Thursday, 27 September 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 12

KAU TETAP MILIKKU

BAB 12

Puas Arina cuba melupakan tentang Haris dan wanita tadi, tapi tidak berjaya. Fikirannya asyik memikirkan tentang Haris. Siapa wanita tadi. Mungkin teman wanita baru Haris. Entah kenapa Arina seperti terasa dirinya tercabar dengan kecantikkan wanita tadi. Kalau nak dibandingkan dengan dirinya, memang sah-sah jauh bezanya. Arina cuba untuk tidur dari terus memikirkan tentang Haris. Ditambah lagi dengan keadaannya yang tidak sihat yang memerlukan rehat yang cukup. Akhirnya Arina tertidur juga setelah memakan ubat yang diberikan doktor tadi.

“Auntie, sihat ke?. Dah lama Farah tak jumpa Auntie. Mummy and daddy kirim salam.” Dato’ Mahizan menghampiri Farah, wanita yang baru sahaja masuk kedalam biliknya itu sambil tersenyum. Farah yang seperti keanak-anakkan itu terus memeluk Dato’ Mahizan.

“Haris, masuklah. Kenapa tercegat kat depan pintu tu. Cari apa kat luar? Dah, masuk, tutup pintu tu.” Pelik Dato’ Mahizan melihat tingkah laku anaknya itu. Macam ada yang tidak kena. Belum sempat bertanya pada anaknya itu,Farah telah terlebih dahulu bercerita tentang keluarganya yang berada di Australia. Banyak betul cerita yang hendak diceritakan itu.

Memang perangai Farah begitu. Pantang jumpa dengan Dato’ Mahizan. Ada sahaja yang hendak diceritakan sampai kadang-kadang membuatkan Dato’ rimas bila bersama dengannya. Apa lagi si Haris. Kalau ikutkan hati, malas dia hendak melayannya. Cuma bila difikirkan tentang ibu bapa Farah yang rapat dengan mamanya membuatkan dia terpaksa melayan juga kerenah Farah itu.

Sedang Farah bercakap tentang ibunya yang telah membuka restoran di Australia, Haris tiba-tiba bersuara, “Mama, where’s Arina?”

Dato’ dan Farah sama-sama terkejut bila tiba-tiba Haris bertanyakan tentang Arina. Terus terdiam mereka tatkala itu.

Where’s Arina, mama?” Haris bertanya lagi kepada mamanya. Kali ini suaranya agak tegas seperti benar-benar mahukan jawapan dari mamanya.

“Owh Arina…..She’s not feeling well. Tadi pengsan kat office Carliff. After Carliff hantar jumpa doktor, dia terus balik. Dapat MC.” Dato’ masih memerhatikan Haris yang seperti tidak senang duduk bila mendengar mengenai Arina.

Wait, wait……Carliff?. Why Carliff yang hantar dia ke klinik?.  And why she was there?. What’s she doing there at the first place?” Sakit hati Haris bila dapat tahu yang Carliff yang menghantar Arina ke klinik. Haris tahu yang Carliff bukan calang-calang orang. Risau jika Carliff terpikat dengan Arina. Bermacam-macam andaian yang bermain di fikiran Haris ketika itu.

Dato’ Mahizan tidak tahu apa yang sedang bermain-main difikiran Haris ketika itu. Terus dia menarik tangan Haris untuk mengikutnya keluar. Farah dibiarkan keseorangan sebentar.
Look Haris. Mama tak tahu apa kena dengan Haris. Why my dear?.Farah is here. No more Arina or Carliff okey.” Dato’ Mahizan menepuk bahu Haris dan berlalu masuk ke dalam bilik semula. Haris terpaksa mengikut mamanya ke dalam. Dalam masa yang sama, sempat dia mengeluarkan telefonnya. Dia perlu mengetahui keadaan Arina sekarang ini.

Walaupun Haris berada bersama-sama dengan mamanya dan Farah di dalam bilik, namun fikiran Haris tidak disitu. Fikirannya melayang memikirkan tentang Arina dan Carliff. Mesej yang dihantar dari tadi tidak berbalas. Telefonnya tidak pernah lekang dimata. Dato’ Mahizan perasan dengan keresahan anaknya itu.

Akhirnya Dato’ Mahizan meminta Farah pulang dengan alasan dia dan Haris perlu berbincang mengenai projek yang akan dimulakan minggu hadapan. Pemandu peribadinya disuruh menghantar Farah pulang ke rumah.

“Haris, kenapa ni? Mama tengok resah semacam je dari tadi. Macam ayam berak kapur pun ada muka tu. Jangan kata Haris masih fikirkan tentang Arina dan Carliff….” Tanya Dato’ Mahizan bila sahaja Farah keluar dari pejabatnya.

“Mama, Haris keluar dulu.” Haris tidak menjawab pertanyaan mamanya sebaliknya terus mencium pipi mamanya seperti yang dibuat selalu dan berlalu keluar.

“Haris, please…..Not Arina…” lembut sahaja suara Dato’ Mahizan tetapi masih dapat didengari oleh Haris. Bukan dia tidak kenal dengan perangai anak tunggalnya itu. Dia risau jika Arina menjadi salah seorang dari perempuan-perempuan yang dibawa kesana sini oleh anaknya.  Puas diberikan nasihat pada anaknya itu, namun tidak diendahkannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berasa risau jika Haris mempermainkan perasaan Arina seperti perempuan-perempuan lain sebelum ini.

Haris terus meluncur laju dengan keretanya ke rumah Arina. Di dalam fikirannya sekarang cuma Arina. Bagaimana keadaannya sekarang ini. Sudah makan ke dia. Semuanya menjadi tanda tanya lagi.

Sampai di hadapan rumah Arina, Haris terus memberhentikan keretanya dan berlalu masuk. Puas diketuk pintu rumah Arina namun tidak ada yang membukanya. Bukan itu sahaja, Haris masih cuba menghubungi Arina sejak dari tadi. Geram dan risau bila semua panggilannya tidak berjawab. Ketukan di pintu juga semakin kuat.

Baru sahaja Haris hendak menyambung ketukannya, tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Kelihatan Arina berdiri di belakang pintu dengan muka yang pucat. Dalam masa yang sama, Arina terkejut dengan kehadiran Haris ke rumahnya.

Arina, are you okay my dear?.” Tidak sempat Arina bertanya, Haris yang terlebih dahulu bersuara. Tanpa meminta izin, Haris terus masuk ke rumah dan meletakkan telapak tangan kanannya ke dahi Arina. Memang Arina demam. Panas dahinya dapat dirasa.

Arina cuba menepis tangan Haris dari terus memegang dahinya. Dia tidak mahu langsung simpati dari Haris. Fikirannya terus teringat tentang peristiwa petang tadi. Entah manalah dicampaknya perempuan tadi. Dia yakin di dalam hati Haris, ramai perempuan-perempuan yang penting baginya. Haris cuma menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.

“Cuma tanggungjawab Arina…..Bukannya kau yang bertakhta dalam hatinya. Jangan jadi bodoh Arina…..” Suara hati Arina mendesak untuk tidak mempercayai Haris.

“Arina, you dah makan?. Pucat sangat muka you ni. Kalau belum, jom…I masakkan bubur untuk you. And are you alone right now?. Sambil memimpin Arina berjalan ke sofa, mata Haris sibuk meninjau-ninjau keadaan rumah Arina. Mencari dimana letaknya dapur.

Arina yang tadi cuba berjalan menuju ke sofa, terhenti apabila mendengar kata-kata Haris. “Haris, tolonglah. Tinggalkan Arina. Takpe kalau Arina sudah atau belum makan. Arina dah besar. Dan Arina boleh jaga diri sendiri. Tak payahlah Haris nak jaga, nak layan Arina macam budak kecik. Arina rayu tolong keluar dari rumah ni sebelum housemate Arina balik. Tolonglah Haris.” Dengan suara lemah, Arina gagahkan juga untuk berkata. Dia tidak mahu Haris menjaganya. Dia tidak memerlukan lelaki bernama Haris untuk menjaganya.

Terkedu Haris bila Arina menolak pelawaannya untuk menjaganya. Tidak pernah seumur hidup Haris seorang perempuan menolak pelawaannya. Semua perempuan yang dikenalinya memang tidak akan menolak jika Haris hendak menjaga mereka. Apatah lagi dengan rela hendak menjaga mereka ketika sakit. Siapa yang tidak mahu bila dapat dijaga oleh lelaki yang kacak dan kaya seperti Haris. Sangat beruntung siapa yang mendapat layanan tersebut. Lain pula dengan Arina……..

“Arina, you sakit. I just nak……” belum sempat Haris menghabiskan ayatnya, terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Masing-masing terdiam. Kelihatan Mimi melangkah masuk dengan muka penuh kehairanan bila melihat Haris.

“Dato’ Haris, terima kasih kerana melawat saya. Kalau ada apa-apa nanti saya akan hubungi Dato’ Mahizan.” Arina cuba memecahkan keadaan yang terdiam ketika itu.

I will call you tonight sayang. Take care.” Sempat Haris berbisik pada Arina seraya mengusap lembut kepala Arina sebelum melangkah keluar. Mimi yang ketika itu berdiri di tepi pintu menjadi pemerhati sahaja. Masih terperanjat mungkin dengan apa yang dilihatnya. Haris….Haris lelaki yang telah membuatkan hidup Arina kucar kacir sebelum ini.

Mimi masih berdiri di situ dengan pandangan yang meminta penjelasan dari Arina.

“Mimi, aku tak sihat ni. Aku tahu banyak benda kau nak tanyakan kat aku pasal lelaki tadi. Nanti aku dah sihat aku cerita kat kau ye. Sekarang ni kau ada belikan aku bubur tak. Lapar lah….” Arina menayangkan muka simpatinya pada Mimi.

Mimi menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Beg plastik yang dipegangnya diangkat dan ditunjukkan pada Arina sambil menuju ke arah Arina.
“Kejap, aku letak bubur kau ni kat dalam mangkuk. Nanti kau boleh makan. Kau tunggu jap ye. Kesian kawan aku sorang ni.” Lantas Mimi berlalu ke dapur membawa beg plastik yang berisi bubur itu. Arina pula menyandarkan badan pada sofa yang didudukinya tadi. Bertambah pening bila memikirkan tentang Haris. Cara Haris melayannya, mengambil berat tentangnya. Mungkinkah itu cara Haris melayan perempuan-perempuan lain. Mungkin sama sahaja layanan yang diberikan padanya dengan perempuan-perempuan tersebut. Dia sendiri tidak tahu.

Memang benar apa yang dijanjikan Haris petang tadi. Dia tidak lupa untuk menelefon Arina untuk bertanyakan tentang keadaannya.

“Arina, you dah tidur ke?” tanya Haris terus bila panggilannya dijawab.

“Dah makan tadi.” Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Arina. Ikutkan hatinya malas dia hendak menjawab panggilan Haris itu.

“Oklah Arina.. I taknak disturb you. You rehat and tidur awal malam ni okay. Arina, how I wish you were here with me on this bed Arina. Emmmm, I mean I boleh jaga you, tidurkan you. Risau I bila dapat tahu you sakit.” Sayu sahaja suara Haris ketika itu seperti meminta simpati Arina. Memang benar Haris terlalu risaukan Arina. Entah kenapa dia pun tidak tahu. Tidak pernah dia berasa risau seperti ini terhadap mana-mana perempuan selain mamanya.

“Haris, cukuplah. Kalau tak ikhlas risaukan Arina, please stop it. Ada baiknya Haris risaukan orang lain dari Arina. Arina tak layak.” Tiba-tiba sahaja Arina rasa dirinya tidak layak mendapat simpati.

You are my wife Arina. Salah ke seorang suami risaukan isterinya. Salah ke?!. And selagi I tak ceraikan you, you masih bawah tanggungjawab I. Do you understand that?!...Now, you pergi tidur my dear. Good night.” Haris terus memutuskan panggilan tersebut.

Arina yang sedikit terkejut dengan kata-kata Haris tadi seperti budak kecil mengikut apa yang diperintahkan oleh Haris sebentar tadi. Memang betul apa yang dikatakan oleh Haris tadi. Arina masih dibawah tanggungjawabnya. Haris masih berhak sepenuhnya ke atas Arina.

Haris pula terasa tercabar bila Arina berkata begitu. Baginya, Arina masih di bawah tanggungjawabnya. Kalau ikutkan hatinya, sudah ditariknya Arina mengikutnya balik ke rumah. Arina berhak sekarang tinggal di rumahnya kerana dia adalah isterinya yang sah. Bukan seperti perempuan-perempuan lain yang dibawanya sebelum ini. Tetapi mahukah Arina tinggal dirumah tersebut sekiranya dia tahu yang dia bukannya yang pertama bermalam di situ. Rumah tersebut jugalah yang pernah menjadi saksi atas apa yang berlaku pada malam itu antara mereka berdua. Malam di mana Haris berjaya menakluki Arina tanpa kerelaannya.

Arina……..Arina……..Hidupku tidak tentu arah kerana memikirkan dirimu………………

32 comments:

  1. Haris mmg menyintai Arina tapi Arina jer yg tak dpt menerima hakikat tu... Bilalah agaknya Arina akan dpt melihat kesungguhan Haris ni?

    Apasallah Haris tak suruh jer Arina duduk kat tempat lain jer supaya Haris boleh menjaga Arina...

    ReplyDelete
  2. haris tunjuk kan kesungguhan anda utk memikat arina...
    mcmn arina nak percya kat haris kalu dia masih x berubah lgi..
    haris kalu x bertindak sekarang jgn smp arina suka kat califf..
    haris gunala kuasa veto...arina kene pindah ke tempt haris barula haris dapat tunjukn kesungguhannya...
    nak lagi bg pjg2

    ReplyDelete
  3. Mmg best need more of ur story

    ReplyDelete
  4. best2... ala farah tu msti jhatkan? ish bosan la ada jhat2 nih.. tpi apakan daya hati dah trpikat dkt nvel nih.. hehe
    apa2 pon smbung cpt ckit please..
    jganlah uat watak yg jhat2 sngat.. please

    jgan mrah writer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruuna Qizbal, hehe....watak2 jahat ni kena ada baru best cite....tapi jangan risau, jahat ala2 je....AG sendiri pun tak suka kalau baca novel or tgk cite yg watak jahat tu jahat sgt.....no no.....more to Haris dan Arina je nanti....;)

      Delete
    2. thanks AG.. hehe, smbung please

      Delete
  5. best!!!!haris kerja lbh sikit utk pikat arina....
    adakah farah n carliff meyukarkan hbgan haris n arina....
    oh...oh...nak lg
    ~saza~

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ.....mmmm, sikit le...insyaallah next chapter dlm proses ni...;)

      Delete
  6. Haris boleh guna kuasa veto dia sebagai suami untuk bawa Arina tinggal dengan dia..mungkin bila tinggal bersama...terbuka hati Arina untuk menerima Haris...Cik Writer cepat2 update ye...tak sabar nak tunggu lama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa veto?....mmmm, ok2.....tunggu ye....

      Delete
  7. Tq ye to all yg follow cite ni....;)

    ReplyDelete
  8. nk lg...haris cpt la bwk arina tgl ngan dia sma2..
    xbole cara elok,guna la kuasa as a husband..
    haahhaa

    ReplyDelete
  9. suke...writer jgn lambat sgt nak samb citer nie... ari2 buka ne nak baca yang terkini kisah arina n haris

    ReplyDelete
  10. best sgt.... best sgt...... best sgt...... cpt la smbg....

    ReplyDelete
  11. best giler citer ni...x sabar nak smbg lg...& x sabar nak buat collection novel ni bila complete nanti

    ReplyDelete
  12. bila nak sambung ni x sabar nak tahu

    ReplyDelete
  13. cepat2 cepat ..x sabau..sabau nie...upload la byk ckit citer nie...suker dan besh sgtttttttttt

    ReplyDelete
  14. bagus ceritanya..,
    kapan posting lanjutannya???

    ReplyDelete
  15. novel ni dh release ke?hehehe..sweet arr..

    ReplyDelete
  16. bila nak sambung lagi cite nie?????????

    ReplyDelete
  17. BESTNYA CERITA NI!! Saya bukan apa, saya budak baru belajar tulis novel. Kalau sudi, tgklah blig saya.

    ReplyDelete
  18. I've read your posts from the beginning till now. And, I sum up all the chapters into one word. AWESOME. Yeahh :) Keep up the good word, writer! We always support you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I mean, work. Not word. Typo.

      Delete
  19. As salam semua....

    Jemput singgah ke my new blog ye.

    http://hairynnsalehuddin.blogspot.com/

    cerita dalam blog ini semua sudah dipindahkan ke blog baru.

    Untuk cerita KAU TETAP MILIKKU, Alhamdulillah sudah diterbitkan di bawah Karya Seni bulan Februari 2015.

    Jom dapatkan di laman Karya Seni atau di 012-3561772.


    TQ.

    ReplyDelete