BAB 10
Arina
kembali merebahkan badan di atas katil setelah selesai mengerjakan sembahyang
subuh tadi. Itulah rutin hariannya bila hari minggu menjelma. Berbaring-baring
di atas katil dan tilam empuknya sambil memeluk bantal peluk. Ada harinya Arina
merehatkan otaknya dengan menonton rancangan kartun yang disiarkan di
televisyen. Terasa seperti kanak-kanak riang bila Arina ketawa sendirian
apabila menontonnya. Rakan-rakan serumah Arina masih terbungkang tidur. Mana
taknya, entah pukul berapalah mereka balik malam tadi. Masing-masing sibuk
dengan buah hati masing-masing. Berbeza pula dengan Arina. Kalau tidak keluar
dengan rakan-rakannya itu, dia lebih senang berehat di rumah sahaja. Ada sahaja
tempat yang hendak dikemaskan dan disusun atur semula.
Hari ini
Arina merancang untuk keluar membeli sedikit pakaian kerja. Sudah lama dia
tidak membeli-belah. Kebetulan pula hari ini dia mendapat gaji pertamanya.
Walaupun tidak cukup sebulan dia bekerja, namun gaji yang diterima itu sudah
cukup besar baginya jika dibandingkan dengan gaji di tempat lamanya.
Arina
terpaksa keluar sendirian hari ini. Malas hendak mengejutkan rakan-rakannya
yang masih nyenyak tidur di bilik masing-masing. Dia berjalan seorang diri
menuju ke LRT putra yang berdekatan dengan rumahnya. Kereta kesayangan Arina
telah dijualnya bulan lepas. Keretanya asyik memanjang hendak ke bengkel. Arina
nekad untuk menjualnya sahaja. Bukan apa, dengan keadaannya yang tidak bekerja
ketika itu, menyebabkan dia terpaksa menjualnya. Bukan banyak duit simpanan Arina. Jika ada rezeki
lebih nanti, dia mahu memiliki sebuah kereta lain. Senang untuk dia bergerak
kemana-mana.
Arina
berjalan seorang diri di Mid Valley, sebuah pusat membeli belah terkemuka di
sini. Matanya sibuk melihat pakaian-pakaian yang dipamerkan di butik-butik di
situ. Semuanya nampak cantik dimata Arina. Hendak memilikinya terasa mustahil
bagi Arina. Sudah pasti harga pakaian-pakaian tersebut mencecah ratusan
ringgit, dan mungkin juga ribuan ringgit. Dalam mimpi sajalah dapat memakai
pakaian yang mahal. Monolog Arina sendiri.
Akhirnya
Arina membeli pakaian kerjanya di Jaya Jusco sahaja. Harga pakaian-pakaian di
situ tidaklah mahal. Masih mampu untuk Arina membelinya. Hampir dua jam Arina
berjalan, terasa lenguh kakinya. Lebih baik aku pergi makan dulu. Dah hampir
pukul 1 ni. Kata Arina sendirian.
Sedang Arina
berjalan menuju ke Food Court di
situ, dia terlanggar seseorang.
“Arina….”
Terkejut Arina apabila menyedari orang yang dilanggarnya itu ialah Haris.
Satu-satunya manusia yang kalau boleh tidak mahu dia temui. Namun, tidak
dinafikan Haris seperti ada auranya tersendiri yang mampu mencairkan hati
setiap wanita yang berada dekat dengannya. Arina pun tidak terkecuali.
Cepat-cepat Arina mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain dari terus
memandang anak mata Haris. Haris pula masih tetap memandang wajah Arina yang
dia sendiri tidak pasti kenapa dia tidak boleh melupakan wajah tersebut. Wajah
yang selalu muncul dalam mimpinya.
Masing-masing
dikejutkan dengan suara seorang wanita yang menghampiri mereka.
“Arina, you
buat apa kat sini?. Sorang je ke?” tanya Dato’ Mahizan sambil matanya melihat
ke arah beg plastik yang dipegang Arina.
“Saya sorang
je Dato’. Jalan-jalan hujung minggu ni. Tak tahu nak buat apa, tu yang datang
ke sini ni. Sambil tu boleh cuci mata sikit.” Selamba Arina menjawab pertanyaan
majikannya itu. Haris yang masih tepat memandang ke arah Arina cuba mengawal
perasaannya. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia memeluk Arina ketika itu. Rindu
dan cemburu silih berganti. Rindu untuk merasa kehangatan tubuh badan Arina.
Cemburu bila dirasakan banyak mata-mata yang memandang Arina. Arina semakin
hari semakin cantik pada pandangannya. Ingin sekali dia memberitahu pada
seluruh dunia yang Arina adalah miliknya seorang.
“Arina dah
nak balik ke?” tanya Dato’ Mahizan lagi. Bukan dia tidak nampak cara Haris
memandang Arina. Seperti ada benda yang dirahsiakan darinya. Atau anak
tunggalnya ini telah terjatuh hati pada kecantikkan Arina. Dato’ Mahizan juga
mengakui yang dia sendiri senang dengan sikap Arina itu. Ditambah lagi dengan
wajah Arina yang cantik tanpa solekan tebal. Cukup sekadar solekan yang nipis.
“Belum lagi
Dato’. Ingat tadi nak gi makan sekejap kat Foodcourt kat sana tu. Tiba-tiba lak
perut ni rasa mahu diisi. Lepas tu kalau larat nak jalan sikit lagi barulah
balik rumah. Dato’ pun shopping juga ke?” Arina tidak berani memandang Haris
kerana dia tahu yang Haris masih memandangnya tajam. Mungkin tidak berpuas hati
dengan apa yang dikatakan tadi.
“Mama, jom
kita gi makan. Ajak Arina sekali.” Tiba-tiba Haris bersuara. Dato’ Mahizan
menganggukkan kepala tanda bersetuju. Tanpa berkata apa-apa, Haris memberi
laluan pada mama dan Arina untuk berjalan dulu. Dia mengekori mereka dari
belakang.
Sekali lagi
Arina terperangkap. Macam mana mahu dia melarikan diri kali ini. Dirasakan mahu
sahaja dia mengetuk kepalanya. Tidak suka dengan keadaan sebegini. Mesti
makannya tidak kenyang nanti. Arina, Arina……Kenapalah nasib malang asyik
berjumpa dengan Haris.
Mereka menjamu
selera bersama. Seperti biasa Arina akan berasa kekok untuk berbuat apa-apa
bila bersama majikannya dan ditambah lagi dengan kehadiran Haris, anaknya.
Dirasakan setiap gerak gerinya diperhatikan. Arina yang terpaksa duduk di
sebelah Haris merasakan sesekali tangan mereka bersentuhan. Haris masih
bersikap selamba. Seperti tidak ada apa-apa yang dirasakan. Berlainan dengan
Arina. Hanya tersentuh tangan sahaja, degupan jantungnya menjadi bertambah
laju.
“Arina, I
kena balik dulu ye. Sebab nak kena pergi butik my friend. Dia ada buat jamuan
sikit kat sana.” Kata Dato’ Mahizan selepas mereka selesai makan.
“Baik Dato’.
Saya pun ingat kejap lagi nak balik. Nanti jumpa hari Isnin ye Dato’.”
Tersenyum Arina bilamana dirasakan dia boleh menyambung aktivitinya tanpa
kehadiran mereka selepas ini. Tetapi air muka Arina berubah bila Haris
membisikkan sesuatu padanya. “Jangan suka sangat. Only my mum je yang balik
sayang..I tak.”
Arina
terpaksa senyum bila Dato’ Mahizan bangun untuk beredar dari situ dan meninggalkan
Arina keseorangan bersama Haris. Kenapalah si Haris ni tak balik sekali dengan
mamanya. Tanya Arina sendirian di dalam
hati.
“Mama,
driver yang ambil dan hantar. I, drive sendiri sayang. Jom kita sambung
aktiviti kita. You nak gi mana lepas ni.” Terus Arina memandang Haris. Ada ilmu
ke Haris ni sampai apa yang difikirkan dalam hati pun boleh tahu. Monolog Arina
sendiri. Arina terpegang tangan Haris bila dia ingin mengambil barang-barangnya
yang diletakkan dikerusi. Haris terlebih dahulu mencapai dan mengambil
barang-barang Arina untuk dibawa.
“Takpa, saya
boleh bawak sendiri. Bukannya berat pun.” Bukan apa, Arina merasa malu bila
Haris membawa beg plastik biasa itu sekali dengan beg-beg kertas milik Haris.
Semua beg kertas tersebut sudah menunjukkan barang yang dibelinya tentu mahal
harganya. Ribuan ringgit. Sedangkan barang yang dibeli Arina cuma puluhan
ringgit sahaja. Dari beg sahaja boleh melihat perbezaan harga barang yang
dibeli. Arina cuba mengambil beg plastik tersebut dari tangan Haris. Namun
Haris lagi cepat memegang tangan Arina. Kini mereka seperti pasangan kekasih
yang berpegangan tangan berjalan. Puas Arina cuba melepaskan tangannya dari
genggaman Haris, namun sia-sia sahaja.
Arina
terpaksa mengikut sahaja langkah Haris. Ada juga Haris bertanya pada Arina ,
barang apa yang hendak dicari. Arina cuma menggeleng sahaja tanpa sepatah kata.
Hilang semua senarai barang yang hendak dicari oleh Arina. Mana mungkin dia
hendak mencari dan memilih barang bila Haris ada bersamanya. Lain yang hendak,lain
pula yang dipilihnya nanti.
Kemudian, mereka
masuk ke butik LV. Banyak beg-beg tangan wanita di situ. Semuanya nampak cantik
di mata Arina. Dia sendiri terlupa yang dia bersama Haris ketika itu. Arina
terus menuju ke tempat yang terletaknya beg tangan wanita. Sempat lagi Arina
berangan memiliki salah satu beg jenama
itu. Haris memerhatikan sahaja Arina melihat-lihat beg-beg di situ. Dapat
dilihat dari raut wajah Arina yang dia memang berminat dengan beg-beg tersebut.
“Cantik
ke?”. “Cantik sangat tapi mahal.” Laju sahaja Arina menjawab pertanyaan Haris
itu. Alamak, matilah aku. Kata Arina sendiri. Dia sendiri tidak tahu macamana mulutnya boleh laju menjawab pertanyaan Haris
itu. Rasa ingin ditampar-tampar sahaja mulutnya ketika itu. Itulah Arina, berangan
sahaja kerjanya. Kan dah susah.
“Arina,
pilih mana satu yang you suka.” Sempat lagi Haris mengusap pipi Arina lembut.
Terus dia menoleh ke belakang melihat Haris untuk mendapatkan kepastian. Pasti
Haris melihatnya meneliti setiap beg di situ. Malu rasanya Arina ketika itu.
Haris masih memandang Arina sambil tersenyum. Senyuman itulah yang dapat
mencairkan hati wanita.
“Eh,
takpalah. Saya cuma tengok-tengok je. Bukan nak beli pun. Lagipun mahallah beg
ni. Tak payahlah.” Sikap Arina yang tidak pernah cuba mengikis duitnya itulah
menjadi salah satu sebab membuatkan Haris senang bila bersama Arina. Bukan
seperti wanita-wanita lain yang dia kenal. Setiap kali keluar ada sahaja barang
yang perlu dibelikan untuk mereka.
Haris terus
memaut pinggang Arina bilamana dia ingin berlalu dari situ. Terasa kehangatan
tubuh Haris bila tubuhnya dirapatkan. Haris mengambil salah satu beg di situ
dan memberikan pada Arina.
Arina
mengangkat kening tanda tidak mengerti. Dia sebenarnya tahu maksud Haris, cuma
berpura-pura tidak mengerti.
“It looks
nice with you my dear. Ok, I will take this one.” Kata Haris sambil mengambil
semula beg itu dan memberikan pada pembantu kedai. Arina tergamam sebentar
tetapi dia tersedar bila terasa pipinya diusap sekali lagi. Haris berlalu
meninggalkan Arina untuk ke kaunter pembayaran.
“Haris…..Sorry,
Dato’ Haris, tak payahlah. Saya saja-saja je tengok tadi. Membazir je beli.”
Lembut sahaja suara Arina memujuk Haris supaya membatalkan hasratnya itu. Haris
cuma tersenyum dan memegang tangan Arina memaksa Arina mengambil beg kertas yang
mengandungi beg tangan tadi. Sempat Arina mengerling pada resit yang terletak
di atas meja. RM3.5k hanya sebuah beg tangan. Lebih dari jumlah gaji yang dia
dapat sebulan.
Arina tidak
tahu bagaimana dia mahu berterima kasih pada Haris. Ikutkan hatinya memang dia
berminat sangat dengan beg tersebut, cuma bila teringat harganya, terasa ingin
memulangkan sahaja pada Haris. Baginya dia tidak layak memakai beg semahal itu.
“Dato’,
rasanya saya tak layak pakai beg mahal ni. Harga beg pun lebih dari gaji
sebulan saya. Dato’ ambillah dan beri pada orang lain. Takpun bagi pada Dato’
Mahizan. Mesti dia suka.” Arina menghulurkan beg kertas tersebut kepada Haris.
“Arina, look
at me. You dah lupa ke my dear, yang you masih wife I. You should not call me
Dato’. I hate to hear everytime you call me Dato’. Just call my name is enough. Or you nak
panggil I hubby. It’s up to you. About the bag, kenapa pula tak layak. You
deserve it my dear. My wife deserves to have all these things. From now on, apa
yang I beli, you kena ambil and pakai. Don’t say that you are not deserves to
have it. Is it clear Arina?.” Dari lembut suara Haris terus ke tegas akhirnya. Arina
cuma mengangguk. Tidak berani lagi memandang wajah Haris. Ditariknya Arina
rapat padanya sambil tangannya memeluk pinggang Arina.
“Haris,
kalau kita balik sekarang boleh?. Tapi kalau Haris taknak balik takpe. Saya balik
dulu ye. Rasa letih pulak badan ni.” Arina bersuara lembut bila dirasakan sudah
lama mereka berjalan. Seperti biasa Haris cuma tersenyum dan mengangguk.
Arina
berhenti bila mereka melalui pintu keluar untuk menunggu teksi sambil matanya
melirik ke arah pintu tersebut. Haris juga melihat ke arah pintu tersebut.
“I hantar
you balik. Dah, jom.” Terus sahaja Haris menarik tangan Arina untuk mengikutnya
ke tempat meletakkan kenderaan di aras bawah. Bagi Arina, susah untuk dia
berkata tidak pada arahan yang terkeluar dari mulut Haris. Terasa seperti ada
batu di dalam mulutnya untuk berkata tidak.
Mereka sampai
di tempat meletak kereta. Dari jauh Arina sudah perasan dengan kereta
Lamborghini milik Haris. Semakin dekat dengan kereta, Arina nekad untuk
bersuara. “Saya balik naik teksi jelah. Susah nanti Haris nak patah balik.”
Haris tidak
menjawab, tetapi dia terus membuka pintu di sebelah pemandu. Arina faham maksud
Haris itu. Dengan tidak berkata apa-apa, Arina terus masuk ke dalam perut
kereta. Masing-masing senyap membisu bila berada di dalam kereta. Cuma
kedengaran lagu yang dipasang tadi.
Arina menunjukkan
arah ke rumahnya seperti yang disuruh Haris. Mereka tidak banyak bercakap.
Arina takut untuk bertanya apa-apa pada Haris. Haris pula sebenarnya menahan
nafsunya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia membawa Arina pulang ke rumahnya.
Terasa rindu pada kehangatan bibir Arina yang merah itu, pada tubuh badannya
dan segala-gala yang ada pada Arina.
Arina
mengucapkan terima kasih pada Haris bila kereta berhenti di hadapan rumahnya.
Sedang Arina cuba membuka tali pinggang, terasa bibirnya dipagut kemas. Lama
bibir mereka bertautan.
“Arina,
please temankan I malam ni. I miss you so much my dear.” Haris bersuara lembut
seperti berbisik.
Arina…………….