KAU TETAP
MILIKKU
BAB 13
“Jom, I hantar you pergi kerja.” Terkejut Arina bila terdengar suara
Haris dari dalam kereta yang berhenti tiba-tiba di sebelahnya. Arina yang
ketika itu sedang berjalan menuju ke perhentian bas untuk ke tempat kerja
terhenti bila sebuah kereta Audi Sport berwarna hitam menghampirinya.
“Arina, you nak masuk sendiri atau nak I tarik you masuk dalam kereta?”
Arina berhenti berjalan dan terus menoleh ke arah Haris. Sakit hati Arina
dengan sikap lelaki seorang ni. Setiap arahan yang keluar dari mulutnya harus
dituruti. Dia lebih rela menaiki bas dari menaiki kereta yang sama dengan
Haris. Namun apakan daya. Arahan telah dikeluarkan. Terpaksa juga Arina memaksa
dirinya memasuki kereta. Haris yang segak memakai cermin mata hitam dan lengkap berpakaian kerja menyerlahkan
lagi ketampanannya. Tergugat juga iman Arina bila melihat Haris ketika itu.
“Hah, kan senang macam tu. Macam tulah seorang isteri yang baik. Dengar
cakap suami.” Arina sempat menjerling ke arah Haris yang masih tersenyum
memandangnya.
Kereta terus meluncur laju ke tempat kerja Arina. Mereka sama-sama turun
dari kereta setelah Haris memberhentikan enjin kereta. Arina serba sedikit berasa
hairan bilamana Haris juga turut keluar dari kereta. Bukan dia hendak pergi
kerja ke tadi. Kenapa dia nak kena turun juga ni. Bisik Arina sendiri.
“Ermmm, Haris nak jumpa Dato’ ke? Rasanya dia tak sampai lagi waktu-waktu
ni. Selalunya pukul 10 baru dia masuk pejabat.” Risau juga Arina sekiranya ada
staf lain yang ternampak mereka ketika itu. Bukan dia tidak tahu, ramai staf
wanita dekat sini yang berminat pada Haris.
“I know that. Dah sayang, jom
naik.” Haris memegang pinggang Arina mengisyaratkannya untuk bergerak.
Cepat-cepat Arina menjauhkan dirinya daripada Haris. Kalau staf lain nampak,
memang menjadi buah mulut jawabnya. Haris ketawa kecil melihat reaksi comel Arina
ketika itu.
Tiada seorang pun yang berada di pejabat ketika mereka sampai. Kelibat
staf lain masih belum kelihatan. Arina terus mengikut Haris masuk ke bilik
mamanya. Niatnya untuk membuka lampu dan
menghidupkan penghawa dingin bilik tersebut. Belum sempat Arina membuka lampu,
Haris lagi cepat memeluk Arina. Arina yang tersepit antara dinding dan badan
Haris cuba melepaskan diri. Keadaan mereka yang terlalu rapat membuatkan Haris
dapat merasakan setiap lekukan badan Arina ketika itu. Niat Arina hendak bersuara
terbatal bila bibirnya disambar Haris. Bibir mereka bertaut dan nafas mereka
bersatu. Dipagutnya kemas bibir Arina. Haris sememangnya terlalu rindu pada
Arina. Bukan sahaja pada bibirnya, tetapi segala-galanya yang ada pada Arina.
Arina juga terbuai dengan belaian dan kucupan Haris ketika itu.
“Stop it Haris. Please.” Arina
merayu pada Haris. Baru Haris tersedar yang mereka sama-sama berada di dalam
pejabat, bukannya di rumah. Suara lembut Arina menyedarkannya dari keindahan
yang sudah lama tidak dinikmati.
“I’m sorry my dear.” Haris
terus melepaskan Arina. Lampu bilik ditekannya. Keadaan bilik bertukar terang.
Arina cepat-cepat berlalu dari bilik majikannya itu dan menuju ke bilik air.
Arina melihat dirinya di cermin. Semuanya masih elok dan kemas. Cuma gincu
di bibirnya sudah tidak kelihatan. Dia sendiri tidak faham kenapa dia boleh
lalai membiarkan bibirnya disentuh Haris. Mungkin sebab dia juga merindui belaian
Haris. Belaian seorang lelaki yang lebih tepat belaian seorang suami.
Stop it
Arina……..Fokus pada keadaan sekarang….Cuba kau cermin muka kau tu. Layakkah kau
berada bersama Dato’ Haris. Walaupun kau isteri dia, tapi takda seorang pun
kawan dia yang tahu. Nampak sangat dia taknak orang lain tahu yang kau tu
isteri dia. Kau faham tu Arina.
Bisikan kata hati Arina menyedarkan betapa jauh beza dirinya dengan
Haris. Seperti enggang dan pipit. Semua ini perlu berakhir segera. Dia perlu
melakukan sesuatu sebelum semuanya terlambat.
Sebenarnya ada sepasang mata yang melihat keadaan Arina yang berlari
sambil memegang bibirnya keluar dari bilik majikannya. Lebih terkejut bila
melihat Dato’ Haris pula keluar dari bilik yang sama.
“Kak Nah, bila sampai?.” Terkejut Arina bila terlihat Hasnah sedang
membancuh air di pantri.
“Arina, duduk kejap. Akak nak tanya sikit ni.” Nafas Arina turun naik
bila Kak Hasnah ingin bertanyakan sesuatu. Tidak dapat difikirkan jawapannya
jika Kak Hasnah bertanyakan tentang kejadian sebentar tadi. Otaknya tidak dapat
berfikir ketika itu.
“Arina, akak nampak apa yang berlaku tadi. Akak harap Arina tak buat
benda-benda yang tak elok ye. Jaga maruah Arina baik-baik. Jangan sampai
menyesal di kemudian hari nanti.” Kata-kata Kak Hasnah membuatkan Arina sebak.
Cuba ditahan air matanya dari jatuh. Ingin sahaja Arina memberitahu Kak Hasnah
kedudukan sebenar antara dia dan Haris. Apa yang dibuat oleh Haris kepadanya
tidak salah sama sekali. Kak Hasnah telah tersalah sangka. Tetapi itu bukan
salahnya kerana dia tidak mengetahui perkara sebenar.
Arina cuma tersenyum sambil memandang Hasnah. Belum tiba masanya dia
hendak menceritakan perkara sebenarnya kepada orang lain. Lebih-lebih lagi Kak
Hasnah yang sememangnya rapat dengan Dato’ Mahizan. Tidak tahu macam mana
reaksi Dato’ jika dapat tahu yang setiausahanya ini adalah menantunya. Menantu
yang tidak diiktiraf olehnya. Pening kepala Arina setiap kali memikirkannya.
Sedang Arina meneliti kerja yang baru sahaja ditaipnya itu, telefonnya berbunyi.
“Owh, Encik Carliff. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Terkejut juga
Arina bila Carliff menelefonnya. Mungkin dia mencari Dato’ Mahizan untuk
bertanyakan tentang projek yang dibincangkan hari itu. Mana mungkin dia mencari
kau, Arina. Bisik Arina sendiri.
“So, how are you Arina?. Dah ok? I tried to call you on that
day. Tapi tak angkat. And I don’t want to disturb you after that.
Assumed you nak berehat.” Lembut sahaja suara Carliff ketika itu. Memang
Arina perasan ada nombor yang tidak dikenalinya menelefonnya beberapa hari
lepas. Malas Arina hendak mengangkatnya kerana tidak dikenalinya nombor
tersebut. Lebih-lebih lagi dia dalam keadaan sakit ketika itu.
“Alhamdulillah, semakin sihat sekarang. Maaflah sebab tak angkat
panggilan encik Carliff hari tu. Saya tak tahu itu nombor encik Carliff.” Jelas
Arina sambil tangannya menyusun kertas-kertas yang bersepah di atas mejanya.
“So, if you don’t mind I nak ajak you lunch with me today.
Sebab kejap lagi I need to go to your office nak jumpa dengan your
boss and her son, Haris. After discussion temankan I makan ye.”
Serba salah Arina ketika itu. Ikutkan hati malas dia hendak menemankan Carliff
makan. Tetapi bila teringat yang Carliff lah orang yang bersusah payah
menghantar dia ke klinik dan menyelesaikan bayaran untuk ubat-ubatnya, terasa
tidak patut dia menolak ajakannya.
“Insyaallah. Nanti juga saya bagitahu dekat Dato’ ye yang encik Carliff
telefon tentang appointment hari ni.” Setelah meletakkan telefonnya,
Arina berjalan menuju ke bilik majikannya untuk menyerahkan kerja yang telah
disiapkan tadi dan juga memberitahu tentang panggilan Carliff sebentar tadi.
Sepanjang Arina berada di dalam bilik majikannya itu, mata Haris tidak
lepas-lepas memandang Arina. Kedudukan Haris yang ketika itu berada di belakang
mamanya, membuatkan senang baginya untuk meneliti wajah Arina tanpa diketahui
oleh mamanya. Arina pula yang rasa serba tidak kena. Bukan dia tidak nampak
cari Haris memandangnya. Pandangan itulah yang membuatkan Arina tidak selesa.
Lega rasanya bila sahaja Arina keluar dari bilik itu. Sesak nafas
dibuatnya. Boleh pengsan aku kalau lama-lama dekat dalam tadi. Gerutu Arina
sendiri.
Carliff masih di dalam bilik Dato’ Mahizan bersama-sama dengan Haris dan
Kak Hasnah. Lama juga mereka berbincang tentang projek terbaru mereka itu.
Tidak tahu pula Arina yang Haris juga terlibat dalam projek itu.
“Arina, Dato’ ajak lunch sama jap lagi.” Hasnah yang baru sahaja keluar
dari bilik mesyuarat berjalan menuju ke mejanya.
“Taknaklah Kak Nah. Sapa lagi pergi. Seganlah Kak Nah makan dengan
Dato’.” Memang Arina tidak selesa setiap kali makan bersama dengan Dato’
Mahizan. Rasa bersalah sekali-sekala timbul kerana menipu majikannya itu dengan
hubungan mereka yang sebenar-benarnya.
“Laa, jomlah. Bukan Dato’ je. Anak dia ngan Encik Carliff pun sekali.
Akak pun sama la. Dah, takyah nak pikir-pikir lagi.” Ujar Hasnah seraya
mengemaskan mejanya yang ditinggalkannya bersepah tadi.
Kalau dengan Dato’ pun dia segan, apatah lagi sekarang ini dia akan makan
semeja dengan Haris dan Carliff. Bertambah risau dan seganlah Arina nanti.
“Mengelamun lak anak dara sorang ni. Dah jom. Diorang dah kuar tu.” Tersedar
Arina bila bahunya dicuit oleh Kak Hasnah. Ketika itu juga Dato’ Mahizan, Haris
dan Carliff keluar dari bilik mesyuarat dan menuju ke pintu keluar. Dato’
sempat melambai pada Hasnah dan juga Arina mengisyaratkan supaya mereka turut
serta keluar menyertai mereka.
Semasa mereka berjalan menuju ke restoran berdekatan, sempat lagi Carliff
meminta maaf pada Arina. “I’m sorry Arina. Lunch date kita kena tangguh. Next
time I promise we will be having lunch together ok.”
“It’s ok encik Carliff. Takpe. Arina tak kisah.” Pendek dan ringkas
sahaja jawapan Arina pada Carliff.
Haris yang perasan dengan kemesraan mereka, terasa tercabar. Entah apa
yang dibualkan mereka. Hendak sahaja ditariknya Arina jauh dari Carliff. Biar
Arina sentiasa berada dekat dengannya.
Ketika di meja makan, Arina dipaksa Haris untuk duduk disebelahnya.
Isyarat mata dari Haris pada Arina membuatkan Arina terpaksa menurut
perintahnya. Payah untuk Arina mengingkari arahan Haris. Dia sendiri tidak tahu
mengapa.
Kembali tenang perasaan Haris ketika itu bilamana Arina sentiasa berada
dekat dengannya ketika makan. Carliff pula terpaksa duduk di hadapan Haris yang
sekaligus terpisah jauh dari Arina. Itu yang diinginkan oleh Haris. Mana
mungkin dia hendak membiarkan Arina berada dekat dengan Carliff. Bukan Carliff
sahaja tetapi semua lelaki yang ingin rapat dengan Arina. Arina hanya miliknya.
Tidak boleh dikongsi dengan orang lain.
Sedang mereka makan, tiba-tiba Arina tersedak. Haris yang ketika itu baru
hendak menyuap, terus meletakkan kembali sudunya dan memberikan air minumannya
sendiri kepada Arina sambil mengusap lembut belakang Arina. Haris lupa pada
mereka yang sama-sama berada di meja. Perbuatan Haris itu serba sedikit
menimbulkan syak pada mamanya, Hasnah dan juga Carliff. Mereka terdiam melihat
betapa risaunya Haris pada Arina ketika itu.
Arina pula yang berasa malu pada mereka. Cuba ditepisnya tangan Haris
dari memegangnya. “Saya dah ok.” Sambil matanya memandang mereka yang lain.
********
Kejadian siang tadi membuatkan Arina tidak dapat melelapkan matanya. Dari
pagi hingga ke petang ada sahaja benda yang berlaku melibatkan Haris. Nasiblah
petang tadi dia dapat melepaskan diri dari Haris yang ingin menghantarnya
pulang. Macam manalah dia hendak mengharungi hari-hari yang mendatang kalau
Haris muncul lagi di pejabat mamanya.
Haris juga tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Asyik teringat pada
Arina, satu-satunya perempuan yang telah membuatkan hatinya resah bila
berjauhan. Tidak pernah dia merasakan perasaan tersebut sebelum ini.
Bukan mereka sahaja yang tidak dapat melelapkan mata, Dato’ Mahizan juga
sama. Seperti ada benda yang disembunyikan dari pengetahuannya. Tidak pernah
dia melihat anaknya melayan perempuan seperti dia melayan Arina. Cara dia
memandang Arina terlalu lain. Dato’ Mahizan sudah nekad untuk menyiasat tentang
Arina. Mungkin ada benda yang dia tidak
tahu tentang Arina.
Hehe....new entri!!saspen tol ble mama haris da syak...best2 !
ReplyDeleteLamanye tngu
ReplyDeleteTq for the new n3...
ReplyDeletesambung cepat sikit yer...
ReplyDeletex sbr nak bace..best !
suspens.... nak new entry....
ReplyDeletenak tau samada arina nak larikan diri sekali lagi ker..... nak tau mcm mana haris nak buat arina sentiasa dekat dgnnya.... dan nak tau bagaimana penerimaan dato mahizan bila dia dpt semua info ttg arina dan samada dia tau tak haris dah kawin dgn arina....
Cepatlah update..... pls.....
Update cepat2 please.....
ReplyDeleteohh gosh........ aquagirl...you make me crazy with your superbbbb story..... cepat update next entry plzzzz....... try to make it as novel..........
ReplyDeleteowhhhhhh memang....gempak....bila dato mahizan nak tau ni..
ReplyDeletebest gila.. smbng lgi.. hehe
ReplyDeletejganlah bgi mak haris mrah kat arina..
smbng cpt skit writer sbb x sbar nk tau ending dia camna..
cptla doto mahizan p siasat,biar dia tau tu mnntu dia
ReplyDeleteBest nyer..... Cerita yg sgt menarik... Tahniah kpd penulis... Cpt2 la smbg lg.... Penantian itu satu penyeksaan.....
ReplyDeletebest sgt2.....hrap2 bolh smbg secepat mgkin....kalo blh kuar lah novel skli :)
ReplyDeleteakhirnye...ada pown entry baru...
ReplyDeletecepatlah smbg lagi...semangat nk baca....
Hopefully terus mcm ni.enjoy jer bc. X stress...light2 jer konfliknya.like it.
ReplyDeletewah...besh beshhh... ala...nape ckit je...ingat ada 2-3 n3 update... cepat2 jgn lambat masuk n3..penyeksaannye menunggu wahai cik writer
ReplyDeleteBEST!!! nak lagi... next entry please...
ReplyDeletebest2x...nak lagi plz...:-)
ReplyDeleteHaris bawa Arina pi jumpa Dat' dan berterus terang ja.... Dato' pasti suka...
ReplyDeletejangan sampai orang lain buat fitnah tentang hubugan kalian yang terlah sah halal.... berdosa tau....
Dato' kalau dah tahu buat plan supaya Haris boleh berterus terang.... hehehe... gunakan Carliff untuk buat Haris cemburu....
Kak Sue, mmmmmm, good idea tu...guna Carliff untuk jealous kan si Haris tu kan....hehe....
Deletecik writer buat la jalan citer yang panjang cam novel...x nak la ckit je... cam x puas baca nanti...
ReplyDeleteSokong sebab pendek sangatlah...
Deletexmau la pnjg2 sbb nnti jdi bosan lak... sory klau cmment mnyakitkan hati..
Deletebgi hbis nvl ni nnti sruh la cik writer uat cita lain plak.. ok
apa2 cita itu ikut cik writer lah nk pnjng ka pndek cos sbb ni kan cita dia.. hehe
kita xtau cita ni pnjng ka pndek.. hakhak
jgan mrah..
Hi suma......sorry ye lama menyepi....bz sikit lately ni dengan perutku yang makin membesar ni...huhu......Kalau boleh memang taknak bagi followers novel ni tertunggu2, tapi masa skrg amat2 lah terhad. Sedaya upaya tengah cuba menghabiskan next chapter ni.
ReplyDeleteSkrg ni mesti suma nak tahu apa reaksi Dato' Mahizan bila dapat tahu yang Arina menantu dia kan.....jeng jeng jeng......
wah tahniah...anak ke berape? bile due nye... so kene cepat la kot biskan citer nie before due..hehehehhehe jangan mare...pe2 memang besh citer nie...n take care
DeleteOoo... AG tahniahlah nak menerima orang baru rupanya... memang dah tak sabar nak tengok reaksi Dato' pasala menantunya Arina...Dato' pasang spylah ya...
ReplyDeleteMakin tak sabar lak nak tunggu n3 baru. Oh ag, congrats.
ReplyDeletebila nk ada bab 14 ni..huhuhu....
ReplyDeletesalam AG...bila nak masukkn n3...?...tahniah ..hehehehe...tp, cepat2 lh masukn n3 bru yea...hehehehehe...x sbr nak tunggu..:-)
ReplyDeleteHaihhh, bilelah diorang akn luahkan perasaan diorang face to face? Mesti time tu sweeeettt gile kan? HEHE :D. btw, BESTTT!!!
ReplyDeleteAG.. nak n3 lagi..
ReplyDeletegak sabar nunggu lanjutannya..,
ReplyDeleteNape lambat sangat update...update new entry please
ReplyDeleteSalam, AG apa khabar? Rindu n3 baru ni...
ReplyDelete