Segala perjumpaan dan mesyuarat perlu dibatalkan. Ditekannya butang SEND dan diletakkan semula telefonnya. Haris kembali ke dalam bilik tidurnya. Arina masih tidak sedarkan diri. Haris telah bersikap ganas terhadap Arina malam tadi sehingga membuatkan Arina pengsan terkena tamparan Haris. Bukan niat Haris untuk menampar Arina, tetapi sikap Arina yang terus-terusan cuba melawan, meronta-ronta dan memukul-mukul dada Haris membuatkan Haris tiada pilihan lain.

Haris mengusap pipi Arina yang masih merah bekas tamparannya malam tadi.  Selimut yang menutupi badan Arina diperbetulkan. Rambutnya dibelai lembut. Jari Haris bermain-main di bibir Arina. Masih teringat lagi Haris bagaimana dia berjaya menakluki Arina malam tadi. Tidak dapat dilupakan bagaimana dia meratah setiap inci tubuh badan Arina. Serba sedikit perasaan kesal timbul di hati Haris. Tergamak dia membuat Arina seperti itu. Mengasari dan memaksa Arina tanpa kerelaannya. Tetapi dia tidak sanggup berkongsi dengan orang lain. Hatinya sakit bila terfikir tentang gambar tersebut. Gambar mesra Arina dengan lelaki lain. Semua yang ada pada Arina, adalah hak miliknya. Tiada siapa pun yang boleh menyentuhnya melainkan dia.

Haris berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Ditinggalkan Arina keseorangan di atas katil. Arina membuka matanya apabila terdengar bunyi pancuran air. Dapat dirasakan seluruh badannya sakit terutama di bahagian wanitanya. Ya, dia masih ingat bagaimana Haris memperlakukannya malam tadi. Puas dia memujuk rayu kepada Haris untuk berhenti. Bukan itu sahaja, dia masih ingat dia ditampar sehingga tidak sedarkan diri. Dia tidak ingat apa-apa pun selepas itu.

“Arina, you dah bangun?” Haris yang baru sahaja selesai mandi, dengan hanya memakai tuala sahaja terus melangkah menuju ke Arina. Mulut Arina seperti terkunci untuk berkata apa-apa. Hanya aliran air mata sahaja dapat dilihat. Haris menyapu air mata Arina sambil membelai pipinya.

“Arina, pasal malam tadi...” Belum sempat Haris menyambung kata-katanya itu, Arina terlebih dahulu menutup telinganya. Tidak sanggup Arina mengimbas peristiwa yang berlaku malam tadi antara mereka.

“Arina, please....I am so sorry my dear. I pun tak tahu kenapa I terlalu mengikut perasaan. Mengikut rasa marah I. I tak sepatutnya mengasari you. Masih sakit lagi?.” Haris cuba memegang pipi tetapi Arina lagi cepat mengelak dari pipinya dipegang oleh Haris. Cukuplah apa yang telah dipegang malam tadi.

“Saya tak suci lagi.” Walapun suara Arina seperti berbisik, tetapi Haris masih dapat mendengar apa yang dikatakan olehnya. Arina memang masih suci lagi sehinggalah Haris meragut kesuciannya malam tadi. Jujurnya inilah kali pertama Haris meniduri perempuan yang masih suci. Arina memang cantik luar dan dalam. Rasa kesal serba sedikit timbul dalam hati Haris ketika itu. Dalam masa yang sama juga, Haris bangga kerana dialah orang pertama yang berjaya menakluki Arina. Tetapi semua itu telah berlaku. Haris tidak ada kuasa untuk mengembalikan hak Arina semula.

“Arina, I tahu I salah. Benda dah berlaku. I tak boleh nak kembalikan hak you tu sayang. I bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Kita kahwin Arina.” Arina terkejut dengan kata-kata Haris itu. Tidak disangka Haris sanggup untuk bertanggungjawab terhadapnya.  Ingatkan lelaki seperti Haris akan lepas tangan sahaja.

Sekarang ini Arina yang serba salah samada mahu berkahwin dengan Haris atau tidak. Kalau diikutkan hati memang Haris patut bertanggungjawab terhadapnya. Dalam masa yang sama juga Arina rasakan dia tidak setaraf Haris. Haris seorang ahli perniagaan yang berjaya. Memegang gelaran Datuk lagi. Manakala dia cuma seorang kerani biasa. Cuma anak kepada seorang tukang kebun. Mana mungkin boleh bersama. Mesti kawan-kawan Haris akan memandang rendah terhadapnya. Macamana dia mahu bergaul dengan mereka. Bagaimana pula tanggapan keluarga Haris. Semuanya terlintas di fikiran Arina ketika itu. Terfikir juga Arina kemungkinan Haris akan menjadikan dia seperti orang gaji di rumah nanti. Takkanlah Haris sanggup menjadikan dia Puan Besar di rumah nanti.

“Saya nak balik.” Itu sahaja yang Arina tuturkan. Haris cuma mengangguk seraya menyuruh Arina mandi dahulu.

Haris membantu Arina mengutip pakaiannya yang bertaburan di tepi katil. Dengan lemah, Arina menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya dari kotoran-kotoran yang ditinggalkan Haris malam tadi.

Selesai mandi, Arina mencari Haris kerana dia ingin pulang segera ke rumahnya. Makin lama dia di sini, makin sesak nafasnya dirasakan.

“Arina, jom breakfast dulu. I dah buatkan pancake untuk you. Isi perut you dulu. Nanti sakit.” Haris sempat mengusap rambut Arina. Arina cuba mengelak namun tangan Haris lagi cepat darinya. Sememangnya Arina tiada selera untuk makan, tetapi dia tahu Haris akan terus mendesak sekiranya dia tidak mengikut apa yang disuruhnya.

“Kita kahwin Arina.”. “Tidak!”. Cepat sahaja Arina menjawab balik kata Haris itu. Arina sendiri pun tidak tahu macamana dia boleh menjawab dengan nada yang tinggi kepada Haris.

“Tolong hantar saya balik sekarang. Tolong..” perlahan Arina bersuara sambil mengesat air matanya yang sudah mengalir keluar.

28 comments:

  1. alallaaa..kawen la. haris ni brubah laa.jgn la baran sgt.
    cik write update la pnjg2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah , nanti cuba masukkan next entry panjang sikit ye...;)

      Delete
  2. haris ni memang la...cian arina..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.....kannn.....tunggu ape terjadi pasni ye...

      Delete
  3. sambung cepat2 yer writer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah sedaya upaya ni menyiapkan bab seterusnya...huhu....idea please come..hehe...

      Delete
  4. cpt2 update ye...

    ReplyDelete
  5. bahaya betul lah org jelous ni...fobia kot..k, tak sabar nak tahu kisah selanjutnya...adakah haris akan pujuk atau is it anything interesting will happen...update cepat2 tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tule, jeles dia lain macam sikit...but jeles dia cuma pada Arina je...dia sendiri pun tak tau knp dia boleh jeles tahap maksimum.....huhu.....

      Delete
  6. serius, geram kat Haris. AG update cepat2 ya.. lev you~~~~

    *geram2 pun tertawan. hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. cewah2 betul ker geram??? ehh bukan u suker ke dkt dia? suka la tu bad boy yg mcm ni...hikhik bad boy bhati syaiton

      Delete
    2. hehe....will do....ngah perah idea ni...hehe....Bad boy ni nanti dia jadi good boy.....suka tak?

      Delete
    3. no xsuka la... ala apasal nk jdi good boy pulak.. bad boy la best

      Delete
  7. Haris kalau sayang bukan tangan-tangankan tapi sabar-sabarkan hati dan jaga tingkah laku..... buat orang yang U nak sayang rasa terharu baru betul...
    tanya elok-elok bukan terus hentam sahaja..... kasiah Arina..... sekarang siapa yang susah.... pujuk elok-elok..... ajak kahwin pun jangan paksa ... bincang elok-elok ok..... GOOD BOYYYY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tule...sebenarnya Haris sendiri pun tak tau knp dia blh secemburu mcm tu sekali pada Arina....kita tunggu next entry ye...

      Delete
  8. Best larr this story.... Waiting for ur next update

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu memang tunggu... tp jgn la lama2 sgt.. :(

      Delete
    2. Sorry Norana, bz sikit...ok2, dah update dah bab 8...enjoy...

      Delete
  9. Tak suka kaum wanita diperlakukan sedemikian... Arina, bangkit drp kesedihan dan fight back... Jgn asyik bersedih dan menangis serta menyerah... Lawan dan terus berusaha... Kenakan balik si Haris tu.... Choy sgt lelaki yg mengasari kaum wanita... Tak patut dijadikan role model....

    Anyway, nak entry lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggu sambungan nye ye......maybe Arina akan buat Haris tunduk pada dia....or maybe Haris akan berubah disebabkan Arina......kita tunggu ye......

      Delete
  10. plis cepat2 sambung..hope arina setuju kawen, syrat haris berubah le, x mo la baran2 nih.

    ReplyDelete
  11. best... cpt2 la sambung cik penulis... :)

    ReplyDelete
  12. bestnye x sabar nk baca new entry. cepat2 lah update bab yg baru!!

    ReplyDelete
  13. mana chapter 8 ni...

    ReplyDelete
  14. ksian kat arina...biar kasi susah sikit kat haris nak tawan hati arina semula...

    ReplyDelete
  15. amboi msuk bab cm lgu ni byk aje ye org kmen....
    nkal!

    ReplyDelete