Monday 22 October 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 14



KAU TETAP MILIKKU

BAB 14

Arina sudah nekad untuk menghantar surat perletakan jawatan kepada Dato’ Mahizan hari ini. Dia tidak mahu perkara yang ditakuti terjadi. Setiap saat dirasakan hatinya tidak menentu, risau, takut kalau-kalau majikannya mengetahui tentang hubungannya dengan Haris. Macam manalah penerimaan Dato’ bila mendapat tahu yang selama ini Arina menipu tentang statusnya. Menipunya tentang perkahwinan yang tidak diketahuinya itu. Mungkin juga bila Dato’ mendapat tahu, dia akan dipecat 24 jam. Tidak sanggup dia memikirkan reaksi Dato’ nanti. Agak-agaknya habis dimaki hamun dirinya.

“Surat apa ni Arina?” tanya Dato’ Mahizan apabila Arina menyerahkan sepucuk surat padanya ketika dia membawa masuk air. Memang rutin Arina setiap pagi membawakan secawan air milo panas pada majikannya itu. Dato’ Mahizan memandang Arina untuk mendengar penjelasannya.

“Surat perletakan jawatan saya, Dato’” jelas Arina sambil memandang Dato’ walaupun dalam hatinya hanya tuhan sahaja tahu bagaimana takutnya dia untuk melihat wajah Dato’ sambil menyatakannya.

Dato’ Mahizan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia cuma membuka surat tersebut sambil diperhatikan Arina. Arina serba salah ketika itu. Dirasakan hendak sahaja dia keluar dari situ.

“Arina, duduk.” Dato’ Mahizan bersuara setelah membaca surat tersebut. Arina yg ketika itu tercegat berdiri, terus melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan majikannya.

Look Arina….Masalah peribadi?. If ada masalah, you can tell me. Kalau boleh tolong, I tolong. Its just that susah bagi I nak lepaskan seorang pekerja yang bagus macam you Arina. Ok, macam ni. Kalau you nak masa untuk selesaikan masalah you ni, you boleh ambil cuti dulu. Sekarang ni susah nak dapat kerja Arina. So, think carefully Arina. I taknak terima surat you ni. So, I bagi masa you fikir. As what I said just now, kalau you nak cuti, just let me know.”

Entah mengapa, Arina tidak dapat berkata apa-apa ketika itu. Memang betul apa yang dikatakan oleh Dato’ itu. Sekarang ini memang susah untuk mendapatkan kerja. Ramai yang menganggur di luar sana. Tetapi macam mana dia nak melarikan diri daripada Haris dan mamanya kalau dia masih bekerja di syarikat ini. Memang masalah besar untuk Arina.

Arina meminta diri dari Dato’ dan berlalu keluar dari bilik tersebut. Dia memang buntu ketika itu. Tidak dapat berfikir apa yang patut dibuatnya. Berhenti pun akan menimbulkan masalah, tidak berhenti pun juga akan menimbulkan masalah kelak. Serabut kepala Arina memikirkannya.




Sedang Arina tekun menyiapkan kerjanya, bahunya ditepuk seseorang.

“Arina, jom temankan akak keluar petang ni. Akak nak belikan hadiah untuk suami akak. Birthday dia hujung minggu ni. Bosan lak kalau cari sorang-sorang.” Dengan nada memujuk seraya membuat muka meminta simpati pada Arina, Hasnah memeluk bahunya.

“Terkejut Arina…..Amboiiii…..nak memujuklah ni ye. Yelah, yelah……Nanti petang Arina temankan akak. Lagipun hari ni Arina takda buat apa-apa pun.” Balas Arina tanpa memandang wajah Hasnah. Cuma menepuk-nepuk  tangan Hasnah yang sedang memegang bahunya. Dia harus menyiapkan kerja yang ada sebelum balik.

“Sayang adik akak sorang ni.” Sempat lagi Hasnah mencuit pipi Arina sebelum bangun menuju ke pantri. Arina sekadar menjuihkan bibirnya.


Petang itu selepas habis waktu bekerja, Arina menaiki kereta Hasnah menuju ke Mid Valley, pusat membeli-belah yang berdekatan dengan tempat kerja mereka.

“Akak nak cari apa untuk suami akak?” tanya Arina ketika mereka sedang berjalan masuk.

“Entahlah Arina. Sebenarnya akak sendiri takda idea nak beli apa. Rasa-rasa macam nak belikan perfume je untuk abang. Ok tak?” ujar Hasnah sambil menarik tangan Arina menuju ke tingkat atas.

“Ok sangat tu kak. Boleh dia sembur sebelum masuk tidur setiap malam. Tergoda sikit akak.” Arina mengenyitkan matanya sambil tersenyum memandang Hasnah. Sempat Hasnah mencubit manja lengan Arina.

Mereka menuju ke salah sebuah kedai yang menjual minyak wangi di situ. Sedang mereka memilih minyak wangi yang sesuai, tiba-tiba dapat dirasakan oleh Arina yang dirinya diperhatikan seseorang. Terus dia mengangkatkan mukanya dan melihat sekeliling.

Tup……..Memang betul ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh. Dapat dilihat dengan jelas siapa orang itu. Cepat-cepat Arina memalingkan mukanya ke tempat lain. Jantungnya terus berdegup kencang. Dia cuba menenangkan dirinya. Takut kalau-kalau Hasnah perasan dengan perubahannya.

Arina cuba melihat ke tempat tadi melalui cermin yang ada di kedai tersebut. Tiada!. Lega sedikit perasaan Arina. Tetapi belum sempat Arina memusingkan badannya untuk memastikan, dirasakan pinggangnya dipegang seseorang.

“Hai Kak Nah.” Hasnah yang ketika itu sedang sibuk mencium bau-bau menoleh kearah  suara tersebut. Arina pula cuba menjarakkan diri daripadanya.

“Eh, Dato’ Haris. Apa yang Dato’ buat kat sini?” Tanya Hasnah sambil tersenyum. Arina pula terpaksa berlagak seperti biasa walaupun ketika itu jantungnya berdegup kencang. Mana tidaknya, kedudukan Haris yang terlalu dekat berdiri di belakangnya membuatkan Arina resah jika Hasnah dapat menghidu hubungan antara mereka.

“I keluar dengan my friend tadi. Tapi dia dah balik. Kak Nah dengan Arina cari perfume? Untuk someone special ke?” Haris mendekatkan dirinya pada Arina dengan alasan untuk memegang botol-botol minyak wangi yang ada di atas meja. Cepat-cepat Arina menjarakkan dirinya dengan berdiri di sebelah Hasnah. Tenang Arina, tenang…….bisik hati Arina.

“Aaa, aah.. Actually nak belikan untuk my husband. Birthday dia hujung minggu ni. Tu yang tengah mencari hadiah untuk dia ni.” Jelas Hasnah seraya tersenyum dan kemudian memandang Arina yang dari tadi diam tidak berkata.

Actually I pun nak cari perfume untuk someone special. You minat yang mana Arina?” Terkejut Arina bila namanya disebut. Nak belikan perfume untuk someone special tapi tanya aku yang mana aku suka. Peliklah Haris ni. Detik Arina di dalam hati.

No, I mean, Arina suka yang mana. Sebab orang yang nak I bagi tu lebih kurang macam Cik Arina kita ni. Perangainya and citarasanya lebih kurang.” Ujar Haris pada Hasnah bila Hasnah membuat muka terkejut dengan pertanyaannya pada Arina tadi. Arina pula masih menayangkan muka tidak puas hati pada Haris. Kalau ikutkan hatinya, hendak sahaja dia tinggalkan Haris. Malas hendak dilayan kerenahnya itu.

“Oh, ingatkan nak bagi pada Arina kita ni. So, Arina suka yang mana. Mesti suka bau-bau yang romantik gitu kan. Buat orang tergoda bila bau.” Ketawa mereka bila mendengar kata-kata Hasnah itu. Namun pandangan Haris pada Arina membuatkan dia terhenti ketawa. Pandangan yang cukup membuatkan hati wanita tergoda bila melihatnya. Termasuklah Arina. Itu sebabnya Arina tidak sanggup membalas renungan Haris, risau sekiranya dia akan jatuh cinta pada Haris.

“Cuba try yang ni.” Haris meminta jurujual tersebut mengambil salah satu minyak wangi yang ada di situ. Diberinya pada Arina untuk mencuba. Arina sekadar tersenyum kelat sambil mengambil  botol tersebut dari tangan Haris. Hasnah pula sibuk memilih wangian yang mana sesuai untuk suaminya.

Nice kan sayang?” tanya Haris pada Arina membuatkan Arina tergamam bila sebutan sayang disebut Haris. Terus dia menoleh ke arah Hasnah. Lega rasanya bila Hasnah masih sibuk membelek botol-botol minyak wangi. Dialihkan pandangannya kepada Haris. Geram rasanya bila melihat Haris membuat reaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Nice tak bau dia?” tanya Haris lagi. Kali ini suaranya agak perlahan sedikit tetapi didekatkan wajahnya pada Arina. Arina cuma mengangguk setuju.

“Akak nak bayar kejap ye.” Ujar Hasnah membuatkan Arina dan Haris menoleh kepadanya serentak dan tersenyum. Haris juga kemudian turut serta membayar minyak wangi yang dipilihnya tadi.

Mereka  beriringan keluar dari kedai dan menuju ke tempat meletak kereta. Haris seperti biasa mempelawa dirinya untuk menghantar Arina pulang, namun ditolak secara baik oleh Arina. Katanya dia datang dengan Hasnah, dan seeloknya dia pulang juga dengan Hasnah. Itu kata Arina, namun di dalam fikiran Haris berpendapat yang Arina cuba untuk menjauhkan diri daripadanya. Its ok Arina…..Kau akan tetap jadi milikku…bukan orang lain…..Haris bersuara di dalam hati.

**********************

Keesokkannya……

“Arina, ada bungkusan tu kat atas meja. Tak taulah dari sapa.” Kata Hasnah sambil memuncungkan mulutnya ke arah bungkusan yang diletakkan di atas meja Arina tadi. Arina yang baru sampai terus mencapai bungkusan tersebut. Tiada kad atau apa-apa mesej pada bungkusan itu. Yang tertulis di situ cuma namanya sahaja.

Terus Arina membuka bungkusan tersebut untuk mengetahui isi dalamnya. Malas dia hendak berfikir panjang. Mungkin ada mesej dari siapa tertulis di dalam. Fikir Arina sendiri.

Perfume ni………Haris…..” terus Arina teringat pada Haris. Mana mungkin dia lupa tentang minyak wangi yang dibeli oleh Haris semalam. Ya, minyak wangi yang sama. Terus ditoleh ke tempat duduk Hasnah. Nasib Arina baik kerana Hasnah tiada di tempat duduknya. Selalunya masa-masa ini Hasnah akan sibuk membuat air di pantri. Kalau tidak, mesti Arina pening bagaimana dia hendak menjelaskan segalanya pada Hasnah. Cepat-cepat Arina menyimpan botol tersebut di dalam begnya.

“Haaaa, dah bukak ke bungkusan tadi tu?” sergah Hasnah membuatkan Arina terkejut. Arina mengurut dadanya membuatkan Hasnah tersenyum lebar.

“Akak ni…..buat terkejut Arina je. Belum lagi. Nantilah. Bukak kat rumah je nanti.” Arina bersuara sambil bangun dan berlalu ke pantri dengan membawa cawannya. Dia terpaksa melarikan diri sementara supaya Hasnah tidak bertanya lagi tentang bungkusan yang diterimanya tadi.


Petang itu, seperti biasa Arina berjalan menuju ke stesen LRT yang berhampiran untuk pulang ke rumah. Sedang Arina berjalan, dia menerima panggilan dari Haris. Dibiarkan sahaja panggilan tersebut. Malas hendak diangkatnya. Dia masih meneruskan langkahnya dengan cepat supaya cepat sampai.

“Encik Carliff.” Tegur Arina bila dia terserempak dengan Carliff dari arah bertentangan. Carliff yang ketika itu sedang berjalan dengan seorang lelaki lagi memberhentikan langkahnya.

“Hai Arina. You nak balik ke? Nak ke LRT ye.” Tanya Carliff lembut pada Arina.

“Ya, nak balik ni. Dari pejabat nak balik ke rumah. Oklah Encik Carliff, kesian kawan Encik Carliff tunggu tu. Saya balik dulu ye.” Baru sahaja Arina hendak meneruskan langkahnya, Carliff terlebih dahulu menghalang jalan Arina.

“I hantar you balik. Lagipun I memang nak balik ni. Please don’t say no Arina.” Carliff sendiri tidak tahu kenapa dia boleh memperlawa Arina ketika itu. Padahal dia baru sahaja berjumpa dengan kawannya untuk berbincang tentang hal kerja. Arina menoleh ke arah kawan Carliff yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka.

“Kejap ye. I bagitahu kawan I kejap.” Arina cuba menghalang Carliff tetapi tidak diendahkannya. Tidak sempat Arina berkata apa-apa pada Carliff.

Arina berjalan beriringan dengan Carliff menuju ke kereta. Entah kenapa Arina berasa sungguh selesa bila berbual dengan Carliff walaupun mereka jarang bertemu.

Ketika kereta menghampiri rumah Arina, Arina perasan sebuah kereta terparkir berhampiran rumahnya. Dapat dirasakan kereta tersebut adalah milik Haris. Jantung Arina berdegup kencang ketika itu. Bagaimana reaksi Haris nanti bila melihat Carliff yang menghantarnya pulang. Dia tahu Haris cuba menghubunginya dari tadi tapi tidak satu pun panggilan darinya diangkat.

“Itu bukan Haris ke?” Carliff memandang ke arah lelaki yang baru sahaja keluar dari keretanya setelah memberhentikan kereta di hadapan rumah Arina.

“Harissss…….Kau buat apa kat sini?” Carliff keluar dari kereta dan menepuk bahu Haris. Haris cuma tersenyum dan memandang ke arah Arina. Dengan pandangan tersebut, Arina dapat merasakan yang Haris mahukan penjelasan darinya.

“Aku…..Aku ada benda nak bagi pada Arina untuk perbincangan esok. Tadi aku jumpa kawan kat area sini. So, sekali jalan lah. Singgah sekejap jumpa Arina. Tak sangka pulak jumpa kau sekali. Korang dari mana?” Haris menunjukkan reaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun di dalam hatinya, ingin sahaja dibawa Arina ke tempat lain. Ingin sahaja ditumbuk muka Carliff. Ingin sahaja diberitahu Carliff mengenai hubungan antara mereka. Cuba ditahan perasaan itu.

“Aku kebetulan jumpa Arina tengah jalan ke LRT tadi. So, aku tumpangkan dia balik. Itu je. Ajak dia makan, dia taknak. Diet kot.” Sempat Carliff mengenyitkan matanya pada Arina. Arina pula yang serba salah ketika itu. Pasti Haris nampak apa yang dibuat oleh Carliff tadi.

“Encik Carliff, terima kasih kerana menghantar saya pulang. Dan Dato’ Haris, ada apa-apa yang saya boleh tolong?” Arina mencelah tiba-tiba. Kalau dibiarkan mereka, entah sampai pukul berapa baru dia boleh masuk ke dalam rumah.

Carliff mengucapkan selamat malam pada Arina dan bersalaman dengan Haris sebelum dia masuk ke kereta dan berlalu pergi. Haris pula terus memandang tajam pada Arina. Tiada sebarang kata yang keluar dari mulut Haris ketika itu. Arina juga tidak tahu apa yang hendak diperkatakan ketika itu. Masing-masing mendiamkan diri seketika.

“Kalau takda apa-apa, Arina masuk dalam dulu. And Dato’, perfume ni tersalah bagi rasanya. Sebab hari tu Dato’ ada cakap nak bagi pada someone special kan. And Arina tak rasa Arina yang special tu.” Ujar Arina sambil menghulurkan bungkusan yang diterimanya pagi tadi. Haris masih mendiamkan dirinya. Tidak menunjukkan sebarang reaksi pun.

“Arina, you better go in now. And just take it.” Haris berlalu meninggalkan Arina keseorangan di situ. Itu sahaja yang diperkatakan oleh Haris pada Arina. Nada suaranya seperti menahan kemarahan. Takut juga Arina melihat Haris dengan keadaan begitu.

Kereta meluncur laju………………………………………………….

66 comments:

  1. Lamanya baru update apa pun tq nak lg ya.

    ReplyDelete
  2. cemburu tandanya sayang,,,, tak sabar nak baca yg seterusnya

    ReplyDelete
  3. haris ni dah byk berubah kan... dulu dia suka paksa2 arina tp skrg kira ada toleransi la... haha..

    ReplyDelete
  4. haha xpuas baca..

    ReplyDelete
  5. ahhh..sweetnyer Dato Haris...tapi Datin Arina jual mahal le pulak...kekekeke

    ReplyDelete
  6. arina ni mcm cabar suami die je plk..:)

    ReplyDelete
  7. kenapa Haris x mahu berterus terang dengan Mama sendiri.... Arina walau bagaimana pun u tetap isteri Haris dan kemana u pergi kena beritahu Haris.... U tanggungjawab Haris.... cepat sambungggg...

    ReplyDelete
  8. Jgn dijolok srang tebuan Arina, nanti sendiri yg sakit... Next entry please pastu jgn lama2 baru update entry..

    ReplyDelete
  9. wahh..makin menarik cerita ni...tpi writer ada beberapa ayat yang macam tak berapa sesuai contohnya "cuba try bau" maksud saya cuba dan try adalah maksud yang sama dan ianya seperti mengulang ayat "cuba cuba bau"...it's just my opinion sorry kalau terasa

    ReplyDelete
  10. akhirnya ada entry,nampaknya dato' haris kena banyak bersabar lah untuk mendapatkan arina..hehehe,..ada saingan lak tu mr carliff yang handsome.Wah tak sabar nak tunggu next entry kalau boleh jangan lah lama-lama pending cik writer,sakit jantung ler...

    ReplyDelete
  11. akhirnya... boleh x hbskan cepat..??? tak sabar la... rindu dgn haris and arina..... tahniah kepada penulis!!!!!:)

    ReplyDelete
  12. wau best gila, aduh smbng la lgi, cpt skit ya bab trbaru?
    hehe,

    ReplyDelete
  13. hehehe like the story tp kenapa rasa xpuas hehehehe...saya xrisau pasal Carliff sbb saya dapat rasakan Arina tahu batas dia sbg seorg isteri walaupun secara kasar dia menidakkan status dia hehehe tapi normalla utk Dato' Haris Jealous........Ermmm... ingatkan entry kali nie status Arina & D.Haris dah terbongkar ... tp xlagi... kalau xsilap saya time Arina & D.Haris Kahwin bukan family Arina tahu ker?? xkan family Arina or Arina xder tanya pasal D.hariss... arina xbalik kampong ker lepas dier kahwin ...family arina xder ke datang jengok Arina kat KL ...xkan dok umah bujang kot hehehehe

    ReplyDelete
  14. Haris dah berubah suka tp lbh suka haris yg dl bila berkenaan dgn arina..haris yg so determine...tegas dgn arina...

    ReplyDelete
  15. Kenapa pendek sangat? Tak puaslah baca!!!

    ReplyDelete
  16. Ohooo, nmpknyerr Haris ade persaingan baru nie!!! Hahaha :D. Besttt :)

    ReplyDelete
  17. lamanya nak tunggu sambungan...
    tp sambungannya tak mngecewakan..nk lg yer.. :D

    ReplyDelete
  18. lameny tgu en3 baru cik writer oii keke,.
    pe2 pon enjoy ngan en3 ni,.cpt2 ye up new en3 lak hehe

    ReplyDelete
  19. ga sabar tunggu lanjutannya..,
    mudah2 an ga lama ya.., :)

    ReplyDelete
  20. wahhhhhh bestnyeeee :)cpat2 smbg hope dpt kuar novel crta nie ;)

    ReplyDelete
  21. WAH...AKHIRNYA PENANTIAN X SIA...
    best sgt.....writer ble masukkn n3 setiap hari...:-)
    penantian 1 penyiksaan...hehehehe:-0

    ReplyDelete
  22. Best nyerrr... Napela Dato haris ni x nak buka jer rahsia dorang... Kalau suma org dah tau suma benda dah x jadi masalah dah hehehehe :-)

    ReplyDelete
  23. Haris ni be serius lah. Kalo betul nak Arina do something to prove ur love to her.

    Thank u Cik Aqua. Saya suka cerita ni.

    Salam Aidil Adha.

    ReplyDelete
  24. pasal lmbt sgt nak update ni..:-(...lama dh tunggu :-(

    ReplyDelete
  25. dah lma tnggu...smbung la

    ReplyDelete
  26. miss writer..bla nk post new n3 ni..tlg la upload cpt2 ckit, dh x sabar ni..

    ReplyDelete
  27. wah lamanye cik writer tak continue citer niee...

    ReplyDelete
  28. mana sambungannya ni...lamanya tunggu...

    ReplyDelete
  29. Salam. Bila nak sambung nie. huhu

    ReplyDelete
  30. Salam,lamanya bila nak sambung ni,huhu

    ReplyDelete
  31. lamanya tggu n3 baru...huhuhuhu

    ReplyDelete
  32. hi dah sebulan lebih...takde entry baru ke????

    ReplyDelete
  33. Salam, lama takde entry baru? kenape?

    ReplyDelete
  34. lama tunggu tp still x de update n3 tbaru ke?

    ReplyDelete
  35. agaknya writer dah deliver kot..hari tu kan dia ada mention yg perut dia makin besar...maybe la dah deliver..i guess..hehe

    ReplyDelete
  36. yelaa kot. Hmm, dah 2 bulan tak update :/

    ReplyDelete
  37. nak bab yang baru

    ReplyDelete
  38. lama lagi novel ini akan keluar

    ReplyDelete
  39. seronok nak baca, sebab jln crita dia menarik sgt2 la. bila nak smbung gi yer tak sabar nak baca la.

    ReplyDelete
  40. bile nak smbg nie???dah msuk 2013 dah nie...x sabar nak bace lg..

    ReplyDelete
  41. Hi..ble nk smbg g..
    x sbr nak tau aperjd next..huhu

    ReplyDelete
  42. bile nk smbg lg....lambatnye ..

    ReplyDelete
  43. Rindunyer kat Haris n Arina. Bila nk kuar novel ni...huhuhuhu

    ReplyDelete
  44. Salam, bila nak sambung. tq

    ReplyDelete
  45. Salam, tak de sambungan ke

    ReplyDelete
  46. ermmm bila nk sambung lg?

    ReplyDelete
  47. huh rindu nyer ngan citer nie ....bila nak sambung...

    ReplyDelete
  48. lambat lg ker sambungannya, rindu kat haris n arina....huhuhu

    ReplyDelete
  49. lom sambung lg ker..huhuhu..rindunyerrrrrrrrrrrrr.

    ReplyDelete
  50. bila nak ada kat kedaai buku nyer...tak sabar rasanyer.

    ReplyDelete
  51. puan penulis, tolonglah sambung atau dah keluar novel.

    ReplyDelete
  52. As salam semua.. Sorry ye sbb dah lama betul tak sambung cerita ni. Sebenarnya stop hari tu sbb bersalin dlm bulan 12. And yg paling teruk tu, sbb i boleh lupa my password utk buka blog ni...Jadi i akan buka blog baru ye...masih ramai ke yg minat dengan cerita ni ek...Peminat2 Haris dan Arina, tunggu ye...Insyaallah ada yg dah tanya2 bila nak siap manuskrip. Tapi tak siap2 lagi ni...Idea2 datang le cepat...hehe...Bile dah buka blog baru, i inform u all ok...TQ..muahhhh

    - The Aqua Girl -

    ReplyDelete
  53. la...patutlah x de sambungan...lama giler tunggu...takpe..nanti puan aqua tolong inform kat kitaorg nama blog br tu ya

    ReplyDelete
  54. sabar menanti

    ReplyDelete
  55. ooo gitu cheghiternyer..

    ok apa pun diharap ada sambungan or jadikan novel pun best juga.

    ReplyDelete
  56. jgn lama2 taw, kita rindu kat haris dgn arina....huhuhu

    ReplyDelete
  57. agak 2nya bila blog baru

    ReplyDelete
  58. As salam/ Hi u all....

    I dah bukak new blog ye...and i dah masukkan cerita baru "MAJIKANKU SAYANGKU"....Untuk cerita KAU TETAP MILIKKU, akan disambung secepat mungkin ye di blog baru ni..

    http://hairynnsalehuddin.blogspot.com/

    jom jadi my follower ye....

    Thank you dear......

    ReplyDelete
  59. agak-agaknya bila nak sambung dah tak sabar nak baca

    ReplyDelete
  60. Hi dear.....Tunggu kat my new blog ye.. Coming soon Kau Tetap Milikku Bab 15...

    http://hairynnsalehuddin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  61. Hi suma, Jom follow my new blog ye... appreciate sgt2 for all your supports.......

    http://hairynnsalehuddin.blogspot.com/

    Novel Kau Tetap Milikku sudah disambung sehingga bab 18...jom baca di sini...

    ReplyDelete