Thursday 30 August 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 10



BAB 10

Arina kembali merebahkan badan di atas katil setelah selesai mengerjakan sembahyang subuh tadi. Itulah rutin hariannya bila hari minggu menjelma. Berbaring-baring di atas katil dan tilam empuknya sambil memeluk bantal peluk. Ada harinya Arina merehatkan otaknya dengan menonton rancangan kartun yang disiarkan di televisyen. Terasa seperti kanak-kanak riang bila Arina ketawa sendirian apabila menontonnya. Rakan-rakan serumah Arina masih terbungkang tidur. Mana taknya, entah pukul berapalah mereka balik malam tadi. Masing-masing sibuk dengan buah hati masing-masing. Berbeza pula dengan Arina. Kalau tidak keluar dengan rakan-rakannya itu, dia lebih senang berehat di rumah sahaja. Ada sahaja tempat yang hendak dikemaskan dan disusun atur semula.

Hari ini Arina merancang untuk keluar membeli sedikit pakaian kerja. Sudah lama dia tidak membeli-belah. Kebetulan pula hari ini dia mendapat gaji pertamanya. Walaupun tidak cukup sebulan dia bekerja, namun gaji yang diterima itu sudah cukup besar baginya jika dibandingkan dengan gaji di tempat lamanya.

Arina terpaksa keluar sendirian hari ini. Malas hendak mengejutkan rakan-rakannya yang masih nyenyak tidur di bilik masing-masing. Dia berjalan seorang diri menuju ke LRT putra yang berdekatan dengan rumahnya. Kereta kesayangan Arina telah dijualnya bulan lepas. Keretanya asyik memanjang hendak ke bengkel. Arina nekad untuk menjualnya sahaja. Bukan apa, dengan keadaannya yang tidak bekerja ketika itu, menyebabkan dia terpaksa menjualnya. Bukan  banyak duit simpanan Arina. Jika ada rezeki lebih nanti, dia mahu memiliki sebuah kereta lain. Senang untuk dia bergerak kemana-mana.

Arina berjalan seorang diri di Mid Valley, sebuah pusat membeli belah terkemuka di sini. Matanya sibuk melihat pakaian-pakaian yang dipamerkan di butik-butik di situ. Semuanya nampak cantik dimata Arina. Hendak memilikinya terasa mustahil bagi Arina. Sudah pasti harga pakaian-pakaian tersebut mencecah ratusan ringgit, dan mungkin juga ribuan ringgit. Dalam mimpi sajalah dapat memakai pakaian yang mahal. Monolog Arina sendiri.

Akhirnya Arina membeli pakaian kerjanya di Jaya Jusco sahaja. Harga pakaian-pakaian di situ tidaklah mahal. Masih mampu untuk Arina membelinya. Hampir dua jam Arina berjalan, terasa lenguh kakinya. Lebih baik aku pergi makan dulu. Dah hampir pukul 1 ni. Kata Arina sendirian.

Sedang Arina berjalan menuju ke Food Court di situ, dia terlanggar seseorang.

“Arina….” Terkejut Arina apabila menyedari orang yang dilanggarnya itu ialah Haris. Satu-satunya manusia yang kalau boleh tidak mahu dia temui. Namun, tidak dinafikan Haris seperti ada auranya tersendiri yang mampu mencairkan hati setiap wanita yang berada dekat dengannya. Arina pun tidak terkecuali. Cepat-cepat Arina mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain dari terus memandang anak mata Haris. Haris pula masih tetap memandang wajah Arina yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia tidak boleh melupakan wajah tersebut. Wajah yang selalu muncul dalam mimpinya.

Masing-masing dikejutkan dengan suara seorang wanita yang menghampiri mereka.

“Arina, you buat apa kat sini?. Sorang je ke?” tanya Dato’ Mahizan sambil matanya melihat ke arah beg plastik yang dipegang Arina.

“Saya sorang je Dato’. Jalan-jalan hujung minggu ni. Tak tahu nak buat apa, tu yang datang ke sini ni. Sambil tu boleh cuci mata sikit.” Selamba Arina menjawab pertanyaan majikannya itu. Haris yang masih tepat memandang ke arah Arina cuba mengawal perasaannya. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia memeluk Arina ketika itu. Rindu dan cemburu silih berganti. Rindu untuk merasa kehangatan tubuh badan Arina. Cemburu bila dirasakan banyak mata-mata yang memandang Arina. Arina semakin hari semakin cantik pada pandangannya. Ingin sekali dia memberitahu pada seluruh dunia yang Arina adalah miliknya seorang.

“Arina dah nak balik ke?” tanya Dato’ Mahizan lagi. Bukan dia tidak nampak cara Haris memandang Arina. Seperti ada benda yang dirahsiakan darinya. Atau anak tunggalnya ini telah terjatuh hati pada kecantikkan Arina. Dato’ Mahizan juga mengakui yang dia sendiri senang dengan sikap Arina itu. Ditambah lagi dengan wajah Arina yang cantik tanpa solekan tebal. Cukup sekadar solekan yang nipis.

“Belum lagi Dato’. Ingat tadi nak gi makan sekejap kat Foodcourt kat sana tu. Tiba-tiba lak perut ni rasa mahu diisi. Lepas tu kalau larat nak jalan sikit lagi barulah balik rumah. Dato’ pun shopping juga ke?” Arina tidak berani memandang Haris kerana dia tahu yang Haris masih memandangnya tajam. Mungkin tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan tadi.

“Mama, jom kita gi makan. Ajak Arina sekali.” Tiba-tiba Haris bersuara. Dato’ Mahizan menganggukkan kepala tanda bersetuju. Tanpa berkata apa-apa, Haris memberi laluan pada mama dan Arina untuk berjalan dulu. Dia mengekori mereka dari belakang.

Sekali lagi Arina terperangkap. Macam mana mahu dia melarikan diri kali ini. Dirasakan mahu sahaja dia mengetuk kepalanya. Tidak suka dengan keadaan sebegini. Mesti makannya tidak kenyang nanti. Arina, Arina……Kenapalah nasib malang asyik berjumpa dengan Haris.

Mereka menjamu selera bersama. Seperti biasa Arina akan berasa kekok untuk berbuat apa-apa bila bersama majikannya dan ditambah lagi dengan kehadiran Haris, anaknya. Dirasakan setiap gerak gerinya diperhatikan. Arina yang terpaksa duduk di sebelah Haris merasakan sesekali tangan mereka bersentuhan. Haris masih bersikap selamba. Seperti tidak ada apa-apa yang dirasakan. Berlainan dengan Arina. Hanya tersentuh tangan sahaja, degupan jantungnya menjadi bertambah laju.

“Arina, I kena balik dulu ye. Sebab nak kena pergi butik my friend. Dia ada buat jamuan sikit kat sana.” Kata Dato’ Mahizan selepas mereka selesai makan.

“Baik Dato’. Saya pun ingat kejap lagi nak balik. Nanti jumpa hari Isnin ye Dato’.” Tersenyum Arina bilamana dirasakan dia boleh menyambung aktivitinya tanpa kehadiran mereka selepas ini. Tetapi air muka Arina berubah bila Haris membisikkan sesuatu padanya. “Jangan suka sangat. Only my mum je yang balik sayang..I tak.”
Arina terpaksa senyum bila Dato’ Mahizan bangun untuk beredar dari situ dan meninggalkan Arina keseorangan bersama Haris. Kenapalah si Haris ni tak balik sekali dengan mamanya. Tanya  Arina sendirian di dalam hati.

“Mama, driver yang ambil dan hantar. I, drive sendiri sayang. Jom kita sambung aktiviti kita. You nak gi mana lepas ni.” Terus Arina memandang Haris. Ada ilmu ke Haris ni sampai apa yang difikirkan dalam hati pun boleh tahu. Monolog Arina sendiri. Arina terpegang tangan Haris bila dia ingin mengambil barang-barangnya yang diletakkan dikerusi. Haris terlebih dahulu mencapai dan mengambil barang-barang Arina untuk dibawa.

“Takpa, saya boleh bawak sendiri. Bukannya berat pun.” Bukan apa, Arina merasa malu bila Haris membawa beg plastik biasa itu sekali dengan beg-beg kertas milik Haris. Semua beg kertas tersebut sudah menunjukkan barang yang dibelinya tentu mahal harganya. Ribuan ringgit. Sedangkan barang yang dibeli Arina cuma puluhan ringgit sahaja. Dari beg sahaja boleh melihat perbezaan harga barang yang dibeli. Arina cuba mengambil beg plastik tersebut dari tangan Haris. Namun Haris lagi cepat memegang tangan Arina. Kini mereka seperti pasangan kekasih yang berpegangan tangan berjalan. Puas Arina cuba melepaskan tangannya dari genggaman Haris, namun sia-sia sahaja.

Arina terpaksa mengikut sahaja langkah Haris. Ada juga Haris bertanya pada Arina , barang apa yang hendak dicari. Arina cuma menggeleng sahaja tanpa sepatah kata. Hilang semua senarai barang yang hendak dicari oleh Arina. Mana mungkin dia hendak mencari dan memilih barang bila Haris ada bersamanya. Lain yang hendak,lain pula yang dipilihnya nanti.

Kemudian, mereka masuk ke butik LV. Banyak beg-beg tangan wanita di situ. Semuanya nampak cantik di mata Arina. Dia sendiri terlupa yang dia bersama Haris ketika itu. Arina terus menuju ke tempat yang terletaknya beg tangan wanita. Sempat lagi Arina berangan memiliki salah satu beg  jenama itu. Haris memerhatikan sahaja Arina melihat-lihat beg-beg di situ. Dapat dilihat dari raut wajah Arina yang dia memang berminat dengan beg-beg tersebut.

“Cantik ke?”. “Cantik sangat tapi mahal.” Laju sahaja Arina menjawab pertanyaan Haris itu. Alamak, matilah aku. Kata Arina sendiri. Dia sendiri tidak tahu macamana  mulutnya boleh laju menjawab pertanyaan Haris itu. Rasa ingin ditampar-tampar sahaja mulutnya ketika itu. Itulah Arina, berangan sahaja kerjanya. Kan dah susah.

“Arina, pilih mana satu yang you suka.” Sempat lagi Haris mengusap pipi Arina lembut. Terus dia menoleh ke belakang melihat Haris untuk mendapatkan kepastian. Pasti Haris melihatnya meneliti setiap beg di situ. Malu rasanya Arina ketika itu. Haris masih memandang Arina sambil tersenyum. Senyuman itulah yang dapat mencairkan hati wanita.

“Eh, takpalah. Saya cuma tengok-tengok je. Bukan nak beli pun. Lagipun mahallah beg ni. Tak payahlah.” Sikap Arina yang tidak pernah cuba mengikis duitnya itulah menjadi salah satu sebab membuatkan Haris senang bila bersama Arina. Bukan seperti wanita-wanita lain yang dia kenal. Setiap kali keluar ada sahaja barang yang perlu dibelikan untuk mereka.

Haris terus memaut pinggang Arina bilamana dia ingin berlalu dari situ. Terasa kehangatan tubuh Haris bila tubuhnya dirapatkan. Haris mengambil salah satu beg di situ dan memberikan pada Arina.
Arina mengangkat kening tanda tidak mengerti. Dia sebenarnya tahu maksud Haris, cuma berpura-pura tidak mengerti.

“It looks nice with you my dear. Ok, I will take this one.” Kata Haris sambil mengambil semula beg itu dan memberikan pada pembantu kedai. Arina tergamam sebentar tetapi dia tersedar bila terasa pipinya diusap sekali lagi. Haris berlalu meninggalkan Arina untuk ke kaunter pembayaran.

“Haris…..Sorry, Dato’ Haris, tak payahlah. Saya saja-saja je tengok tadi. Membazir je beli.” Lembut sahaja suara Arina memujuk Haris supaya membatalkan hasratnya itu. Haris cuma tersenyum dan memegang tangan Arina memaksa Arina mengambil beg kertas yang mengandungi beg tangan tadi. Sempat Arina mengerling pada resit yang terletak di atas meja. RM3.5k hanya sebuah beg tangan. Lebih dari jumlah gaji yang dia dapat sebulan.

Arina tidak tahu bagaimana dia mahu berterima kasih pada Haris. Ikutkan hatinya memang dia berminat sangat dengan beg tersebut, cuma bila teringat harganya, terasa ingin memulangkan sahaja pada Haris. Baginya dia tidak layak memakai beg semahal itu.

“Dato’, rasanya saya tak layak pakai beg mahal ni. Harga beg pun lebih dari gaji sebulan saya. Dato’ ambillah dan beri pada orang lain. Takpun bagi pada Dato’ Mahizan. Mesti dia suka.” Arina menghulurkan beg kertas tersebut kepada Haris.

“Arina, look at me. You dah lupa ke my dear, yang you masih wife I. You should not call me Dato’. I hate to hear everytime you call me Dato’.  Just call my name is enough. Or you nak panggil I hubby. It’s up to you. About the bag, kenapa pula tak layak. You deserve it my dear. My wife deserves to have all these things. From now on, apa yang I beli, you kena ambil and pakai. Don’t say that you are not deserves to have it. Is it clear Arina?.” Dari lembut suara Haris terus ke tegas akhirnya. Arina cuma mengangguk. Tidak berani lagi memandang wajah Haris. Ditariknya Arina rapat padanya sambil tangannya memeluk pinggang Arina.

“Haris, kalau kita balik sekarang boleh?. Tapi kalau Haris taknak balik takpe. Saya balik dulu ye. Rasa letih pulak badan ni.” Arina bersuara lembut bila dirasakan sudah lama mereka berjalan. Seperti biasa Haris cuma tersenyum dan mengangguk.

Arina berhenti bila mereka melalui pintu keluar untuk menunggu teksi sambil matanya melirik ke arah pintu tersebut. Haris juga melihat ke arah pintu tersebut.

“I hantar you balik. Dah, jom.” Terus sahaja Haris menarik tangan Arina untuk mengikutnya ke tempat meletakkan kenderaan di aras bawah. Bagi Arina, susah untuk dia berkata tidak pada arahan yang terkeluar dari mulut Haris. Terasa seperti ada batu di dalam mulutnya untuk berkata tidak.

Mereka sampai di tempat meletak kereta. Dari jauh Arina sudah perasan dengan kereta Lamborghini milik Haris. Semakin dekat dengan kereta, Arina nekad untuk bersuara. “Saya balik naik teksi jelah. Susah nanti Haris nak patah balik.”
Haris tidak menjawab, tetapi dia terus membuka pintu di sebelah pemandu. Arina faham maksud Haris itu. Dengan tidak berkata apa-apa, Arina terus masuk ke dalam perut kereta. Masing-masing senyap membisu bila berada di dalam kereta. Cuma kedengaran lagu yang dipasang tadi.

Arina menunjukkan arah ke rumahnya seperti yang disuruh Haris. Mereka tidak banyak bercakap. Arina takut untuk bertanya apa-apa pada Haris. Haris pula sebenarnya menahan nafsunya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia membawa Arina pulang ke rumahnya. Terasa rindu pada kehangatan bibir Arina yang merah itu, pada tubuh badannya dan segala-gala yang ada pada Arina.

Arina mengucapkan terima kasih pada Haris bila kereta berhenti di hadapan rumahnya. Sedang Arina cuba membuka tali pinggang, terasa bibirnya dipagut kemas. Lama bibir mereka bertautan.

“Arina, please temankan I malam ni. I miss you so much my dear.” Haris bersuara lembut seperti berbisik.

Arina…………….

Friday 17 August 2012

As salam semua......

Mesti semua tertunggu-tunggu bab 10 kan. Maaf dipinta ye.......AG memang tak sempat nak siapkan. Terlalu sibuk dengan persiapan raya yang menjelang tiba ni. Insyaallah lepas raya je nanti akan di update bab 10 ye..

****SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN*******

Tuesday 14 August 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 9


BAB 9

Sudah seminggu Arina bekerja di situ. Arina sudah dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitaran tempat kerja barunya. Dengan staf-staf yang lain dan yang paling penting dia sudah dapat membiasakan diri dengan bosnya. Hasnah banyak memberi tunjuk ajar kepada Arina.  Arina juga seorang yang rajin mempelajari sesuatu. Itu salah satu sebab mengapa Hasnah dan juga Dato’ Mahizan senang bekerja dengan Arina. Dia mempunyai semangat untuk belajar dan berkeinginan untuk memajukan dirinya.

“Selamat pagi, boleh saya bantu?” Itulah yang diajar oleh Hasnah pada Arina bila menjawab telefon.

Morning, Dato’ ada?” Arina seperti pernah mendengar suara lelaki yang sedang berada di talian. Tetapi dia tidak dapat mengingatinya.

“Dato’ sedang bermesyuarat. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tanya Arina lagi.

“Beritahu pada Dato’ yang anak dia telefon. Minta dia telefon saya balik. Urgent.” Tegas suara lelaki tersebut. 

“Baiklah Dato’.” Nasib Arina teringat yang Kak Nah pernah memberitahunya yang anak Dato’ Mahizan juga seorang Dato’.

Walaupun sudah meletakkan telefon, Arina masih cuba mengingati kembali suara itu. Suaranya macam……Kata hati Arina kuat mengatakan yang suara itu milik lelaki yang pernah merosakkannya dulu. Mungkin suara sahaja yang sama, orangnya berbeza. Kata Arina di dalam hati untuk menyedapkan hati.

Habis sahaja mesyuarat tersebut, Arina segera mendapatkan Dato’ Mahizan untuk memberitahu tentang panggilan penting dari anaknya tadi.

“Dia ada cakap apa-apa lagi?” Tanya Dato’ Mahizan sambil menarik kerusinya untuk duduk sambil tangannya mencapai telefon yang berada di atas meja. Arina cuma menggelengkan kepalanya.

“Haris, mama ni. Ada apa urgent sangat cari mama tadi. Mama dalam mesyuarat tadi.”Terkaku Arina bila Dato’ Mahizan menyebut nama anaknya, Haris. Dato’ Haris? Lelaki yang sama ke dengan yang dia pernah kenal dulu. Yang pernah wujud dalam hidupnya dulu. Pelbagai soalan bermain-main di fikirannya ketika itu. Tidak…..tidak mungkin Dato’ yang berada di hadapannya adalah mama Haris. Mana mungkin mama Haris sebaik ini. Lamunannya terhenti bila terdengar namanya disebut.

“Arina…Setiausaha mama yang baru. Dia bantu Kak Nah sekarang ni. Baru je seminggu bekerja kat sini.” Arina tidak tahu apa yang ditanyakan pada mamanya yang pasti namanya telah disebut.

“Ok, nanti kita lunch sama. Bye.” Arina cuba bersikap tenang bila Dato’ Mahizan meletakkan telefon.

“Arina, nanti you siapkan kertas kerja yang I bagi semalam before lunch. Sebab I nak bagi pada anak I untuk dia handlekan projek ni.” Arina cuma mengangguk dan melangkah keluar.

Arina segera menyiapkan kertas kerja yang perlu disiapkan sebelum tengahari. Nasib Arina sudah menyiapkan separuh kerja tersebut semalam. Jika tidak masak juga Arina untuk menyiapkan semuanya dalam masa beberapa jam sahaja. Terlupa Arina seketika tentang Haris dek kesibukannya menyiapkan kertas kerja tersebut.

Akhirnya, siap juga kerja tersebut. Arina menarik nafas lega setelah habis dia mencetak segala kerja-kerja yang dibuatnya tadi. Dia menyemak sekali lagi sebelum berlalu menuju ke bilik Dato’ Mahizan untuk menyerahkan hasil kerjanya tadi.

Belum sempat Arina mengetuk pintu bilik, Dato’ Mahizan sudah membuka pintunya.
“Arina, jom. Bawak sekali kertas kerja tu. Haris dah tunggu dekat bawah.”Arina merasakan jantungnya terhenti ketika itu. Darah terhenti mengalir ke seluruh badannya.

“Apa tercegat lagi tu. Jom, kita lunch sama. You terangkan apa yang you dah siapkan pada kami nanti.” Tersentak Arina bila Dato’ memegang bahu Arina untuk menyuruhnya segera bersiap.

Arina tidak dapat berfikir ketika itu. Kakinya melangkah longlai. Seperti tidak jejak tanah dirasakan kakinya. Kalau boleh, ingin sahaja dia mengambil cuti sakit hari ini. Tidak mahu menghadapi keadaan seperti sekarang. Arina masih mengekori Dato’ Mahizan keluar dari lift menuju ke kereta.

Sekali lagi dia terasa sungguh lemah seluruh tubuh badannya bila ternampak kereta BMW berwarna putih. Kereta yang sama yang pernah mengambilnya di rumah suatu ketika dulu. Mana mungkin dia dapat melupakan kereta tersebut. Itulah kali pertama dia menaiki kereta mewah BMW.

Arina masih cuba menyembunyikan dirinya di belakang Dato’ Mahizan bila mereka menghampiri kereta tersebut.

“Mama, jom. Lama dah Haris tunggu. And Arina….” Haris turun dari kereta dan mendapatkan mamanya. Arina yang dari tadi menundukkan mukanya terpaksa mengangkatnya bila namanya disebut.

Memang sah….Anak Dato’ Mahizan adalah Haris…Dato’ Haris yang dia kenal. Habislah aku kali ni. Monolog Arina sendiri. Arina cuma memberikan senyuman dan pura-pura melihat telefonnya. Sesak nafas Arina bilamana mata mereka bertembung seketika.
Dato’ Mahizan dan Haris duduk di belakang, manakala Arina mempelawa diri untuk duduk di hadapan di sebelah pemandu. Arina merasakan Haris masih melihatnya walaupun kini Haris duduk di belakang tempat duduk pemandu. Arina cuba bersikap tenang dengan melihat pemandangan luar.

Kereta berhenti di hadapan sebuah hotel mewah. Mereka keluar dari kereta dan menuju ke arah restoran hotel tersebut. Arina mengekori Dato’ Mahizan dan Haris di belakang. Sesekali Haris menjeling Arina dan melambatkan langkahnya untuk berjalan bersama Arina membiarkan mamanya berjalan dulu. Arina masih ingat dengan bau wangian Haris. Sama seperti dulu. Mana mungkin dia lupa, kerana kerap kali dia berada dekat dengan Haris dulu. Dan sekarang Haris muncul kembali.

Mereka memilih meja yang terletak di bahagian hujung. Memang dipilihnya tempat itu kerana jauh dari orang ramai. Senang untuk mereka berbincang sambil makan. Arina disuruh duduk bersebelahan dengan Haris. Kata Dato’ Mahizan , senang untuk Arina menerangkan kertas kerja yang telah disiapkan tadi kepada Haris. Dato’ Mahizan pula duduk di hadapan Haris.

“Mama ambil makanan dululah. Nanti Haris bawa Arina ambil makanan.” Kata Haris pada mamanya. Dato’ Mahizan cuma mengangguk dan bangun untuk mengambil makanan.

“Dah balik Malaysia dah. Kata belajar dua tahun kat sana?” tiba-tiba Haris bersuara membuatkan Arina kecut perut. Ingin sahaja dia melarikan diri ketika itu. Arina cuma diam memandang gelas yang terletak di atas meja.

Nasiblah mama Haris sudah mengambil makanan. Kini giliran mereka untuk mengambil makanan. Arina cuma mengambil sedikit sahaja makanan. Tekaknya sudah hilang selera untuk makan lebih-lebih lagi dia tahu yang Haris masih tidak berpuas hati dengannya.
Mereka berdua makan sungguh berselera manakala Arina terpaksa berpura-pura berselera padahal dirasakan tekaknya sudah tidak boleh menerima makanan.

Selesai makan, Arina menerangkan serba sedikit tentang kertas kerja yang dibuat tadi kepada Haris dan mamanya. Sesekali tangan Haris berlaga dengan tangan Arina membuatkan Arina hilang fokus sebentar. Haris merapatkan badannya pada Arina dengan alasan dia kurang jelas dengan suara Arina. Arina biarkan sahaja perbuatan Haris. Lagi cepat dia habiskan penerangan pada Haris, lagi cepat mereka boleh beredar dari situ. Boleh pengsan dibuatnya Haris. Sudahlah keadaan mereka yang rapat itu, ditambah lagi dengan Haris yang tekun memandang Arina bila dia menerangkannya.

Dato’ Mahizan cuma memerhatikan sahaja tingkah laku anaknya itu. Dia tahu perangai anaknya itu. Pantang nampak perempuan cantik. Cuma akhir-akhir ni, jarang dia dengar Haris keluar malam. Dia banyak menghabiskan masa dengan bermain tenis atau golf pada waktu petang. Pada sebelah malamnya Haris lebih gemar bersantai di rumah. Terfikir juga kenapa anaknya berubah sikap dengan tiba-tiba.

“Bila projek ni akan start mama?” tanya Haris bila Arina selesai memberi penerangan. Arina cuba menjarakkan dirinya.

“Bulan depan. Tapi maybe dalam minggu depan Haris kena gi tengok tempat tu lah. Macam biasa.” Kata Dato’ Mahizan pada Haris.

Arina cuma mendengar perbualan antara Haris dan mamanya. Bagi Arina tugasnya sudah selesai. Kertas kerja sudah disiapkan. Kalau boleh dia tidak mahu terlibat lagi dengan Haris.
Mereka beredar dari situ setelah semuanya selesai.

“Arina, I need your phone number.” Ujar Haris bila Arina dan mamanya keluar dari kereta. Arina mengangkat keningnya tanda tidak mengerti.

“Kalau ada apa-apa masalah tentang kerja you ni, senang I nak tanya. Tidak nanti susah I nak kena call mama tanya. Dia kan busy.” Jelas Haris pada Arina. Arina dengan berat hati terpaksa juga memberikan nombor telefonnya pada Haris. Ikutkan hati hendak sahaja dia memberikan nombor telefon orang lain tetapi memandangkan Dato’ Mahizan sedang memerhatikannya, dilupakan hasratnya itu.

Arina berasa lega dan boleh bernafas dengan sebenar-benarnya bila mereka tiba di pejabat. Baru sahaja Arina ingin membuka komputernya, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej baru diterima.

Arina, don’t forget that you are still my wife. Nur Arina masih isteri kepada Haris Iskandar. Remember that my dear.
                                                                                                                                                                                                                         -Haris-

Kecut perut Arina bila membaca mesej yang baru diterima dari Haris. Mana mungkin dia lupa mengenai perkahwinan mereka 3 bulan lepas. Perkahwinan yang berlandaskan keterpaksaan. Perkahwinan yang tidak berlandaskan cinta.

Tiga bulan yang lalu, Nur Arina sah menjadi isteri kepada Dato’ Haris Iskandar. Dia yang terpaksa berkahwin gara-gara risau sekiranya dia mengandung. Mana hendak ditutup malunya nanti. Arina terpaksa menipu ibunya dengan memberi alasan yang Haris terpaksa bertugas ke luar negara. Mereka akan bersanding sekiranya diizinkan apabila Haris pulang ke Malaysia nanti. Itu kata-katanya yang membuatkan ibunya bersetuju untuk membuat majlis akad nikah yang dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Selepas mereka pulang ke Kuala Lumpur, Arina telah melarikan diri dari Haris. Tidak sanggup dia untuk bersama Haris setelah apa yang dilakukan oleh Haris padanya. Dia tidak berasa yang Haris benar-benar mahu bertanggungjawab. Mungkin dia ada sebab lain mengahwini Arina. Arina terpaksa berhenti kerja dan berpindah rumah. Nasib rakan-rakannya, Mimi dan Linda masih setia bersamanya. Merekalah yang memberi semangat pada Arina.

Mimi menipu Haris dengan mengatakan yang Arina telah menyambung pelajaran di  luar negara. Dia mendapatkan bantuan biasiswa dari kerajaan untuk melanjutkan pelajarannya. Kebetulan sepupu Mimi juga bernama Nur Arina pergi melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia. Dari situlah datangnya idea Mimi untuk menipu Haris mengatakan yang Arina telah pergi ke Australia.

Sebenarnya memang Haris sudah merancang untuk pergi mencari Arina di sana. Namun, dia perlu menguruskan projeknya di Sarawak dan juga di Johor. Tambahan lagi projek ini diberikan oleh mamanya. Terpaksa dia memastikan semuanya berjalan lancar. Dia tahu yang mamanya seorang yang teliti dan mahukan kesempurnaan.

Cuma baru-baru ini sahaja dia mendapat masa untuk pergi bercuti. Tiket kapal terbang juga sudah ditempah. Nasib menyebelahi Haris bila dia dipertemukan semula dengan Arina, isterinya.

Bagaimana nasib Arina selepas ini?.....

Friday 10 August 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 8

Maaf ye, buat suma followers tertunggu-tunggu. Busy sikit lately ni...So, enjoy this new entry ye....;)



BAB 8

Sepanjang perjalanan ke rumah Arina, suasana sunyi di dalam kereta. Cuma kedengaran muzik yang dipasang Haris tadi. Arina masih memandang ke luar tingkap. Langsung tidak memandang ke arah Haris. Haris pula masih menumpukan pemanduannya. Sesekali dia menoleh ke arah Arina. Haris tahu Arina tidak mahu membincangkan tentang apa yang telah berlaku antara mereka. Perasaan kesal terselit di hati Haris ketika itu.

Arina terus keluar dari perut kereta ketika Haris memberhentikan keretanya di hadapan rumah Arina. Langsung tidak berkata apa- apa ataupun menoleh ke belakang, Arina terus masuk ke dalam rumah dan menguncinya. Air mata tiba-tiba mengalir keluar membasahi pipi Arina bila dia teringat kembali apa yang berlaku malam tadi.

Haris kembali ke rumahnya dan terus merebahkan badan ke atas katilnya. Katil yang menjadi saksi segala yang berlaku antara dia dan Arina malam tadi. Haris masih tidak dapat melupakan Arina. Tidak pernah dia merasakan sebegini bila bersama perempuan. Selalunya bila bersama, Haris tidak akan mengingat kembali apa yang telah berlaku keesokkan harinya. Fikirannya akan memikirkan benda lain bukan perempuan yang ditidurinya. Berlainan dengan Arina. Haris masih teringat setiap yang berlaku antara dia dan Arina. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh bersikap sebegini bila dengan Arina.

Arina masih memikirkan kata-kata Haris itu. Berkahwin dengan Haris?..... Dia sebenarnya tidak sanggup untuk menempuh kehidupan selepas berkahwin nanti. Dia takut jika dirinya dijadikan hamba selepas kahwin. Mungkin Haris, mungkin mamanya. Dia tidak sanggup melaluinya. Banyak cerita-cerita yang didengarinya sebelum ini mengenai perkahwinan orang kaya dan orang biasa ni. Perbezaan taraf hidup Arina dan Haris seperti langit dan bumi.

Sekarang ini Arina cuma berasa risau sekiranya dia disahkan mengandung. Jika itu berlaku, dia tiada pilihan lain selain......

  
-------------------------------------------------------------------------------------------------------            
Tiga bulan berlalu......

“Linda, aku dah dapat kerja kat company tu. Diorang dah call tadi suruh aku mula kerja esok. Yahooooo.” Gembira hati Arina bila dia mendapat panggilan dari sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur untuk bekerja di sana. Arina terus mendapatkan temannya, Linda yang berada di dapur memasak.

“Baguslah. Nasib kau tak terus menjadi penganggur yang berjaya kan.” Linda sempat memerli Arina. Dia masih menjadi teman serumah merangkap rakan baik Arina. Linda dan Mimi menjadi tempat Arina meluahkan segala apa yang dialami selama ini. Mereka inilah yang banyak memberi sokongan kuat kepada Arina untuk meneruskan hidup.

Arina awal-awal pagi lagi sudah menyiapkan diri untuk mula bekerja di tempat baru. Dia yang sudah hampir dua bulan tidak bekerja merasakan sungguh rindu dengan persekitaran di tempat kerja. Bukannya dia diberhentikan kerja, cuma dia yang telah membuat keputusan untuk berhenti kerja. Arina mahu lari dari segala-galanya. Bukan sahaja dari Haris, dari Farouk juga. Dia tidak mahu Farouk tahu tentang apa yang berlaku pada dirinya. Peristiwa hitam itu cuma dikongsi bersama orang-orang terdekatnya sahaja. Arina bukan sahaja berhenti kerja, tetapi juga berpindah ke rumah lain. Linda dan Mimi jugalah yang sama-sama membantu Arina. Mereka bertiga masih tetap tinggal bersama.

“Cik Arina, sila masuk. Dato’ sedang menunggu di dalam.” Tiba-tiba datang seseorang menyuruhnya masuk ke dalam sebuah bilik. Rasa takut timbul bila nama Dato’ disebut. Kena berjumpa dengan orang besar di syarikat ini. Risau Arina. Setahunya dia cuma memohon kerja sebagai kerani sahaja. Takkanlah kerani pun kena berjumpa dengan Dato’. Monolog Arina sendiri.

Dengan kaki kanan berserta sedikit doa yang Arina tahu, dia membacanya sejurus melangkah ke dalam bilik itu. Sememangnya dia amat terkesima bila melihat bilik tersebut. Memang gaya bilik yang sungguh eksklusif. Sesuai untuk seseorang yang berpangkat Dato’.

“Selamat pagi Dato’.” Arina masih berdiri kaku di hadapan seorang wanita yang bergelar Dato’. Sempat Arina melihat tanda nama yang diletakkan di atas mejanya. Dato’ Mahizan binti Ahmad.

“Sila duduk Arina.” Lembut sahaja suara wanita dihadapannya.

Arina tersenyum seraya mengangguk. Dia menarik kerusi dihadapannya untuk duduk. Dirasakan tangannya masih sejuk seperti tadi. Mungkin suhu bilik yang terlalu sejuk atau mungkin dia takut bila berdepan dengan orang-orang besar seperti sekarang ini.

“Ok Arina...Awak tahu kenapa awak kena jumpa dengan saya?.” Tanya wanita tersebut sambil matanya masih melihat resume Arina yang diletakkan di atas meja.

“Saya tahu awak mohon kerja sebagai kerani. Tetapi sekarang ni saya lebih memerlukan seorang setiausaha. Tugas awak membantu PA saya. Dah lama dia menjadi PA saya. And she is a very good in work. Dia tahu apa yang saya nak, apa yang saya suka or tak suka. Semuanya dia tahu. Cuma sekarang ni dia tak berapa sihat. Jadi saya taknak dia buat kerja terlalu banyak. Awak, Arina kena bantu dia.” Arina cuma mendengar segala yang diperkatakan oleh bos barunya itu.

“Hasnah, masuk.” Selepas itu, Arina mendengar bunyi ketukan pintu dan terasa seseorang sedang berjalan masuk menuju ke arah mereka.

“Ok, Hasnah. Kenalkan ini Arina. Your assistant. So, sekarang ni you ajar dia apa-apa yang patut. And by the way Hasnah,sayaI ada meeting pukul berapa pagi ni?.” Selepas memperkenalkan Arina kepada Hasnah, terus Dato’ bertanyakan kepada Hasnah tentang mesyuarat pagi itu.

Hasnah sempat berjabat tangan dengan Arina dan terus menerangkan tentang mesyuarat pagi itu kepada Dato’.

Selepas Dato’ beredar untuk menghadiri mesyuarat di luar, Hasnah menunjukkan meja Arina. Mejanya terletak bersebelahan dengan meja Hasnah. Senang untuk Hasnah memberikan kerja kepada Arina kelak. Dan senang juga untuk Arina bertanyakan apa yang dia kurang jelas tentang kerja. Di sebalik itu, senang juga untuk mereka berbual-bual nanti. Hasnah kemudian memperkenalkan Arina kepada staf-staf lain.

“Arina, jom makan. Kak Nah tunjukkan mana cafe. Nanti senang Arina nak gi makan breakfast or lunch kat sana. Jom. Kerja tu kejap lagi sambung. Jom.” Ajak Hasnah bila melihat Arina tekun membuat kerja yang diberinya tadi. Arina pun tidak perasan masa berlalu dengan cepat.

“Kejap ye Kak Nah. Arina tutup fail-fail ni dulu.” Seraya menutup semua fail-fail yang bertaburan di atas meja Arina.

Mereka menuju ke cafeteria yang terletak di aras bawah di bangunan tersebut. Ramai juga orang yang makan di situ. Kata Kak Nah, makanan di sini sedap dan yang penting murah. Nasiblah Kak Nah faham keadaan aku sekarang ini. Kalau lagi sebulan tak dapat panggilan dari mana-mana syarikat yang ditemuduga, memang jadi minah kilang lah aku. Kata Arina sendiri.

“Kak Nah, nak tanya lah pasal Dato’, bos kita tu. Dia ok ke?” Arina memulakan bicara sambil menjamu selera. Memang sedap masakan di cafeteria ni. Monolog Arina.

 “So far akak kerja dengan Dato’, dia ok. Dia bukan jenis yang sombong. Dia memang seorang yang memahami. Kalau ada masalah, dia akan cuba bantu staf. Tu sebab  semua staf sayang kat Dato’. Cuma kalau part kerja tu, dia memang nak yang sempurna. Perfect. Kalau bincang pasal kerja dia memang tegas sikit . Dia nak kita hormat dia bila bincang tentang kerja.” Lega sikit hati Arina bila mendengar kata-kata Kak Nah itu. Risau juga dia kalau-kalau Dato’  jenis yang sombong dan cerewet.

“And satu lagi, Dato’ ada anak seorang. Lelaki. Dato’ juga.” Sambung Kak Nah semula. Arina menunjukkan muka yang kurang faham dengan kata Hasnah itu.

“I mean, Dato’ ni ada anak lelaki. And anak dia ni pun dah dapat gelaran Dato’.” Arina mengangguk tanda faham.

“Maaf kak, suami Dato’ kerja kat mana.” Tanya Arina bilamana Hasnah asyik bercerita pasal anak Dato’  yang hensem yang menjadi kegilaan ramai wanita. Tidak berminat Arina dengan lelaki-lelaki kaya ni. Cukuplah dia terbabit dengan seorang Dato’ dulu.

Hasnah memberitahu yang suami Dato’ sudah lama meninggal dunia. Dato’ tidak pernah berkahwin selepas itu. Dia banyak menumpukan perhatian pada perniagaan dan anak tunggalnya itu.

Mereka menghabiskan makan tengahari mereka dengan bercerita tentang Dato’ Mahizan. Arina sudah serba sedikit tahu mengenai bos barunya itu.



“Hah, macamana kerja tempat baru. Ada ok?” tanya Mimi selepas Arina menutup pintu rumah. Dia yang baru pulang terus membaringkan diri di atas sofa.

“Ok lah, baru first day kan. Tunggu lah nanti dah seminggu nanti. Baru leh tanya. Sekarang ni semuanya masih baru. Eh, kau tau Mimi....Aku kan apply kerja sebagai kerani, tapi ni diorang offer aku sebagai setiausaha. Kira besar sikitlah jawatan aku kat sana.”  Arina yang tadi berbaring terus bangun bercerita tentang jawatan barunya itu.

Arina berharap dia akan terus disinarkan dengan kebahagiaan. Melupakan segala kepahitan yang dialami sebelum ini. Arina cuba untuk melupakan peristiwa yang pernah berlaku terhadap dirinya.

Haris..........Malam itu Arina bermimpi bertemu semula dengan Haris.....

Tuesday 7 August 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 7


BAB 7

Haris mencampakkan semua gambar-gambar yang baru dilihatnya itu. Gambar-gambar Arina yang telah diserahkan kepadanya petang tadi oleh pengikutnya. Haris telah menyuruh pengikutnya memerhatikan Arina dengan tujuan menjaga keselamatannya. Tetapi lain pula yang terjadi.

Haris sememangnya tidak suka apabila “benda” miliknya dipegang oleh orang lain. Gambar Arina dengan seorang lelaki sedang gembira makan bersama ditangkap. Gambar pipi Arina dipegang oleh lelaki tersebut.  Gambar Arina ketawa mendengar lelaki itu bercerita. Semua itu membuatkan hati Haris bertambah sakit. Mana mungkin dia akan membenarkan sesiapa pun menyentuh Arina. Arina adalah miliknya seorang.  Haris tidak menunggu lama untuk menghantar mesej pada Arina. Hatinya memang sedang panas.

                Arina, bersiap sekarang. I will pick you up at 9pm.
                                                                                -Haris-

Aduh, dah balik ke Haris ni. Datang balik masalah dengan Haris ni. Macam tahu-tahu je aku dekat rumah sekarang ni. Apa lagilah yang dia nak ni. Kata Arina sendiri. Walaupun malas hendak bersiap dan berjumpa Haris, Arina terpaksa juga mengikut arahan Haris. Dia cuma mengenakan seluar jeans dan baby-tee.

Tepat jam 9 malam, terdengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumah Arina. Arina mengunci pintu rumahnya. Memandangkan esok hari minggu, Mimi dan Linda, teman serumah Arina sudah keluar tadi dengan pasangan masing-masing. Kemana mereka pergi, Arina tidaklah pula tahu.

Tutup sahaja pintu kereta, Haris terus menghidupkan enjin dan memandu. Arina perasan yang Haris tidak seperti biasa. Risau juga Arina dengan sikap Haris. Macam ada sesuatu yang membuatkan dia marah. Takut Arina melihat raut wajah Haris ketika ini. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia melompat turun dari kereta. Haris masih menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Kecut perut Arina bila Haris menekan minyak dan kereta semakin meluncur laju. 

Haris membelok dan memasuki kawasan kondonya. Arina sudah tidak senang duduk bila Haris menyuruhnya keluar dari kereta. Haris mencengkam tangan Arina untuk mengikutnya. Terasa sakit tangan Arina bila Haris memegangnya dengan kuat.

“Haris, tolong lepaskan… Sakit…” rayu Arina bila pegangan Haris semakin kuat dirasakan. Haris tidak mengendahkan rayuan Arina tetapi terus menarik tangan Arina sehingga sampai di hadapan pintu rumahnya. Arina ditolak sejurus selepas pintu  dibuka.

Arina yang sememangnya bertubuh kecil, tidak dapat mengimbangi badannya apabila ditolak dengan kasar oleh Haris. Sakit badannya apabila terkena bucu meja.Haris terus mengunci pintu dan menapak ke arah Arina. Arina yang masih menahan sakit cuba mengundur menjauhi Haris. Arina memang takut untuk melihat Haris lebih-lebih lagi sekarang ini dengan muka yang memang nampak sedang menahan marah. Arina cuba menjauhi dari Haris, tetapi Haris lagi cepat menangkap pinggang Arina.

“Haris, tolong jangan buat saya macam ni. Tolong Haris.” Arina merayu sambil air matanya laju keluar membasahi pipinya. Sekali lagi dia merasa amat takut sehingga mengigil tubuhnya. Dia tidak tahu kenapa Haris boleh bersikap ganas begini kerana sebelum ini Haris memang terlalu romantik bila dengannya. Apa salah yang telah dilakukannya, dia sendiri tidak tahu.

Tangan kiri Haris masih memeluk pinggang Arina untuk rapat dengannya. Tangan kanannya pula memegang muka Arina supaya Arina memandangnya.
“Arina, look at me!. You nak tahu apa yang you dah buat kan?!. I dah bagitahu kat you kan yang I tak suka ‘barang’ milik I dikongsi dengan orang lain. You faham tak Arina?!.” Kuat dan jelas suara Haris kedengaran. Arina yang dari tadi ketakutan terus menangis tersedu-sedu. Dirasakan seperti tidak bernyawa ketika itu. Arina masih tidak faham apa yang dia telah buat sampaikan Haris marah sebegini.

Haris yang seperti orang hilang kewarasan terus merapatkan bibirnya ke  bibir Arina. Rakus bibir Arina dipagutnya. Dipegangnya leher Arina supaya memudahkan Haris menciumnya. Susah untuk Arina bernafas bilamana bibir Haris sentiasa terlekat di bibirnya. Arina ditarik ke sofa. Dia dibaringkan di sana. Belum sempat Arina bangun, Haris terlebih dahulu menindihnya.

“Haris, tolong….Saya merayu…” Tidah diendahkan rayuan Arina itu. Arina dapat merasakan bibir Haris bermain-main di telinga, leher dan terus ke bawah. Tangan Haris sudah menjalar keseluruh tubuh Arina.  Arina kelemasan bila diperlakukan sebegini.

“Arina, I akan pastikan you akan jadi milik I seorang. Only me sayang.” Haris sempat membisik ke telinga Arina sebelum dia meratahi tubuh Arina dan merampas satu-satunya mahkota Arina yang selama ini terjaga.

Keesokkan paginya Haris terlebih dahulu bangun. Dia segera mencapai telefon yang diletakkan di atas meja makan. Dihantarnya mesej kepada setiausahanya memberitahu yang dia tidak akan masuk ke pejabat hari ini. Segala perjumpaan dan mesyuarat perlu dibatalkan. Ditekannya butang SEND dan diletakkan semula telefonnya. Haris kembali ke dalam bilik tidurnya. Arina masih tidak sedarkan diri. Haris telah bersikap ganas terhadap Arina malam tadi sehingga membuatkan Arina pengsan terkena tamparan Haris. Bukan niat Haris untuk menampar Arina, tetapi sikap Arina yang terus-terusan cuba melawan, meronta-ronta dan memukul-mukul dada Haris membuatkan Haris tiada pilihan lain.

Haris mengusap pipi Arina yang masih merah bekas tamparannya malam tadi.  Selimut yang menutupi badan Arina diperbetulkan. Rambutnya dibelai lembut. Jari Haris bermain-main di bibir Arina. Masih teringat lagi Haris bagaimana dia berjaya menakluki Arina malam tadi. Tidak dapat dilupakan bagaimana dia meratah setiap inci tubuh badan Arina. Serba sedikit perasaan kesal timbul di hati Haris. Tergamak dia membuat Arina seperti itu. Mengasari dan memaksa Arina tanpa kerelaannya. Tetapi dia tidak sanggup berkongsi dengan orang lain. Hatinya sakit bila terfikir tentang gambar tersebut. Gambar mesra Arina dengan lelaki lain. Semua yang ada pada Arina, adalah hak miliknya. Tiada siapa pun yang boleh menyentuhnya melainkan dia.

Haris berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Ditinggalkan Arina keseorangan di atas katil. Arina membuka matanya apabila terdengar bunyi pancuran air. Dapat dirasakan seluruh badannya sakit terutama di bahagian wanitanya. Ya, dia masih ingat bagaimana Haris memperlakukannya malam tadi. Puas dia memujuk rayu kepada Haris untuk berhenti. Bukan itu sahaja, dia masih ingat dia ditampar sehingga tidak sedarkan diri. Dia tidak ingat apa-apa pun selepas itu.

“Arina, you dah bangun?” Haris yang baru sahaja selesai mandi, dengan hanya memakai tuala sahaja terus melangkah menuju ke Arina. Mulut Arina seperti terkunci untuk berkata apa-apa. Hanya aliran air mata sahaja dapat dilihat. Haris menyapu air mata Arina sambil membelai pipinya.

“Arina, pasal malam tadi...” Belum sempat Haris menyambung kata-katanya itu, Arina terlebih dahulu menutup telinganya. Tidak sanggup Arina mengimbas peristiwa yang berlaku malam tadi antara mereka.

“Arina, please....I am so sorry my dear. I pun tak tahu kenapa I terlalu mengikut perasaan. Mengikut rasa marah I. I tak sepatutnya mengasari you. Masih sakit lagi?.” Haris cuba memegang pipi tetapi Arina lagi cepat mengelak dari pipinya dipegang oleh Haris. Cukuplah apa yang telah dipegang malam tadi.

“Saya tak suci lagi.” Walapun suara Arina seperti berbisik, tetapi Haris masih dapat mendengar apa yang dikatakan olehnya. Arina memang masih suci lagi sehinggalah Haris meragut kesuciannya malam tadi. Jujurnya inilah kali pertama Haris meniduri perempuan yang masih suci. Arina memang cantik luar dan dalam. Rasa kesal serba sedikit timbul dalam hati Haris ketika itu. Dalam masa yang sama juga, Haris bangga kerana dialah orang pertama yang berjaya menakluki Arina. Tetapi semua itu telah berlaku. Haris tidak ada kuasa untuk mengembalikan hak Arina semula.

“Arina, I tahu I salah. Benda dah berlaku. I tak boleh nak kembalikan hak you tu sayang. I bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Kita kahwin Arina.” Arina terkejut dengan kata-kata Haris itu. Tidak disangka Haris sanggup untuk bertanggungjawab terhadapnya.  Ingatkan lelaki seperti Haris akan lepas tangan sahaja.

Sekarang ini Arina yang serba salah samada mahu berkahwin dengan Haris atau tidak. Kalau diikutkan hati memang Haris patut bertanggungjawab terhadapnya. Dalam masa yang sama juga Arina rasakan dia tidak setaraf Haris. Haris seorang ahli perniagaan yang berjaya. Memegang gelaran Datuk lagi. Manakala dia cuma seorang kerani biasa. Cuma anak kepada seorang tukang kebun. Mana mungkin boleh bersama. Mesti kawan-kawan Haris akan memandang rendah terhadapnya. Macamana dia mahu bergaul dengan mereka. Bagaimana pula tanggapan keluarga Haris. Semuanya terlintas di fikiran Arina ketika itu. Terfikir juga Arina kemungkinan Haris akan menjadikan dia seperti orang gaji di rumah nanti. Takkanlah Haris sanggup menjadikan dia Puan Besar di rumah nanti.

“Saya nak balik.” Itu sahaja yang Arina tuturkan. Haris cuma mengangguk seraya menyuruh Arina mandi dahulu.

Haris membantu Arina mengutip pakaiannya yang bertaburan di tepi katil. Dengan lemah, Arina menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya dari kotoran-kotoran yang ditinggalkan Haris malam tadi.

Selesai mandi, Arina mencari Haris kerana dia ingin pulang segera ke rumahnya. Makin lama dia di sini, makin sesak nafasnya dirasakan.

“Arina, jom breakfast dulu. I dah buatkan pancake untuk you. Isi perut you dulu. Nanti sakit.” Haris sempat mengusap rambut Arina. Arina cuba mengelak namun tangan Haris lagi cepat darinya. Sememangnya Arina tiada selera untuk makan, tetapi dia tahu Haris akan terus mendesak sekiranya dia tidak mengikut apa yang disuruhnya.

“Kita kahwin Arina.”. “Tidak!”. Cepat sahaja Arina menjawab balik kata Haris itu. Arina sendiri pun tidak tahu macamana dia boleh menjawab dengan nada yang tinggi kepada Haris.

“Tolong hantar saya balik sekarang. Tolong..” perlahan Arina bersuara sambil mengesat air matanya yang sudah mengalir keluar.

Sunday 5 August 2012

Kau Tetap Milikku - Bab 6

BAB 6
 
Haris membaringkan diri di dalam biliknya setelah pulang dari menghantar Arina pulang. Kejadian malam itu membuatkan Haris bertekad mahu mengenali Arina dengan lebih dekat. Haris sendiri tidak tahu apa yang membuatkan dia terpaut pada Arina sehinggakan dia menganggap Arina adalah milik dia seorang sepenuhnya. Sebelum ini bukan dia tidak boleh mengupah penyiasat untuk mencari Arina, tetapi dia tidak merasakan benda itu penting. Selama ini dia sibuk dengan perniagaannya, dengan aktiviti sosialnya bersama rakan-rakannya. Perempuan keliling pinggang. Pilih sahaja mana-mana perempuan untuk menjadi teman berhibur. Haris sudah biasa dengan keadaan begitu. Selalunya perempuan-perempuan yang akan mengejarnya, tetapi berlainan pula dengan Arina. Arina seperti cuba menjauhkan dirinya dari Haris. Arina ada aura tersendiri yang membuatkan Haris bertambah suka padanya.
 
Arina membersihkan diri setibanya dia dirumah. Masih memikirkan bagaimana keadaan keretanya sekarang. Memikirkan bagaimana dia boleh memberikan kunci keretanya kepada Haris tadi. Haris yang memaksa Arina memberikan dia kunci kereta dengan alasan supaya senang orang-orang Haris mengambil kunci darinya untuk membawa kereta Arina ke bengkel. Dan sekarang ini terpaksalah Arina berhubung dengan Haris untuk mengetahui perkembangan tentang kereta kesayangannya itu.
 
                Arina, kereta you dah kat bengkel. Tmrw I will pick you up at 7.30am. Don’t be late. I tak suka. Good nite my dear. Sweet dream.
                                                                                                                                                -Haris-
 
Satu lagi arahan yang perlu dituruti. Pening kepala Arina bila memikirkan akan nasibnya sekarang ini. Kenapa ada sahaja arahan yang keluar dari mulut Haris tu. Dan Arina seperti tiada kuasa untuk melawan setiap arahan Haris itu.
 
Pagi ini Arina mengenakan baju kurung berwarna peach dengan solekan yang sederhana. Dia sememangnya cantik dengan kulit yang putih bersih. Dengan bentuk badan yang sederhana tinggi membuatkan dia cantik dengan sebarang pakaian.
 
Haris memberhentikan kereta di hadapan rumah Arina dan membunyikan hon. Arina cepat-cepat mengambil beg tangannya dan mengunci pintu. Dia tidak mahu Haris menunggu lama nanti. Hari ini Haris membawa kereta BMW 7 series berwarna putih. Haris yang duduk dibelakang membuka pintu untuk Arina. Rupa-rupanya Haris datang bersama pemandunya. Takkanlah orang kaya seperti Haris tidak ada pemandu sendiri. Kata Arina di dalam hati.
 
“Good morning my dear.” Haris bersuara setelah Arina menutup pintu kereta. Kalau mulut sahaja yang bercakap tidaklah Arina risau, tetapi ini dengan tangan Haris membelai pipi Arina membuatkan Arina cuba mengelak dari terus dibelai oleh Haris. Tidak dinafikan Arina yang Haris memang pandai menggoda dan pandai membuatkan wanita akan tergoda dengan cara dia melayan, tutur katanya dan penampilan yang sentiasa terjaga.
 
“Good morning .” Sambil tangan Arina cuba menepis tangan Haris dari singgah di pipinya.
 
“You masuk kerja pukul 9 kan. Kita gi breakfast dulu….Hamid, I nak gi breakfast dulu. Kau tengok-tengok mana-mana kedai makan kat area ni.” Haris masih tidak mengalihkan pandangannya ke  Arina walaupun dia sedang memberi arahan pada pemandunya. Haris tahu Arina tidak selesa bila mereka bertentang mata. Arina akan cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain. Haris pula memang suka dengan perempuan yang sebegini. Arina memang berlainan dari perempuan-perempuan yang dia kenal sebelum ini. Pemakaian Arina yang tidak terlalu seksi. Solekan yang sederhana sahaja membuatkan Arina nampak cantik semulajadi.
 
“Baik Dato’.” Sempat Hamid melihat Haris yang masih tidak berganjak melihat Arina dari cermin pandang belakang. Hairan juga Hamid dengan sikap tuannya. Tidak pernah dia bersikap macam ni. Selalunya dia yang tidak ambil kisah dengan perempuan yang dia bawa. Kali ini berlainan pula. Tuannya seperti benar-benar berminat dengan wanita ini. Masakan sanggup mengambilnya di rumah awal pagi.
 
Dato?!. Macamana aku boleh lupa yang Haris berpangkat Dato’ selama ini.Risau Arina kerana selama ini dia tidak memanggil Haris dengan panggilan Dato’. 
 
Selesai mereka bersarapan, Arina dihantar ke tempat kerjanya. Belum sempat Arina membuka pintu kereta, Haris terlebih dahulu memegang tangan Arina. Terkejut Arina bila tiba-tiba tangannya dipegang.
 
“Take care my dear. Nanti petang pukul 6 I ambil you. Tunggu kat sini.”
 
“Its ok, saya tumpang Linda je nanti. Lagipun dia akan datang kerja hari ini cuma lewat sikit. Terima kasih ye….emmm, Dato’.” Berkira-kira Arina untuk membahasakan diri Haris sebagai Dato’.
 
“Arina, kenapa tiba-tiba panggil I Dato’ pulak ni. Its ok my dear. You terkecuali. You still can call me Haris. I’m fine with it. Bukan semua orang terkecuali. You’re lucky Arina.” Arina cuma tersenyum apabila Haris membenarkan dia memanggil Haris tanpa pangkat ‘Dato’nya.
 
“And, you still need to wait for me at 6 nanti. No more excuses Arina.” Sambung Haris lagi.
 
Haris tiba di pejabatnya dengan muka yang ceria. Tidak pernah dia merasa gembira begini. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa perasaannya sungguh lain bila bersama Arina. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Fatul dan staf-staf yang lain juga berasa hairan dengan sikap majikannya itu. Lain dari hari-hari biasa.
 
Haris menjemput Arina tepat jam 6 petang. Mereka terus menuju ke bengkel yang membaiki kereta Arina.
 
“Bos, berapa semua?” Arina bertanya kepada pemilik bengkel  setelah diberitahu keretanya sudah dibaiki sambil mengeluarkan dompet dari beg tangannya.
 
“Itu Dato’ sudah bayar untuk you ma.” Jawab pemilik berbangsa cina itu  seraya memuncungkan bibirnya ke arah Haris. Haris yang ketika itu sedang berbual di telefonnya tersenyum ke arah Arina dan sempat mengenyitkan matanya.
 
 Haris memang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman bagi kebanyakkan wanita. Dengan ketinggian dan tubuh badan yang tegap, disamping segak, bergaya, kaya dan lebih-lebih lagi berpangkat, tidak mustahil ramai yang ingin berdamping dengannya. Arina juga serba sedikit terpikat dengan Haris. Cuma bila teringat tentang apa yang telah dibuat oleh Haris kepadanya dulu serta ugutan gambar, Arina terpaksa membuang perasaan suka kepada Haris.
 
Pagi esoknya Arina menerima mesej dari Haris. Haris akan ke Jakarta selama seminggu atas urusan kerja. Arina terfikir juga siapa sebenarnya dia dalam hidup Haris. Kenapa Haris perlu memberitahu semua ini kepadanya. Arina malas hendak memikirkannya lagi. Makin difikir makin sakit kepalanya. Mesej yang baru diterima dibaca semula oleh Arina. Maknanya selama seminggu ini Arina bebas hendak kemana-mana tanpa khuatir yang Haris akan memaksa dia mengikutnya.
 
Farouk yang bekerja di syarikat yang sama dengan Arina memang dari dulu meminati Arina. Cuma Arina sahaja yang buat tidak faham. Farouk memang memendam perasaan terhadap Arina sejak Arina bekerja di situ. Arina pula tidak mahu terlalu rapat dengan Farouk kerana Arina sedar jawatan mereka jauh berbeza. Arina cuma seorang kerani di situ manakala Farouk memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus. Selalu juga Farouk mengajak Arina makan bersama.  Ada masanya Arina cuba mengelak dari keluar bersama. Cuma kebelakangan ini masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Farouk ditugaskan mengurus projek di Sabah selama sebulan. Baru minggu ini Farouk kembali bertugas. Setibanya Farouk di pejabat, orang yang pertama dia ingin lihat sudah semestinya Arina. Terlalu rindu untuk melihat wajah dan senyuman Arina.
 
“Selamat pagi Arina.” Arina yang sedang membancuh air di pantri terkejut apabila Farouk dengan tiba-tiba berdiri di belakang Arina.
 
“Selamat pagi Encik Farouk. Terlupa pula saya yang Encik  Farouk mula bekerja hari ini. Encik Farouk nak saya buatkan kopi atau milo?” Tanya Arina sambil mengambil cawan yang terletak di tepi mesin membuat kopi.
 
“Buatkan saya milo. Nanti hantar kat bilik saya ye.” Gembira hati Farouk bila dapat melihat wajah Arina. Baginya Arina memang mempunyai kecantikan semulajadi. Farouk berlalu menuju ke biliknya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke pejabatnya. Banyak benda yang  harus dia siapkan segera.
 
Arina mengetuk pintu bilik Farouk dan berjalan masuk dengan membawa cawan yang berisi milo panas. Dia meletakkannya di atas meja Farouk. Baru sahaja Arina ingin berlalu, Farouk bersuara, “Arina, tunggu dulu. Hari ini temankan I lunch boleh?. Jangan kata you ada bawak bekal hari ni. Temankan I ye. Bosan makan sorang-sorang.”
 
Arina serba salah untuk menjawab. Ikutkan hati memang malas hendak makan bersama Farouk. Tetapi bila melihat raut wajah Farouk yang memang berharap dia bersetuju, membuatkan dia rasa bersalah jika menghampakannya.
 
“Memandangkan Encik Farouk baru masuk kerja hari ini, saya temankanlah Encik Farouk makan tengahari hari ni. Tapi Encik Farouk kena belanja saya boleh?” Akhirnya Arina bersetuju untuk makan bersama Farouk.
 
“Arina, bukan lunch je I boleh belanja, dengan dinner sekali I boleh belanja you makan tau. Itupun kalau you sudi.” Arina segera keluar dari bilik Farouk. Lagi dilayan lagi menjadi-jadi si Farouk ni.
 
Waktu makan tengahari, mereka bersama-sama menjamu selera di sebuah restoran berhampiran dengan tempat kerja. Farouk memang suka makan di situ. Lauk pauk di situ sedap-sedap belaka katanya.
 
Farouk banyak bercerita tentang kehidupan orang-orang di Sabah. Arina pula menjadi pendengar setia. Sekali sekala terdengar ketawa Arina. Farouk memang pandai membuat orang terhibur dengan gaya dan cara dia bercerita.
 
Dalam keseronokkan mereka menjamu selera sambil berbual mesra, Arina tidak tahu yang dia sedang diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang dari tadi mengekori Arina kemana sahaja dia pergi.