Friday 21 September 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 11


KAU TETAP MILIKKU

BAB 11

“Please Arina…..” rayu Haris lagi bilamana Arina cuma mendiamkan diri sahaja tanpa memberi kata putus.

Tiba-tiba deringan telefon memecah kesunyian antara mereka. Haris cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Sempat lagi Arina mengerling nama pemanggil. Manalah tahu ada perempuan lain yang sedang merindui Haris ketika itu. Bukan boleh percaya dengan Haris ni. Masa berjalan tadi pun, ada sahaja perempuan yang menegurnya. Semuanya cantik-cantik persis model. Memang jauh berbeza penampilan mereka yang anggun jika dibandingkan dengan dirinya. Terasa memang tidak layak untuk dia berjalan bersama-sama Haris.

Serba sedikit terasa lega juga kerana tertera nama “MAMA” pada skrin telefon.

“Ok mama. Haris balik sekarang. Kita jumpa dekat rumah ye. Bye.” Itu sahaja yang dituturkan Haris yang sejak tadi cuma menjadi pendengar.

“Saya masuk dulu ye. Terima kasih. Assalamualaikum.” Arina masih sempat memberikan senyuman pada Haris sebelum keluar dari kereta. Laju Arina meninggalkan kereta dan masuk ke dalam rumah.
Kemudian dia mendengar bunyi kereta berlalu pergi.

Baru sahaja hendak membuka pintu biliknya, bunyi mesej kedengaran. Mesej dari Haris.

                Kena mengadap big boss kat rumahnya. Thank you Arina sebab sudi temankan I hari ni. I hope today will not be the last, but the beginning for us. Take good care my dear.

Malas Arina hendak membalas mesej tersebut. Dicampak telefonnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bersikap begitu. Masih kuat ingatan Arina ketika Haris memperkosanya dahulu. Memang sekarang mereka sudah sah menjadi suami isteri, tetapi bagi Arina, dia masih menganggap yang Haris seperti orang luar. Tidak dirasakan yang Haris menyayanginya sepenuh hati. Mungkin dia cuma ingin menutup rasa bersalahnya dengan apa yang telah dilakukan.

********************************

“Arina, nanti dalam kul 2.30 after lunch, I nak you temankan I jumpa dengan anak Tan Sri Kamal ye. Untuk bincangkan tentang projek kita dekat Johor tu. Sepatutnye kita jumpa dengan Tan Sri, tapi dia outstation minggu ni. Jadi segala urusan kena melalui anaknya. Apa-apa yang penting nanti, Arina catatkan.” Panjang lebar Dato’ Mahizan menerangkan kepada Arina. Arina yang dari tadi berdiri di hadapan majikannya itu, meminta diri untuk menyambung kerja.

Sebenarnya Arina malas hendak keluar hari ini. Terasa badannya sungguh lemah. Kalau ikutkan hatinya, hendak sahaja dia berehat di rumah. Tetapi bila difikirkan tentang kerja yang perlu disiapkan segera, Arina gagahkan juga diri untuk datang.

Selepas makan bersama teman-teman sepejabat, Arina cepat-cepat mempersiapkan diri untuk menemani majikannya. Dia tahu yang Dato’ tidak suka kalau pekerjanya tidak menepati masa. Segala kerja yang perlu disiapkan segera telah pun disiapkan tadi.

Tepat pukul 2.30 petang, mereka berjalan keluar dari pejabat menuju ke kereta yang sedang menunggu mereka di bawah.

“Arina, kertas-kertas tentang projek tu ada bawa tak?” tanya Dato’ Mahizan ketika mereka sedang berjalan ke kereta.

“ Sudah Dato’. Semua kertas kerja yang berkaitan dengan projek di Johor tu sudah saya letak dalam beg ni.” Sambil menunjukkan beg yang sedang digalasnya kepada Dato’, Arina tersenyum manis. Tidak dinafikan, Dato’ Mahizan memang cukup senang dengan sikap Arina yang bertanggungjawab, berdedikasi bila diarahkan membuat sesuatu. Ditambahkan lagi dengan raut wajah yang cukup manis bila tersenyum.

Akhirnya, mereka sampai di bangunan yang menempatkan pejabat Tan Sri Kamal.  Arina tergopoh-gapah mengejar majikannya. Bukan apa, mereka telah terlambat sebenarnya disebabkan jalan yang sesak tadi. Arina tahu benar perangai majikannya itu. Tidak suka kalau orang menunggu ketibaannya lebih-lebih kalau dia sudah terlewat dari waktu asal seperti yang dijanji.

Seorang wanita dalam lingkungan 40an membawa kami menuju ke salah sebuah bilik. Mungkin bilik Encik Carliff, anak Tan Sri Kamal. Kata hati Arina.  Apabila pintu dibuka setelah diketuk, kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri tersenyum sambil mempersilakan kami duduk. 

“Dato Mahizan, please have a seat. And you, beautiful lady…” tegur salah seorang dari mereka.

“Owh, sorry Carliff. Kenalkan my PA, Arina. Arina, ini Carliff, anak Tan Sri Kamal. Dan yang ni kenalkan Azril, Financial Controller syarikat ni.” Terang Dato’ Mahizan pada Arina. Arina cuma mengangguk sambil bersalaman dengan mereka. Sebenarnya Arina perasan dari mula masuk lagi, Carliff asyik memerhatikannya. Dasar lelaki kaya kan. Pantang nampak perempuan cantik. Eh, cantik ke aku ni. Rasanya kalau aku pakai pakaian yang seksi lagilah ramai yang tak kelip-kelip mata memandang aku kan. Arina tersenyum sendiri membuatkan semua orang memandangnya ketika itu.

“Maaf.” Itu sahaja yang terkeluar dari mulut comel Arina. Nasib Carliff perasaan keadaan Arina yang tidak berapa selesa bilamana semua mata memandangnya. Macam kesalahan besar sahaja yang telah dibuat.

Perbincangan berterusan selama 3 jam. Macam-macam yang dibincangkan mengenai projek tersebut. Arina pula sibuk mengeluarkan satu persatu kertas kerja yang dibawanya bersama. Arina masih cuba menyesuaikan dirinya dengan mereka. Nampaknya Dato’ dan Carliff sudah selalu berjumpa. Melihat gaya mereka berbincang sememangnya tidak kekok. Seperti gaya emak dan anak pun ada. Arina juga cuba mencatit segala perkara yang penting yang dibincangkan.

“Ok,Carliff. Rasanya kita dah bincangkan semua benda yang penting untuk projek ini kan.” Kata Dato’ sambil menghirup kopi yang dihidangkan sebentar tadi. Ketika Arina sedang sibuk meletakkan kertas-kertas kerja di dalam beg, dirasakan matanya kabur dan kepalanya tiba-tiba pening. Dia cuma terdengar suara orang memanggil namanya, dan akhirnya dia rebah.

Arina pengsan……

Semua yang ada di situ mendekati Arina. Carliff kemudiannya dengan segera memangku Arina. Direnjis-renjis muka Arina dengan air. Namun tidak berhasil. Arina masih lagi pengsan. Carliff dapat melihat bibir pucat Arina. Terasa badan Arina panas.

“ Azril, call my driver now. Suruh dia tunggu kat depan. Auntie, if you don’t mind, Carliff bawa dia ke klinik dulu ye.” Azril sempat memandang Dato’ Mahizan sebelum dia mendukung Arina menuju ke kereta di tingkat bawah. Dato’ Mahizan tidak sempat berkata apa-apa . Bukannya driver dia sendiri tidak boleh menghantarnya. Tetapi entahlah, kenapa si Carliff pula yang kelam kabut. Mungkin sebab perkara seperti ini tidak pernah berlaku di pejabatnya.

Di klinik……..

“Cik Arina mengalami demam panas. Kena banyak berehat. Minum banyak air masak. Mungkin keadaan cuaca sekarang yang tak menentukan ni kan. Ramai juga yang demam sekarang ni. Saya akan bagi ubat dan MC. Kena rehat secukupnya.” Terang doktor yang merawat Arina. Carliff pula yang sibuk mendengar dengan teliti segala apa yang diperkatakan oleh doktor tadi walhal Arina acuh tak acuh mendengar. Sebenarnya Arina tahu badannya tidak sihat dari pagi tadi. Tengahari tadi pun selera makannya kurang.

Tetapi yang pelik bagi Arina, kenapa Carliff yang menghantarnya dan bukan Dato’ Mahizan atau abang Man, driver Dato’. Carliff cuba untuk memimpin Arina, tetapi ditolak dengan lembut. Kini Arina berjalan sendiri dengan perlahan-lahan keluar dari bilik doktor. Menunggu di luar untuk mengambil ubat.

Terdengar nama Arina dipanggil untuk mengambil ubat yang telah disediakan. Belum sempat Arina bangun, Carliff terlebih dahulu telah pergi ke kaunter pengambilan ubat dan kemudian mengeluarkan beberapa keping duit RM10.

“Berapa tadi?.” Arina bertanya seraya mengeluarkan dompet di dalam beg tangannya. Mereka telah pun berada di dalam kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi Carliff.

Arina masih mengamati ubat-ubat yang diberikan oleh doktor tadi sambil menunggu jawapan dari Carliff. Setelah lama menunggu jawapan, Arina mengangkat muka untuk melihat Carliff. Baru dia perasan yang Carliff sedang memerhatikan tingkah lakunya.

“Rumah you kat mana?. I hantar you balik terus. Pasal duit ubat tu, you owe me Arina. Lain kali baru ganti.” Giliran Carliff pula menunggu jawapan dari Arina.

“Emmm, ok lah kalau macam tu. En. Carliff hantar ke pejabat saja. Kereta ada kat sana.” Itu sahaja yang diperkatakan Arina. Sebenarnya Arina masih dalam keadaan lemah dan pening. Sebab itulah dia malas hendak menjawab banyak bila ditanya. Sahaja Arina berbohong mengenai keretanya. Tidak mahu Carliff mengetahui dimana tempat tinggalnya. Dia tidak dapat berfikir alasan lain ketika itu.

Sampai sahaja di tingkat bawah pejabat, Arina mengucapkan terima kasih kepada Carliff dan berlalu pergi. Segera Arina menelefon Dato’ Mahizan sambil berjalan menuju ke kereta.

“Dato’, maaf ye tak angkat phone tadi. Baru sampai kat bawah office ni. Doktor bagi 3 hari MC termasuk hari ni. Ada apa-apa yang perlu saya siapkan ke Dato’?.” sambil bersandar di tepi dinding.

“Arina, kesihatan lagi penting. Takpe, kalau ada yang penting nanti I minta orang lain tolong buatkan. Sekarang ni, pergi balik dan berehat cukup-cukup. Jangan fikir pasal kerja 2 3 hari ni ok.” Lembut sahaja suara Dato’ persis seorang mak menasihati anaknya. Tidak terfikir Arina ketika itu yang sememangnya Dato’ Mahizan ialah ibu mertuanya. Dia lupa yang Dato’ Haris, lelaki yang dikahwininya itu adalah anak Dato’ Mahizan.

Baru sahaja Arina hendak menuju ke tempat menunggu teksi, dia ternampak Haris keluar dari kereta bersama seorang wanita. Cantik dan bergaya dengan tubuh badan yang tinggi lampai. Mereka nampak sungguh mesra bersama.

Pada mulanya Arina tidak berasa apa-apa, namun setelah lama melihat kemesraan antara mereka terdetik di hati Arina perasaan cemburu. Mana tak cemburu, suami sendiri bermesra dengan wanita lain.Cantik pula tu.

“No Arina. Kenapa nak jealous ni. Dia bukan sesiapa dalam hidup kau. Ingat tu.” Kata arina sendirian.

Ketika sedang menunggu lift, Haris ternampak kelibat Arina sedang berjalan keluar.

“Haris, jom.” Belum sempat Haris berkata apa-apa, tangannya ditarik memasuki lift yang telah terbuka.

Niat Haris untuk mengejar Arina terhenti……..

15 comments:

  1. Rasa mcm berabad menunggu entry... Dan tak puas lah pulak.... Hihihi....

    Ni mesti kes salah faham Arina pd Haris.... Siapalah agaknya perempuan tu?

    Carliff pun dah terjatuh hati dgn arina... Hmmm.... Competition but no fight at all. Coz haris dah kawin pun dgn arina... Dantak mungkin haris nak melepaskan arina.... How laaa...

    ReplyDelete
  2. harris kena cepat tell his mum abt arina :-)

    ReplyDelete
  3. rasa x puas baca..apapun best, munculnya carliff menambah perisa this n3 n klu la si haris tau pertolongan carliff pd arina pastinya tsunami melanda lg.nk lg......
    ~saza~

    ReplyDelete
  4. Best2...tp xpuas sbb pendek!hehe...AG cpt2 sambung ye, Xmo lame2 cam ari2...meroyan tggu..hehe

    ReplyDelete
  5. nk lagi....dh lme tggu nie....hahaha

    ReplyDelete
  6. pendeknya macam x puas aje baca...

    ReplyDelete
  7. Pendeknyaaaa setelah sekian lama menanti

    ReplyDelete
  8. apa haris ni..macam tak bersungguh jer nak kat arina....please haris..please change!!!!

    ReplyDelete
  9. naper pendek sgt? tak puas baca.. next entry please ms. writer...

    ReplyDelete
  10. keep it up...

    ReplyDelete
  11. bila nak ada n3 baru. Menarik cerita ni.

    ReplyDelete
  12. besttt..bila nak ada next entry ni...dah lama tak sabar dah ni...

    ReplyDelete
  13. next n3...
    bila nak smbung ni?
    xsabar nim.........plzzzz cpat sikit

    ReplyDelete