KAU TETAP
MILIKKU
BAB 14
Arina sudah
nekad untuk menghantar surat perletakan jawatan kepada Dato’ Mahizan hari ini.
Dia tidak mahu perkara yang ditakuti terjadi. Setiap saat dirasakan hatinya
tidak menentu, risau, takut kalau-kalau majikannya mengetahui tentang
hubungannya dengan Haris. Macam manalah penerimaan Dato’ bila mendapat tahu
yang selama ini Arina menipu tentang statusnya. Menipunya tentang perkahwinan
yang tidak diketahuinya itu. Mungkin juga bila Dato’ mendapat tahu, dia akan
dipecat 24 jam. Tidak sanggup dia memikirkan reaksi Dato’ nanti. Agak-agaknya
habis dimaki hamun dirinya.
“Surat apa
ni Arina?” tanya Dato’ Mahizan apabila Arina menyerahkan sepucuk surat padanya
ketika dia membawa masuk air. Memang rutin Arina setiap pagi membawakan secawan
air milo panas pada majikannya itu. Dato’ Mahizan memandang Arina untuk
mendengar penjelasannya.
“Surat
perletakan jawatan saya, Dato’” jelas Arina sambil memandang Dato’ walaupun
dalam hatinya hanya tuhan sahaja tahu bagaimana takutnya dia untuk melihat
wajah Dato’ sambil menyatakannya.
Dato’
Mahizan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia cuma membuka surat tersebut
sambil diperhatikan Arina. Arina serba salah ketika itu. Dirasakan hendak
sahaja dia keluar dari situ.
“Arina,
duduk.” Dato’ Mahizan bersuara setelah membaca surat tersebut. Arina yg ketika
itu tercegat berdiri, terus melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan
majikannya.
“Look Arina….Masalah peribadi?. If ada masalah, you can tell me. Kalau boleh tolong, I tolong. Its just that susah bagi I nak lepaskan seorang pekerja yang bagus
macam you Arina. Ok, macam ni. Kalau you nak masa untuk selesaikan masalah you
ni, you boleh ambil cuti dulu. Sekarang ni susah nak dapat kerja Arina. So, think carefully Arina. I taknak
terima surat you ni. So, I bagi masa you fikir. As what I said just now, kalau you nak cuti, just let me know.”
Entah
mengapa, Arina tidak dapat berkata apa-apa ketika itu. Memang betul apa yang
dikatakan oleh Dato’ itu. Sekarang ini memang susah untuk mendapatkan kerja.
Ramai yang menganggur di luar sana. Tetapi macam mana dia nak melarikan diri
daripada Haris dan mamanya kalau dia masih bekerja di syarikat ini. Memang
masalah besar untuk Arina.
Arina
meminta diri dari Dato’ dan berlalu keluar dari bilik tersebut. Dia memang
buntu ketika itu. Tidak dapat berfikir apa yang patut dibuatnya. Berhenti pun
akan menimbulkan masalah, tidak berhenti pun juga akan menimbulkan masalah
kelak. Serabut kepala Arina memikirkannya.
Sedang Arina
tekun menyiapkan kerjanya, bahunya ditepuk seseorang.
“Arina, jom
temankan akak keluar petang ni. Akak nak belikan hadiah untuk suami akak.
Birthday dia hujung minggu ni. Bosan lak kalau cari sorang-sorang.” Dengan nada
memujuk seraya membuat muka meminta simpati pada Arina, Hasnah memeluk bahunya.
“Terkejut
Arina…..Amboiiii…..nak memujuklah ni ye. Yelah, yelah……Nanti petang Arina
temankan akak. Lagipun hari ni Arina takda buat apa-apa pun.” Balas Arina tanpa
memandang wajah Hasnah. Cuma menepuk-nepuk
tangan Hasnah yang sedang memegang bahunya. Dia harus menyiapkan kerja
yang ada sebelum balik.
“Sayang adik
akak sorang ni.” Sempat lagi Hasnah mencuit pipi Arina sebelum bangun menuju ke
pantri. Arina sekadar menjuihkan bibirnya.
Petang itu
selepas habis waktu bekerja, Arina menaiki kereta Hasnah menuju ke Mid Valley,
pusat membeli-belah yang berdekatan dengan tempat kerja mereka.
“Akak nak
cari apa untuk suami akak?” tanya Arina ketika mereka sedang berjalan masuk.
“Entahlah
Arina. Sebenarnya akak sendiri takda idea nak beli apa. Rasa-rasa macam nak
belikan perfume je untuk abang. Ok tak?”
ujar Hasnah sambil menarik tangan Arina menuju ke tingkat atas.
“Ok sangat
tu kak. Boleh dia sembur sebelum masuk tidur setiap malam. Tergoda sikit akak.”
Arina mengenyitkan matanya sambil tersenyum memandang Hasnah. Sempat Hasnah
mencubit manja lengan Arina.
Mereka
menuju ke salah sebuah kedai yang menjual minyak wangi di situ. Sedang mereka
memilih minyak wangi yang sesuai, tiba-tiba dapat dirasakan oleh Arina yang
dirinya diperhatikan seseorang. Terus dia mengangkatkan mukanya dan melihat
sekeliling.
Tup……..Memang
betul ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh. Dapat dilihat dengan
jelas siapa orang itu. Cepat-cepat Arina memalingkan mukanya ke tempat lain.
Jantungnya terus berdegup kencang. Dia cuba menenangkan dirinya. Takut
kalau-kalau Hasnah perasan dengan perubahannya.
Arina cuba
melihat ke tempat tadi melalui cermin yang ada di kedai tersebut. Tiada!. Lega
sedikit perasaan Arina. Tetapi belum sempat Arina memusingkan badannya untuk
memastikan, dirasakan pinggangnya dipegang seseorang.
“Hai Kak
Nah.” Hasnah yang ketika itu sedang sibuk mencium bau-bau menoleh kearah suara tersebut. Arina pula cuba menjarakkan
diri daripadanya.
“Eh, Dato’
Haris. Apa yang Dato’ buat kat sini?” Tanya Hasnah sambil tersenyum. Arina pula
terpaksa berlagak seperti biasa walaupun ketika itu jantungnya berdegup
kencang. Mana tidaknya, kedudukan Haris yang terlalu dekat berdiri di
belakangnya membuatkan Arina resah jika Hasnah dapat menghidu hubungan antara
mereka.
“I keluar
dengan my friend tadi. Tapi dia dah
balik. Kak Nah dengan Arina cari perfume?
Untuk someone special ke?” Haris
mendekatkan dirinya pada Arina dengan alasan untuk memegang botol-botol minyak
wangi yang ada di atas meja. Cepat-cepat Arina menjarakkan dirinya dengan
berdiri di sebelah Hasnah. Tenang Arina, tenang…….bisik hati Arina.
“Aaa, aah.. Actually nak belikan untuk my husband. Birthday dia hujung minggu ni. Tu yang tengah mencari hadiah untuk
dia ni.” Jelas Hasnah seraya tersenyum dan kemudian memandang Arina yang dari
tadi diam tidak berkata.
“Actually I pun nak cari perfume untuk someone special. You minat yang mana Arina?” Terkejut Arina bila
namanya disebut. Nak belikan perfume
untuk someone special tapi tanya aku
yang mana aku suka. Peliklah Haris ni. Detik Arina di dalam hati.
“No, I mean, Arina suka yang mana. Sebab
orang yang nak I bagi tu lebih kurang macam Cik Arina kita ni. Perangainya and
citarasanya lebih kurang.” Ujar Haris pada Hasnah bila Hasnah membuat muka
terkejut dengan pertanyaannya pada Arina tadi. Arina pula masih menayangkan muka
tidak puas hati pada Haris. Kalau ikutkan hatinya, hendak sahaja dia tinggalkan
Haris. Malas hendak dilayan kerenahnya itu.
“Oh,
ingatkan nak bagi pada Arina kita ni. So, Arina suka yang mana. Mesti suka
bau-bau yang romantik gitu kan. Buat orang tergoda bila bau.” Ketawa mereka
bila mendengar kata-kata Hasnah itu. Namun pandangan Haris pada Arina
membuatkan dia terhenti ketawa. Pandangan yang cukup membuatkan hati wanita
tergoda bila melihatnya. Termasuklah Arina. Itu sebabnya Arina tidak sanggup
membalas renungan Haris, risau sekiranya dia akan jatuh cinta pada Haris.
“Cuba try yang ni.” Haris meminta jurujual
tersebut mengambil salah satu minyak wangi yang ada di situ. Diberinya pada
Arina untuk mencuba. Arina sekadar tersenyum kelat sambil mengambil botol tersebut dari tangan Haris. Hasnah pula
sibuk memilih wangian yang mana sesuai untuk suaminya.
“Nice kan sayang?” tanya Haris pada Arina
membuatkan Arina tergamam bila sebutan sayang disebut Haris. Terus dia menoleh
ke arah Hasnah. Lega rasanya bila Hasnah masih sibuk membelek botol-botol
minyak wangi. Dialihkan pandangannya kepada Haris. Geram rasanya bila melihat
Haris membuat reaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Nice tak bau dia?” tanya Haris lagi.
Kali ini suaranya agak perlahan sedikit tetapi didekatkan wajahnya pada Arina.
Arina cuma mengangguk setuju.
“Akak nak
bayar kejap ye.” Ujar Hasnah membuatkan Arina dan Haris menoleh kepadanya
serentak dan tersenyum. Haris juga kemudian turut serta membayar minyak wangi
yang dipilihnya tadi.
Mereka beriringan keluar dari kedai dan menuju ke
tempat meletak kereta. Haris seperti biasa mempelawa dirinya untuk menghantar
Arina pulang, namun ditolak secara baik oleh Arina. Katanya dia datang dengan
Hasnah, dan seeloknya dia pulang juga dengan Hasnah. Itu kata Arina, namun di
dalam fikiran Haris berpendapat yang Arina cuba untuk menjauhkan diri
daripadanya. Its ok Arina…..Kau akan
tetap jadi milikku…bukan orang lain…..Haris bersuara di dalam hati.
**********************
Keesokkannya……
“Arina, ada
bungkusan tu kat atas meja. Tak taulah dari sapa.” Kata Hasnah sambil
memuncungkan mulutnya ke arah bungkusan yang diletakkan di atas meja Arina
tadi. Arina yang baru sampai terus mencapai bungkusan tersebut. Tiada kad atau
apa-apa mesej pada bungkusan itu. Yang tertulis di situ cuma namanya sahaja.
Terus Arina
membuka bungkusan tersebut untuk mengetahui isi dalamnya. Malas dia hendak
berfikir panjang. Mungkin ada mesej dari siapa tertulis di dalam. Fikir Arina
sendiri.
“Perfume ni………Haris…..” terus Arina
teringat pada Haris. Mana mungkin dia lupa tentang minyak wangi yang dibeli
oleh Haris semalam. Ya, minyak wangi yang sama. Terus ditoleh ke tempat duduk
Hasnah. Nasib Arina baik kerana Hasnah tiada di tempat duduknya. Selalunya
masa-masa ini Hasnah akan sibuk membuat air di pantri. Kalau tidak, mesti Arina
pening bagaimana dia hendak menjelaskan segalanya pada Hasnah. Cepat-cepat
Arina menyimpan botol tersebut di dalam begnya.
“Haaaa, dah
bukak ke bungkusan tadi tu?” sergah Hasnah membuatkan Arina terkejut. Arina
mengurut dadanya membuatkan Hasnah tersenyum lebar.
“Akak
ni…..buat terkejut Arina je. Belum lagi. Nantilah. Bukak kat rumah je nanti.”
Arina bersuara sambil bangun dan berlalu ke pantri dengan membawa cawannya. Dia
terpaksa melarikan diri sementara supaya Hasnah tidak bertanya lagi tentang
bungkusan yang diterimanya tadi.
Petang itu,
seperti biasa Arina berjalan menuju ke stesen LRT yang berhampiran untuk pulang
ke rumah. Sedang Arina berjalan, dia menerima panggilan dari Haris. Dibiarkan
sahaja panggilan tersebut. Malas hendak diangkatnya. Dia masih meneruskan
langkahnya dengan cepat supaya cepat sampai.
“Encik
Carliff.” Tegur Arina bila dia terserempak dengan Carliff dari arah
bertentangan. Carliff yang ketika itu sedang berjalan dengan seorang lelaki
lagi memberhentikan langkahnya.
“Hai Arina.
You nak balik ke? Nak ke LRT ye.” Tanya Carliff lembut pada Arina.
“Ya, nak
balik ni. Dari pejabat nak balik ke rumah. Oklah Encik Carliff, kesian kawan
Encik Carliff tunggu tu. Saya balik dulu ye.” Baru sahaja Arina hendak
meneruskan langkahnya, Carliff terlebih dahulu menghalang jalan Arina.
“I hantar
you balik. Lagipun I memang nak balik ni. Please
don’t say no Arina.” Carliff sendiri tidak tahu kenapa dia boleh memperlawa
Arina ketika itu. Padahal dia baru sahaja berjumpa dengan kawannya untuk
berbincang tentang hal kerja. Arina menoleh ke arah kawan Carliff yang sedang
berdiri tidak jauh dari mereka.
“Kejap ye. I
bagitahu kawan I kejap.” Arina cuba menghalang Carliff tetapi tidak
diendahkannya. Tidak sempat Arina berkata apa-apa pada Carliff.
Arina
berjalan beriringan dengan Carliff menuju ke kereta. Entah kenapa Arina berasa
sungguh selesa bila berbual dengan Carliff walaupun mereka jarang bertemu.
Ketika
kereta menghampiri rumah Arina, Arina perasan sebuah kereta terparkir
berhampiran rumahnya. Dapat dirasakan kereta tersebut adalah milik Haris.
Jantung Arina berdegup kencang ketika itu. Bagaimana reaksi Haris nanti bila
melihat Carliff yang menghantarnya pulang. Dia tahu Haris cuba menghubunginya
dari tadi tapi tidak satu pun panggilan darinya diangkat.
“Itu bukan
Haris ke?” Carliff memandang ke arah lelaki yang baru sahaja keluar dari
keretanya setelah memberhentikan kereta di hadapan rumah Arina.
“Harissss…….Kau
buat apa kat sini?” Carliff keluar dari kereta dan menepuk bahu Haris. Haris
cuma tersenyum dan memandang ke arah Arina. Dengan pandangan tersebut, Arina
dapat merasakan yang Haris mahukan penjelasan darinya.
“Aku…..Aku
ada benda nak bagi pada Arina untuk perbincangan esok. Tadi aku jumpa kawan kat
area sini. So, sekali jalan lah. Singgah sekejap jumpa Arina. Tak sangka pulak
jumpa kau sekali. Korang dari mana?” Haris menunjukkan reaksi seperti tiada
apa-apa yang berlaku. Namun di dalam hatinya, ingin sahaja dibawa Arina ke
tempat lain. Ingin sahaja ditumbuk muka Carliff. Ingin sahaja diberitahu
Carliff mengenai hubungan antara mereka. Cuba ditahan perasaan itu.
“Aku
kebetulan jumpa Arina tengah jalan ke LRT tadi. So, aku tumpangkan dia balik.
Itu je. Ajak dia makan, dia taknak. Diet
kot.” Sempat Carliff mengenyitkan matanya pada Arina. Arina pula yang serba
salah ketika itu. Pasti Haris nampak apa yang dibuat oleh Carliff tadi.
“Encik
Carliff, terima kasih kerana menghantar saya pulang. Dan Dato’ Haris, ada
apa-apa yang saya boleh tolong?” Arina mencelah tiba-tiba. Kalau dibiarkan
mereka, entah sampai pukul berapa baru dia boleh masuk ke dalam rumah.
Carliff
mengucapkan selamat malam pada Arina dan bersalaman dengan Haris sebelum dia
masuk ke kereta dan berlalu pergi. Haris pula terus memandang tajam pada Arina.
Tiada sebarang kata yang keluar dari mulut Haris ketika itu. Arina juga tidak
tahu apa yang hendak diperkatakan ketika itu. Masing-masing mendiamkan diri
seketika.
“Kalau takda
apa-apa, Arina masuk dalam dulu. And Dato’, perfume
ni tersalah bagi rasanya. Sebab hari tu Dato’ ada cakap nak bagi pada someone special kan. And Arina tak rasa
Arina yang special tu.” Ujar Arina
sambil menghulurkan bungkusan yang diterimanya pagi tadi. Haris masih
mendiamkan dirinya. Tidak menunjukkan sebarang reaksi pun.
“Arina, you better go in now. And just take it.”
Haris berlalu meninggalkan Arina keseorangan di situ. Itu sahaja yang
diperkatakan oleh Haris pada Arina. Nada suaranya seperti menahan kemarahan.
Takut juga Arina melihat Haris dengan keadaan begitu.
Kereta
meluncur laju………………………………………………….